.

Sokong Umno,Jadi Ahli Umno,Tapi Undilah Pas

Saya Memang Layak Jadi Menteri Dengan Ijazah Palsu

0 Selengkapnya


Menteri Sumber Manusia Datuk Richard Riot berkata beliau layak dilantik sebagai menteri persekutuan, yang menjadi hak mutlak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, ekoran gesaan pembangkang supaya beliau meletak jawatan kerana didakwa memiliki ijazah universiti palsu.

Riot, yang juga Timbalan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) berkata tuduhan pembangkang itu tidak sepatutnya dibuat, tambahan pula mereka mempersoalkan integriti dan kebijaksanaan perdana menteri dalam melantik beliau sebagai menteri dalam Kabinet baru beliau.

"Sebagai perdana menteri, beliau (Najib) menggunakan kebijaksanaannya untuk menentukan sama ada saya layak menjadi menteri, dan ini termasuk kelayakan akademik saya, dengan memberi tanggungjawab kepada saya portfolio sumber manusia, sebuah kementerian yang sangat mencabar dengan 13 agensi di bawahnya," katanya.... 

Beliau ditemui pemberita selepas melancarkan Pesta Birumuh 2013 dan program '1Malaysia Support For Housewives' dan Azam Kerja peringkat negeri di sini.

Sambil mengecam dakwaan itu, Riot, yang juga ahli Parlimen Serian, berkata beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang, jika perlu, terhadap tiga ahli Parlimen daripada DAP iaitu Ong Kiang Ming (Serdang), Zairil Khir Johari (Bukit Bendera) dan Julian Tan (Stampin) kerana membuat dakwaan itu yang mencemarkan imejnya, di luar Parlimen.

Ia dipetik oleh laporan online bahawa mereka menggesa Najib untuk meminta Riot dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Ewon Ebin supaya meletak jawatan kerana memiliki ijazah palsu sekiranya perdana menteri serius terhadap integriti Kabinetnya.

Riot berkata beliau berada di Kementerian Sumber Manusia kerana ijazah pertamanya yang diperoleh dalam Sumber Manusia adalah dari University of Hertfordshire, United Kingdom manakala ijazah Sarjananya juga dalam bidang yang sama. - SINARHARIAN

RM350 Juta Lawan Red Bean Army

1 Selengkapnya


RM350 juta!!!

Ini lah jumlah yang harus dibelanjakan oleh UMNO untuk mengalahkan RED BEAN ARMY DAP kalau mereka nak bertanding dengna RBA...

Jika ada pihak yang mahu menubuhkan sebuah jabatan ala misteri Red Army Bean DAP, mereka perlu mengeluarkan sehingga RM350 juta dalam tempoh 5 tahun akan datang. Ringgit Tiga ratus Lima Puloh Juta Sahaja........



Giler Syiot!

Jadi jom kita bayangkan berapa agaknya RBA DAP itu membelanjakan 5 tahun yang lepas dan 5 tahun yang akan datang????

Banyak duit tu....!!!!

Mana datangnya duit yang banyak nii wei????

Duit siapa diorang pakai????

Kalau kalian bijak...fikirkanlah.

Kerajaan Pusat beri lagi RM33.4 juta kepada Rozali SYABAS

0 Selengkapnya


Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua berkata, rakyat Malaysia pasti marah dan terkejut apabila kerajaan Barisan Nasional (BN) memberi pakej imbuhan sebanyak RM33.4 juta kepada Pengerusi Puncak Niaga Holdings Bhd dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), Tan Sri Rozali Ismail.

Katanya, beliau menganggap anugerah itu adalah keterlaluan untuk memonopoli konsesi pengendalian loji rawatan dan pengagihan air di Selangor.

“Air adalah utiliti asas penting bagi setiap rakyat Malaysia dan kita benar-benar terkejut apabila pemberian imbuhan kepada syarikat konsesi disalahguna untuk memperkayakan individu yang menjadi kroni BN....

“Agak menghairankan kerana utiliti yang lebih penting diberi pakej imbuhan lebih kecil iaitu hanya RM7 juta kepada Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Bhd (TNB) sedangkan bagi tahun kewangan 2012, TNB mencatat perolehan sebanyak RM35.85 bilion berbanding hanya RM2.5 bilion yang diperoleh Puncak Niaga Holdings Bhd,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Tony Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata, tindakan kerajaan BN itu dianggap untuk menyelamatkan Puncak Niaga yang mempunyai hutang berbilion ringgit daripada bankrap.

Menurut beliau, Kerajaan Persekutuan terpaksa mengambilalih hutang bagi menyelamatkan Puncak Niaga dan SYABAS yang gagal membayar balik hutang masing-masing berjumlah RM1.3 bilion dan RM2.9 bilion pada 2011.

“Berdasarkan penyata kewangan pada 2012, Kumpulan Puncak Niaga mempunyai RM937 juta pinjaman dan pinjaman jangka pendek, dan RM4,719 juta pinjaman dan pinjaman bukan semasa.

“Kerajaan Persekutuan juga menyediakan geran berjumlah RM726 juta kepada SYABAS, termasuk yang terbaru RM120 juta diberikan pada Januari tahun ini,” tambahnya.

Menurut Pua, walaupun pakej imbuhan berlebihan diberi kepada Rozali, sedangkan SYABAS gagal menyediakan bekalan dan perkhidmatan air yang berkualiti kepada pengguna di Selangor terutama dalam tempoh dua tahun lalu.

Katanya, tahun ini, SYABAS mengakui menerima 4,186 aduan panggilan setiap hari sejak awal tahun mengenai gangguan bekalan air yang berterusan, biasanya mengenai paip lama dan penyelenggaraan takungan.

Sehubungan itu, beliau menyeru Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) menyiasat pembayaran imbuhan itu dan mengambil tindakan untuk melindungi kepentingan rakyat dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air harus menghentikan semua pembayaran luar biasa dan bukan operasi dalam syarikat konsesi air sebelum selesai penyusunan semula, terutamanya jika syarikat itu masih berhutang berbilion ringgit kepada Kerajaan Persekutuan.

Pada masa sama, Kerajaan Negeri Selangor perlu memotong semua yang tidak sesuai dan “tidak diluluskan” perbelanjaan seperti RM33.4 juta “durian runtuh” kepada Rozali oleh syarikat konsesi daripada kos cadangan pengambilalihan syarikat itu. – Roketkini.com

Guling Mesir satu pengajaran Hishamuddin Macai

0 Selengkapnya

Peristiwa penggulingan Presiden Mesir Dr Mohamed Morsi disifatkan sebagai satu pengajaran kepada masyarakat dan kerajaan Malaysia, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Beliau berkata detik hitam itu tercetus daripada sentimen kebencian dan perpecahan yang dibawa oleh kumpulan tertentu yang hanya mahu semata-mata untuk mengubah kepimpinan negara.

Katanya perubahan itulah telah menyebabkan ketegangan berlarutan sehingga ekonomi merundum dan rakyat terbunuh....


"Saya bersyukur kerana kerana atas kebijaksaan dan kepimpinan kita, serta kewarasan masyarakat dari pelbagai kaum dan agama di negara ini, kita tidak berdepan masalah seperti di Mesir," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Hishammuddin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai rampasan kuasa oleh tentera Mesir terhadap presidennya semalam. - SINARHARIAN

Bersih 2.0: Kerajaan diarah bayar RM50,000 kepada Salahuddin, Mahfuz

0 Selengkapnya



Mahkamah Rayuan hari ini mengarahkan Kerajaan Malaysia membayar ganti rugi sebanyak RM50,000 kepada dua Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar.

Ganti rugi itu adalah berhubung dengan kes saman yang difailkan oleh mereka selaku plantif terhadap tangkapan yang tidak sah ketika perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011 di KL Sentral.

Sebelum itu Mahkamah Rayuan yang diketuai oleh Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus memutuskan bahawa rayuan kerajaan Malaysia terhadap keputusan saman kedua-dua plantif adalah dibenarkan berhubung ganti rugi sahaja.

Kedua-dua plaintif telah berjaya dalam tindakan saman mereka di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan diputuskan ganti rugi sebanyak RM70,000 tiap seorang atas tangkapan salah dan tidak sah tersebut.... 

Kedua-dua plantif diwakili peguam Muhammad Faiz Fadzil Noor, Abdul Aziz Hamzah dan Surya Putra Taulan Rasul.

Manakala Kerajaan Malaysia diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Habibah Haron. - HARAKAHONLINE

Adakah Morsi Bakal Berkuasa Kembali?

0 Selengkapnya


Khabar angin? Rally oleh para penyokong president Mursi yang bersungguh-sungguh dan sanggup mati kerana mempertahankan seorang ulama yang diangkat menjadi pemimpin utama negara mereka yang diadakan serentak di seluruh pelusuk negara Mesir pada haji Jumaat 5.7.2013 telah membuatkan beberapa pegawai tentera buka mata.

Mereka mula khuatir akan peritiwa yang bakal berlaku sekiranya Mursi terus di penjara. Jurucakap Ikhwan Muslimin: lebih 4 juta rakyat berkumpul di Dataran Nahdhah di Giza sementara lebih 3 juta lagi di Dataran Raba'ah (turut disertai Dr. Badie Mursyidul Am Ikhwan) bagi menentang rampasan kuasa tentera. Jutaan lagi di dataran-dataran lain di seluruh Mesir.

Beberapa pegawai tentera bermuafakat mennyeru Abdul Fatah Sisi (kalau nama dia patah sisi kan sedap ... wakaka) menarik semula rampasan kuasa ke atas President Mursi demi keamanan negara.

Kedua-dua pihak kini sedia menumpahkan darah.

Isom Sultan, Naib Presiden Parti Wasat: "Kami takkan berganjak dari dataran-dataran ini di seluruh negara walaupun sejengkal. Kami tidak akan pulang ke rumah kami kecuali Presiden Mursi dijulang dan diletakkan di bahu kami."

Nuruddin Abdel Hafiz, wartawan televisyen "Misr25" yang diharamkan: "Kita tidak akan tinggalkan dataran Raba'ah ini sehingga kita menunaikan sujud syukur di belakang Presiden Mursi."

Setakat ini tiga orang telah terbunuh di Mesir. Mereka dibunuh oleh tentera firaun Mesir pimpinan Abdul Fatah Al- Sisi yang menggulingkan Mursi. Para mujahidin telah beri amaran agar Mursi dibebaskan dalam masa 24jam kalau tidak fisabilillah bermula. Kini perubahan bukan lagi melalui undi tetapi dengan peluru...


Tatkala Mursi memerintah, Ratusan penyokong Ikhwanul Muslimin dibunuh namun mereka tetap bersabar tanpa melakukan serangan balas. Tetapi kini maruah agama mereka dicalar dengan penangkapan ulama yang juga president kesayanga mereka. Masanya telah tiba untuk membalas kekejaman pihak sekular, yahudi dan syiah Mesir.

Ketika ini, dalam suasana selepas rampasan kuasa, mereka masih lagi dengan perangai setan yang memburu dan mencederakan penyokong Mursi. Kumpulan bergelar "baltoji" (perusuh upahan) dengan kerjasama polis dan tentera terus mengganas.

Menyedari kemungkinan perang saudara, seorang ulama Mesir mengingatkan agar sama-sama mencari jalan damai yang terbaik bagi kedua-dua pihak.

Sementara itu.....

Sumber Ikhwanonline melaporkan, pegawai tinggi tentera telah menekan dan mendesak Ketua Majlis Tentera, Abdul Fattah As-Sisi untuk menarik balik kenyataan "rampasan kuasa" beliau.
Terdapat berita bahawa tokoh pembangkang, Dr.Mohammed El-Baradei telah meninggalkan Mesir menuju ke Saudi.

SPR umumkan tarikh PRK Kuala Besut

0 Selengkapnya


PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mengumumkan bahawa hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil (PRK) kawasan dewan undangan negeri (DUN) Kuala Besut adalah jatuh pada 12 Julai 2013.
 
Manakala hari pembuangan undi adalah jatuh pada 24 Julai 2013. 
 
Seramai 17,683 pengundi berdaftar dicatatkan bagi kawasan tersebut akan mengundi buat kali kedua pada tahun ini sahaja ekoran kematian Dr A. Rahman Mokhtar dari Barisan Nasional (BN) minggu lalu

PDRM dan Kerajaan di arah bayar ganti rugi

0 Selengkapnya


Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan kerajaan dan polis membayar ganti rugi lebih RM350,000 kepada seorang pemandu lori yang cedera semasa disoal siasat lima tahun lepas.

Hakim Datuk John Louis O'hara membuat keputusan untuk membenarkan saman B.Prabakar selepas memutuskan plaintif berjaya membuktikan kesnya terhadap kerajaan dan lapan anggota polis.

Dalam penghakimannya, O'hara berkata tujuh daripada anggota polis berkenaan bertanggungjawab terhadap penderitaan dan kesakitan yang dialami plaintif.

Beliau berkata ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, yang merupakan Ketua Polis Daerah Brickfields ketika itu, pula bertanggungjawab terhadap kesalahan yang dilakukan penjawat awam berkenaan manakala kerajaan memikul liabiliti gantian....

"Saya mendapati berdasarkan keterangan, ketujuh-tujuh defendan bertanggungjawab terhadap kesakitan yang ditanggung plaintif semasa soal siasat yang akan berterusan jika mangsa tidak mengaku atau meninggal dunia," katanya.  

O'hara memerintahkan agar Prabakar, 32, dibayar ganti rugi teladan dan punitif sebanyak RM150,000 dan RM100,000 sebagai ganti rugi teruk serta RM50,000 sebagai ganti rugi am.

Beliau turut memerintahkan defendan membayar RM50,000 sebagai kos, RM1,500 bagi kehilangan pendapatan, RM150 untuk bil perubatan dan RM75 bagi gambar kecederaan plaintif.

Pada 21 Sept 2011, Prabakar memfailkan saman terhadap tiga anggota polis berpangkat Sarjan (Mohd Shafiee Abdul Halim, Mohd Diah Sulaiman dan Zulkiplly Taib), dua Koperal (Abdullah Musa dan Zamrin Zaid), dua Lans Koperal (Matila@Saudi Ismail dan Nizam Abd Wahab),  Wan Abdul Bari serta kerajaan mendakwa dipukul dan disimbah air panas oleh tujuh anggota polis selepas beliau ditahan.

Dalam penyataan tuntutan, beliau mendakwa ditahan polis di sebuah parkir kereta di Sri Hartamas pada 9.30 malam 23 Dis 2008 sebelum disoal siasat tujuh anggota polis di Balai Polis Daerah Brickfields dari 10 malam hari sama sehingga pagi berikutnya.

Pada 4 Okt 2011, Mohd Shafiee dan Mohd Diah masing-masing dihukum penjara empat tahun oleh Mahkamah Sesyen bagi kesalahan sengaja mendatangkan kecederaan kepada dua tahanan manakala lima lagi dibebaskan daripada pertuduhan. - Bernama

Nizar menang kes saman ke atas Utusan

0 Selengkapnya


Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan akhbar Utusan Melayu (M) Berhad membayar ganti rugi RM250,000 kepada bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang menang kes saman fitnah berhubung isu nombor pendaftaran kenderaan WWW1.

Hakim Rosnaini Saub memerintahkan Utusan, selaku defendan, turut membayar kos RM30,000 serta kadar faedah lima peratus terhadap jumlah ganti rugi bermula tarikh penghakiman sehingga bayaran penuh dijelaskan.

Dalam penghakimannya, Rosnaini berkata plaintif, Mohammad Nizar, berhak mendapat ganti rugi am dan teladan akibat difitnah berhubung komen plaintif dalam artikel yang diterbitkan oleh defendan.... 


Menurutnya artikel mengenai nombor pendaftaran WWW1 berjaya dibida oleh Sultan Johor itu telah menjejas dan mencemar reputasi dan imej plaintif.

Beliau berkata pihak defendan gagal mengamalkan kewartawanan yang bertanggungjawab apabila tidak menghubungi Mohammad Nizar untuk mengesahkan komen sebenar beliau paparkan dalam Twitternya.

"Kita mungkin boleh mempersoalkan kewajaran tindakan plaintif yang mengkritik baginda Sultan Johor dalam pembelian nombor plat WWW 1, tetapi ini tidak bermakna defendan dibenarkan oleh undang-undang untuk memesong dan membuat laporan tidak benar yang bersifat fitnah ke atas plaintif," tegas Rosnaini.

Mengenai ganti rugi keterlaluan yang dipohon olehplaintif, hakim memutuskan berdasarkan kes, mahkamah merasakan ganti rugi keterlaluan adalah tidak diperlukan.

Beliau berkata ini kerana tiada terdapat apa-apa tanda bahawa defendan bersikap degil dan keras terhadap plaintif di dalam prosiding kes fitnah yang difailkannya.

Mohammad Nizar memfailkan saman itu pada 10 Julai tahun lepas berkaitan komen beliau mengenai nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 yang berjaya dibida oleh Sultan Johor dengan harga RM520,000.

Dalam pernyataan tuntutannya, Mohammad Nizar berkata pada 28 Mei tahun lepas beliau membuat kenyataan mengenai nombor pendaftaran kenderaan itu menerusi akaun Twitternya dan mendakwa pada 31 Mei, Utusan Melayu menerbitkan satu artikel di halaman 11 akhbar tersebut mengenai perkara itu.

Mohammad Nizar, ketika itu Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pasir Panjang, berkata kenyataan berbaur fitnah itu  antara lain bermaksud beliau adalah seorang penderhaka terhadap Raja-raja Melayu, terutamanya Sultan Johor, seorang ahli politik yang anti Sultan dan cuba menghasut rakyat supaya membenci Sultan Johor.

Plaintif telah diwakili peguam Mohamad Zamri Ibrahim dan Mohd Fitri Asmuni sementara itu defendan diwakili oleh Datuk Firoz Hussein Jamaludin. - SINARHARIAN

Yusoff Kalla bantah putar belit media Malaysia

0 Selengkapnya


Bekas Naib Presiden Indonesia, Yusoff Kalla membantah tindakan media arus perdana Malaysia yang memutar belit kenyataannya, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar memberitahu, beliau dihubungi Yusoff pagi ini melalui telefon bahawa rakannya di Indonesia itu tidak menyangka kenyataannya diputar belit sedemikian.DSAI

“Tulisan itu tak benar. Saya akan bantah,” kata Anwar, membacakan pesanan teks yang dihantar Yusoff Kalla kepadanya.

“Dari awal saya tidak yakin beliau akan mengeluarkan kenyataan sekeras itu,” kata Anwar memaklumkan rasa tidak puas hati Yusoff pada sidang media di lobi parlimen hari ini.... 

Menurut Anwar, artikel itu adalah terbitan sebuah laman blog tajaan Umno.

Tambahnya, Yusoff telah menghantar empat surat bantahan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Berita Harian, Ketua Pengarang Berita Harian, Eksekutif Berita Harian dan Ketua Pengarang Kumpulan Berita Harian dan New Straits Times.

“Teman di Jakarta tidak senang. Dia kata ini bukan Pak Yusuff. Bukan caranya dia buat begitu. (Namun) setakat hari ini dan kelmarin belum ada pembetulan,” kata Anwar

Justeru Anwar memberitahu, peguamnya dan Yusoff Kalla akan menyelaras tindakan undang-undang terhadap media yang memfitnah kedua mereka.

“Mana-mana ahli arlimen yang ulang akan kita rujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan,” katanya.

Berita Harian pada 29 Jun lalu melaporkan berita kononnya Anwar mendapat dana besar pihak asing dari Turki, Amerika Syarikat dan Filipina untuk aktiviti perhimpunan Black 505.

Laporan tersebut memetik satu wawancara khas Yusoff Kalla bersama portal berita Merdeka On-line di Jakarta, Indonesia. - KEADILANDAILY
 
MALAYSIA NEWS ANWAR IBRAHIM YUSOF KALLA UMNO BN

SIAPA DR. MUHAMMAD MORSI SEBENARNYA?

0 Selengkapnya

Laporan ini diterjemahkan oleh Al-Fadhil Ustaz Nazmi Muhammadun Abd Rahmanul Karim:

1. Dr.Muhammad Morsi,walaupun beliau ialah seorang Presiden,beliau hanya berada di Istana Presiden untuk kerja-kerja pengurusan negara dari 8.00 pagi hingga 10.00 malam. selepas itu,Beliau akan balik ke rumah sewa beliau untuk berehat. dan rumah sewa itu b sewanya sendiri oleh beliau. Tedapat 10 orang wakil dari Ikhwanul Muslimin yang membantu beliau setiap hari dalam pengurusan negara dan mereka ini tidak meminta walau satu b gaji.

2. Beliau menghafal Al-Quran secara keseluruhannya.

3. Beliau ialah seorang jurutera (metallurgy engineering) salah satu bidang dari bidang pembuatan (manufactruing engineering)....

4. Beliau,Isteri beliau, 5 anak mereka, dan 3 cucu mereka, semuanya adalah Hafiz/Hafizah Quran.

5. Salah seorang anak beliau,berkhidmat sebagai doktor di Arab Saudi. Kerajaan Saudi telah memanggil beliau dan meminta beliau untuk berhenti sebagai doktor kerana beliau ialah anak seorang presiden mesir dan negara yang besar. Jawapan anak beliau ialah: "Bapaku ialah Presiden Mesir,dan itu b dan amanahnya.aku hanya anak kepada seorang bapa dan aku akan berkhidmat sebagaimana orang awam yang lain dalam mencari rezeki."

6. Waktu solat jumaat, Dr.Muhammad Morsi datang awal satu jam dari solat jumaat dan beliau berada di saf paling depan sekali dan membaca Surah Al-Kahfi.dan tidak ada sebarang pengawal atau protokol untuk membezakan beliau dengan rakyat.

7.Apabila beliau melakukan kerja-kerja lawatan,perjumpaan dan urusan negara,Beliau menggunakan kereta beliau sendiri untuk ke sana.

8. Beliau ke-mana-mana tidak mempunyai sebarang protokal ataupun pengawal peribadi untuk melindungi beliau.

Semoga Allah S.W.T memelihara dan merahmati serta memudahkan urusan Dr.Muhammad Morsi dalam urusan pemerintahan negara Mesir dan menjaga kebajikan rakyat dan umum islam secara kesulurhannya.dan kita berdoa juga semoga Allah S.W.T membangkitkan pemimpin-pemimpin seperti ini di negara-negara islam yang lain juga,insyaAllah

*setelah membaca peribadi dr morsy, maka tidak hairanlah Israel dan sekutunya amat gembira dengan guling kuasa ini... namun yang amat mendukacitakan media tv malaysia turut menggelar beliau sebagai diktator.... :'  - HARAKAHONLINE

setelah Mursi berjaya ditumbangka

0 Selengkapnya


setelah " diktator " Mursi berjaya ditumbangkan..
Laluan penduduk Palestin ke Mesir dimusnahkan.
Ini yg tv3 Israel mahu kan?

Puas la hati korang semua..percayalah..ni persediaan Israel untuk ganyang tanah2 Palestin dalam bulan puasa nanti.
Masa kita puasa nanti..berita kemusnahan Palestin pula dalam tv.tak pecaya tgk la nanti.

Apa lagi kerajaan BN ni sokong dan pro Israel lak tu..bukan tuduh..nampak tak apa pendirian PM Najibon?

General Asisi mohon berunding

0 Selengkapnya

- Berita terbaru: 9pm waktu Mesir ( 3 am waktu Malaysia)

1) General Asisi mohon berunding dengan Dr Muhammad Morsi untuk dibenarkan meninggalkan Mesir dengan selamat bersama dengan orang-orang yang terlibat dalam rampasan kuasa semalam.

2) Tentera Mesir terbahagi 2. Ketua Turus Tentera Darat meminta Asisi menarik balik kenyataan rampasan kuasa yang dibuatnya.

3) Akhbar Chanell 2 mengulas - Amerika akan menyesal kerana memberikan lampu hijau kepada penggulingan Mursi.

4) Dijangka 3 juta rakyat Mesir sedang bergerak menuju Kaherah menyatakan sokongan kepada Presiden Mesir yang Sah: Dr. Muhammad Mursi.

5) Kereta kebal menurunkan gambar-gambar Asisi.

5) Pertemuan Duta Amerika: Peterson, Asisi dan Al-Baredei berbincang mencari jalan keluar untuk keadaan terbaru ini.

Sumber: Jurucakap Tentera.

Kerabat Sultan Terengganu Tibai MAt Said

0 Selengkapnya



KUALA TERENGGANU: Penaung Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat), Tengku Ibrahim Sultan Ismail kesal dengan kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said bahawa tiada rumah mampu milik di kawasan BN kalah seperti dilaporkan Bernama, kelmarin.


Katanya, kenyataan itu amat mendukacita dan memalukan rakyat Terengganu.


"Ini menunjukkan dan menggambarkan Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu amat tidak berwibawa dan cetek di dalam pemikiran beliau sebagai pemimpin yang baru dilantik semula sebagai Menteri Besar,” katanya ketika dikunjungi wakil Harakahdaily.

Beliau berkata, kerajaan seharusnya menggunakan wang royalti minyak kepada projek-projek yang akan menaikkan taraf hidup rakyat dan bukannya projek-projek membazir seperti apa yang berlaku sebelum ini.

"Dengan pendapatan wang royalti minyak yang begitu lumayan pada tiap-tiap tahun seharusnya dibelanjakan untuk rakyat miskin yang hidup kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.

“Kita tak mahu lagi mendengar panggilan ‘Terengganu Kaya Rakyat Miskin’," ujar bapa saudara kepada Sultan Terengganu itu.

Katanya lagi, para nelayan, petani dan penoreh getah dan mereka yang bekerja di kampung-kampung masih perlu kepada pembelaan kerajaan bagi menaikkan taraf hidup mereka.

Beliau berharap rakyat Terengganu khususnya pemimpin-pemimpin Umno negeri ambil iktibar dengan perangai tidak rasional yang diambil oleh Ahmad itu.

Di samping iru, ujar beliau Umno BN yang hanya menang 17 kerusi Dun dapat mengawasi projek-projek yang diberikan pada masa hadapan dilakukan secara kolektif dan bukannya ditentukan oleh Ahmad mengikut kehendak dan seleranya sahaja.

Beliau menegaskan, Terengganu berkehendakkan seorang Menteri Besar yang baru yang dapat memberi nafas kepada seluruh rakyat, bukan kepada 17 Dun yang dimenangi oleh BN sahaja serta cara pentadbiran yang lebih matang untuk membangunkan negeri ini.

Gambar Terbaik Di Abad Ini

0 Selengkapnya

CNN : Krisis Demokrasi Yang Teruk Di Malaysia

0 Selengkapnya
Severe democracy crisis in Malaysia


Penipuan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 Malaysia oleh Barisan Nasional!
Barisan Nasional telah memainkan penipuan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 Malaysia untuk mengekalkan pemerintahan diktator.

http://ireport.cnn.com/docs/DOC-968324?ref=feeds%2Flatest
 
© Copyright 2011 : bloggerkb
Template dari : Free Blogger Templates | ZonaBlogger.com | Didukung Oleh : Blogger.com