Surat diatas dipaparkan dilaman web Sabahkini.net dimana surat ini nampaknya adalah surat yang pernah didakwa Pakatan Rakyat yang telah dikirimkan oleh terus membaca klik disini Dr. Mahathir Mohammad kepada Ehud Rarak, Perdana Menteri Israel.
Dalam surat ini, Dr. Mahathir mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Israel, Ehud Barak kerana memenangi pilihanraya Israel.
Dr. Mahathir memaklumkan PM Israel itu bahawa Menteri Luar Malaysia, Datuk Syed Hamid Albar akan hadir di Persidangan Bangsa2 Bersatu di New York September 1999, dan berharap Datuk Syed Hamid dapat berjumpa dengan Menteri Luar Israel, Encik David Levy bagi membincangkan bantuan kewangan bagi UMNO/BN menghadapi PRU 1999.
Mahathir berharap, melalui bantuan Israel, mereka boleh mendapatkan dana dari ‘Clinton’s Fund’ bagi menghadapi kebangkitan pelampau Islam di Malaysia.
Mahathir juga menyebut berdasarkan perjanjian tahun 1985, Malaysia akan membenarkan tentera Amerika Syarikat mengunakan pengkalan2 tentera milik negara ini bila2 masa sebagai balasan kepada bantuan kewangan ini.
Mahathir juga berharap suatu pendekatan baru dapat diwujudkan bagi membina saluran diplomatik diantara Malaysia dan Israel.
Kita harap Dr. Mahathir dapat mengesahkan atau menafikan kewujudan surat ini.
Comments : Ada 0 komentar untuk Surat Tok Guru Kepada PM Israel
Post a Comment