Memang mengejutkan! Carian jadual pelayaran dalam laman web linescape, menunjukkan 40 buah kapal2 dagang dari pelabuhan Haifa di Israel berlayar ke Pelabuhan Kelang dalam tempoh hanya 2 minggu sahaja iaitu dari 20 Feb hingga 5 March!
Pencarian dilaman web ini hanyalah untuk pelayaran sehala sahaja dan hanya terhad kepada pelayaran kapal2 dagang antara Port Haifa ke Pelabuhan Kelang.
Kalau dikira sekali pelayaran dari pelabuhan2 yang lain di Israel ke pelabuhan2 di Malaysia dan barang dagang yang akan dibawa kembali ke negara Yahudi saya percaya pelayaran kapal2 dagang akan mencecah melebihi ratusan pelayaran dalam sebulan.
Inikah yang disebut oleh pemimpin tertinggi UMNO, Datuk Seri Najib Abd. Razak dan Datuk Muhyiddin Yasin bahawa Malaysia tidak mempunyai apa2 hubungan diplomatik atau dagangan diantara Malaysia dan Israel.
Dalam surat Dr. Mahathir klik disini yang dihantar kepada Perdana Menteri Israel pada tahun 1999, ada menyebutkan bahawa Dr. Mahathir ingin mewujudkan hubungan diplomatik dengan negara haram Israel dan kita percaya hubungan diplomatik sudah pun wujud sejak era Dr. Mahathir lagi.
Mungkin apa yang berlaku sekarang adalah hikmah dari intebiu media Wall Street Journal dengan DS Anwar Ibrahim yang disensasikan oleh media Umno dan pemimpin2 Umno.
Dari situ bermulalah pembongkaran demi pembongkaran tentang hubungan dagang antara rejim Najib dan rejim Yahudi yang amat memeranjatkan kita semua dimana pembongkaran2 ini menunjukkan betapa rapatnya hubungan UMNO dengan Yahudi!
Sampai hari ini rejim Najib tidak berani menafikan hubungan mesra yang sedang terjalin diantara kerajaan UMNO/BN dan negara haram yahudi, Israel!
http://maidoali.wordpress.com
Comments : Ada 0 komentar untuk Hubungan Pas Dan Israel
Post a Comment