.

Sokong Umno,Jadi Ahli Umno,Tapi Undilah Pas
Showing posts with label TERKINI. Show all posts
Showing posts with label TERKINI. Show all posts

Saya Memang Layak Jadi Menteri Dengan Ijazah Palsu

0 Selengkapnya


Menteri Sumber Manusia Datuk Richard Riot berkata beliau layak dilantik sebagai menteri persekutuan, yang menjadi hak mutlak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, ekoran gesaan pembangkang supaya beliau meletak jawatan kerana didakwa memiliki ijazah universiti palsu.

Riot, yang juga Timbalan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) berkata tuduhan pembangkang itu tidak sepatutnya dibuat, tambahan pula mereka mempersoalkan integriti dan kebijaksanaan perdana menteri dalam melantik beliau sebagai menteri dalam Kabinet baru beliau.

"Sebagai perdana menteri, beliau (Najib) menggunakan kebijaksanaannya untuk menentukan sama ada saya layak menjadi menteri, dan ini termasuk kelayakan akademik saya, dengan memberi tanggungjawab kepada saya portfolio sumber manusia, sebuah kementerian yang sangat mencabar dengan 13 agensi di bawahnya," katanya.... 

Beliau ditemui pemberita selepas melancarkan Pesta Birumuh 2013 dan program '1Malaysia Support For Housewives' dan Azam Kerja peringkat negeri di sini.

Sambil mengecam dakwaan itu, Riot, yang juga ahli Parlimen Serian, berkata beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang, jika perlu, terhadap tiga ahli Parlimen daripada DAP iaitu Ong Kiang Ming (Serdang), Zairil Khir Johari (Bukit Bendera) dan Julian Tan (Stampin) kerana membuat dakwaan itu yang mencemarkan imejnya, di luar Parlimen.

Ia dipetik oleh laporan online bahawa mereka menggesa Najib untuk meminta Riot dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Ewon Ebin supaya meletak jawatan kerana memiliki ijazah palsu sekiranya perdana menteri serius terhadap integriti Kabinetnya.

Riot berkata beliau berada di Kementerian Sumber Manusia kerana ijazah pertamanya yang diperoleh dalam Sumber Manusia adalah dari University of Hertfordshire, United Kingdom manakala ijazah Sarjananya juga dalam bidang yang sama. - SINARHARIAN

RM350 Juta Lawan Red Bean Army

1 Selengkapnya


RM350 juta!!!

Ini lah jumlah yang harus dibelanjakan oleh UMNO untuk mengalahkan RED BEAN ARMY DAP kalau mereka nak bertanding dengna RBA...

Jika ada pihak yang mahu menubuhkan sebuah jabatan ala misteri Red Army Bean DAP, mereka perlu mengeluarkan sehingga RM350 juta dalam tempoh 5 tahun akan datang. Ringgit Tiga ratus Lima Puloh Juta Sahaja........



Giler Syiot!

Jadi jom kita bayangkan berapa agaknya RBA DAP itu membelanjakan 5 tahun yang lepas dan 5 tahun yang akan datang????

Banyak duit tu....!!!!

Mana datangnya duit yang banyak nii wei????

Duit siapa diorang pakai????

Kalau kalian bijak...fikirkanlah.

Kerabat Sultan Terengganu Tibai MAt Said

0 Selengkapnya



KUALA TERENGGANU: Penaung Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat), Tengku Ibrahim Sultan Ismail kesal dengan kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said bahawa tiada rumah mampu milik di kawasan BN kalah seperti dilaporkan Bernama, kelmarin.


Katanya, kenyataan itu amat mendukacita dan memalukan rakyat Terengganu.


"Ini menunjukkan dan menggambarkan Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu amat tidak berwibawa dan cetek di dalam pemikiran beliau sebagai pemimpin yang baru dilantik semula sebagai Menteri Besar,” katanya ketika dikunjungi wakil Harakahdaily.

Beliau berkata, kerajaan seharusnya menggunakan wang royalti minyak kepada projek-projek yang akan menaikkan taraf hidup rakyat dan bukannya projek-projek membazir seperti apa yang berlaku sebelum ini.

"Dengan pendapatan wang royalti minyak yang begitu lumayan pada tiap-tiap tahun seharusnya dibelanjakan untuk rakyat miskin yang hidup kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.

“Kita tak mahu lagi mendengar panggilan ‘Terengganu Kaya Rakyat Miskin’," ujar bapa saudara kepada Sultan Terengganu itu.

Katanya lagi, para nelayan, petani dan penoreh getah dan mereka yang bekerja di kampung-kampung masih perlu kepada pembelaan kerajaan bagi menaikkan taraf hidup mereka.

Beliau berharap rakyat Terengganu khususnya pemimpin-pemimpin Umno negeri ambil iktibar dengan perangai tidak rasional yang diambil oleh Ahmad itu.

Di samping iru, ujar beliau Umno BN yang hanya menang 17 kerusi Dun dapat mengawasi projek-projek yang diberikan pada masa hadapan dilakukan secara kolektif dan bukannya ditentukan oleh Ahmad mengikut kehendak dan seleranya sahaja.

Beliau menegaskan, Terengganu berkehendakkan seorang Menteri Besar yang baru yang dapat memberi nafas kepada seluruh rakyat, bukan kepada 17 Dun yang dimenangi oleh BN sahaja serta cara pentadbiran yang lebih matang untuk membangunkan negeri ini.

Gambar Terbaik Di Abad Ini

0 Selengkapnya

CNN : Krisis Demokrasi Yang Teruk Di Malaysia

0 Selengkapnya
Severe democracy crisis in Malaysia


Penipuan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 Malaysia oleh Barisan Nasional!
Barisan Nasional telah memainkan penipuan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 Malaysia untuk mengekalkan pemerintahan diktator.

http://ireport.cnn.com/docs/DOC-968324?ref=feeds%2Flatest

Ketua PP1M Ni Memang Terlampau Cerdik Orangnya

0 Selengkapnya



Nak Boikot Barangan Cina?Habistu Nak Guna Produk Jenama 1 malaysia KE?????


Gua dulu mati-mati ingatkan KETUA AKTIVIS Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan ni CERDIK beb... rupa-rupa nya beliau sama SETARAF BEBAL MELANTUN-LANTUN dengan kebanyakan ISI PERUT UMNO terutama nya SPICIES MELOMPAT PERKASAM... patut lah PPIM hanya GAH pada nama tapi HASIL KERJA nya HAMPEHHHH beb... yang gua nampak BERJAYA selama PPIM ditubuhkan ialah beliau selaku KETUA AKTIVIS sudah mendapat GELARAN DATUK... selain itu TIADA APA yang BERJAYA dilakukan selama PPIM ditubuhkan... kalau setakat KHIMAT MASYARAKAT tu KERJA-KERJA KHIMAT MASYARAKAT yang dibuat Parti MCA lagi nampak BERJAYA beb... tapi tetap juga GAGAL untuk MERAIH UNDI ORANG CINA dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lalu... kah kah kah !.

Sebab nya ialah PENGUNDI CINA sudah TAHU yang dilakukan oleh Pemimpin MCA hanya lah WAYANG PACAK bagi MENGAMBIL HATI dan bukan nya dari KEIKHLASAN HATI... BUKTI nya banyak PUSAT KHIMAT MASYARAKAT MCA akan DITUTUP atas sebab CALON MCA banyak yang KALAH DALAM PRU13... yang ini JELAS menunjukan segala KERJA MASYARAKAT yang dibuat sebelum PRU13 adalah TIDAK IKHLAS tapi lebih kepada MENIPU bagi mendapatkan UNDI ORANG CINA... dan begitu juga lah yang dilakukan oleh Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said bila mengatakan bahawa akan MENUTUP PUSAT KHIMAT MASYARAKAT dikawasan yang Umno/Bn KALAH... disini lu orang nampak tak BETAPA BUSUK nya HATI kebanyakan Pemimpin Kompenen BN ni beb... memang patut pun ORANG CINA tidak MENGUNDI BN pada PRU13... kah kah kah !.

Berbalik pada TAJUK diatas... dulu gua boleh dikatakan selalu juga mengikuti rancangan TERBITAN dari RADIO 24 Bernama yang MENEMUBUAL beliau selaku KETUA AKTIVIS PPIM... masa itu beliau nampak lah CERDIK bila memperkatakan HAL-HAL KEPENGGUNAAN dalam PERSPEKTIF ISLAM... tapi berapa lama lah seseorang MAMPU BERLAKON CERDIK yang pada HAKIKAT sebenarnya TAK LAH BERAPA CERDIK beb... macam mana nak dikatakan CERDIK kalau MENYURUH ORANG MELAYU MEMBOIKOT PRODUK MILIK ORANG CINA hanya kerana dikatakan Pengusha Cina tersebut MENBERI DANA kepada PEMBANGKANG atau lebih TEPAT lagi kepada Pakatan Rakyat (PR) dalam PRU13 yang baru lalu... itu pasal gua katakan beliau TAK BERAPA CERDIK beb... tapi BERLAGAK CERDIK atau BODOH SOMBONG... kah kah kah !.


PANGLIMA LUDAH KAT SEBELAH BELIAU TU !
Apa hal beliau nak SIBUK-SIBUK kalau ORANG CINA nak MENYUMBANG DANA kepada siapa pun beb... DUIT tersebut bukan nya DUIT HARTA MAK BAPAK beliau atau pun HARTA MAK BAPAK UMNO UMNO... kah kah kah... APAKAH dalam UNDANG-UNDANG MALAYSIA itu menjadi satu KESALAHAN yang mana hanya Umno/BN sahaja yang boleh MENERIMA DANA dari Pengusha Cina selain dari itu adalah SALAH... kecualilah kalau duit tersebut adalah HASIL dari ROMPAKAN HARTA RAKYAT... kalau itu boleh juga dikatakan satu KESALAHAN... sedangkan DUIT tersebut adalah kepunyaan Pengusha Cina jadi SUKA HATI dia orang lah nak bagi pada siapa... yang beliau MENYIBUK APA HAL... ini lah dia kalau sudah BERSAHABAT dengan Umno/Bn beb... orang yang CERDIK pun boleh jadi BODOH... apa lagi kalau dah memang BODOH... kah kah kah !.

Kalau beliau mengajak ORANG MELAYU ISLAM MEMBOIKOT BARANGAN YANG DIRAGUI HALAL nya boleh juga lah DITERIMA oleh AKAL... ini suruh BOIKOT hanya kerana Pengusha Cina MEMBERI DANA kepada PR dan tidak kepada BN... kah kah kah... Alah haiiii Datuk Nadzim Johan macam mana lah lu ni sampai boleh menjadi KETUA AKTIVIS PPIM... dah lah tu lu cuma nak MEMBOIKOT hanya 5 barangan sahaja... kerana konon nya TAKUT MENJEJASKAN KEHIDUPAN ORANG MELAYU... tapi bila DITANYA tidak kah ini akan MENJEJASKAN PEKERJA-PEKERJA MELAYU YANG BERKERJA DI TEMPAT PENGUSHA CINA tersebut... PANDAI pulak lu kata yang REZEKI ALLAH JANGAN DIPERTIKAIKAN... kalau dah macam itu APA PASAL hanya 5 Barangan sahaja  lu nak suruh BOIKOT beb... APA BARANG kalau hanya 5 BARANG saja nak DIBOIKOT... kah kah kah !.

Kalau lu ADA TELOR kenapa tak BOIKOT SEMUA BARANG... kan ke lu dah TAHU dan kata yang REZEKI ALLAH JANGAN DIPERTIKAIKAN... yang bermaksud MANUSIA tidak BERKUASA untuk MENENTUKAN setiap REZEKI terhadap MANUSIA lain... jadi kenapa pulak perlu TAKUT akan MENJEJASKAN KEHIDUPAN ORANG MELAYU beb... bukan ke masih banyak barang lain lagi boleh dijadikan MAKANAN diatas MUKA BUMI ALLAH SWT ni... atau lu sebenarnya juga sedang BERMAIN WAYANG PACAK bagi MEREBUT PIALA BARUA UMNO... lu kalau nak jadi BARUA UMNO jadi lah tak ada siapa yang MELARANG...tapi biarlah jadi BARUA UMNO yang ada KELAS iaitu CERDIK dan bukan nya seperti Penchacai Upahan Umno... baik aje lu TUKAR nama Persatuan Pengguna Islam Malaysia tu kepada Persatuan Pengguna Umno Malaysia... rasanya kalau nama itu DIGUNAKAN mungkin tak lah nampak TAK CERDIK sangat... kah kah kah !.

Nik Aziz Sedia Galas Jawatan Mursyidul am

0 Selengkapnya

Nik Abdul Aziz Nik Mat
KOTA BHARU - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau sedia mempertahankan jawatan mursyidul am Pas yang diamanahkan kepadanya sebelum ini sekiranya mendapat persetujuan Pas pusat.

Nik Aziz mengakui tugas sebagai mursyidul Am Pas adalah besar dan membebankan berbanding jawatan Menteri Besar yang disandangnya sejak 23 tahun yang lalu.

“Mursyidul Am itu lantikan dari pusat, dia beri, saya terima, kalau tak bagi pun tak apa, kalau dilantik, saya bersedialah, bukan payah sangat, tapi walaupun senang, inilah jawatan yang paling membebankan saya.

“Menteri besar tak banyak bebanan, kerana mursyidul am ini tiru Nabi Muhammad SAW, tutur kata, makan minum, tingkah laku, ini bebanan yang berat,” katanya ketika sidang media Majlis Jasamu Dikenang di Kompleks Kota Darulnaim semalam.

Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, exco-exco dan pemimpin tertinggi kerajaan negeri.

Nik Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kesediaannya untuk memegang jawatan Mursyidul Am Pas setelah tidak lagi menjadi menteri besar bermula 6 Mei yang lalu.

Untuk rekod, Pas Pusat telah meneruskan lantikan Nik Aziz sebagai Mursyidul Am  dari 2010-2015.

Ketika ditanya tindakan Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang yang mahu beliau mempertahankan jawatan Pesuruhjaya Pas negeri, ujar Nik Aziz tanggungjawab itu seperti memandu sebuah kenderaan yang hanya memerlukan seorang pemandu sahaja.

“Pesuruhjaya Pas tak boleh orang lain pegang selain dari menteri besar, mana boleh satu kereta dua driver (pemandu),”katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai peranannya dalam Pas negeri setelah tidak mempertahankan jawatan Menteri Besar, Nik Aziz berkata, beliau tetap akan menyebarkan ajaran Islam dengan cara lain.

“Misinya ialah pegang Islam, Nabi Muhammad SAW mati pun Al-Quran ada, hadis ada, sirah Nabawi ada, jangan sekali-kali lari daripada islam, kerana hujung dunia ini ada syurga dan ada neraka,nak lari tak boleh, siapa turut Quran syurga, tak turut Quran neraka, walaupun orang arab Mekah.

“Saya tidak buat Pas, saya hanya membajai Pas, saya berterima kasih kepada masyarakat pada zaman dulu yang bawak pas ke Kelantan dari Pulau Pinang, orang pulau tidak terima, orang Kelantan terima,” katanya.

Ketua Penerangan Parti 6% Ape Citer

0 Selengkapnya


PR Sahut Cabaran Ahmad Maslan, Jangan Buat Mata Terbeliak Lagi!

Pakatan Rakyat (PR) sedia bersemuka dengan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof bagi mendengar penjelasan berhubung permasalahan yang timbul dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara itu telah diputuskan dalam mesyuarat majlis setiausaha PR yang diadakan semalam.

"Kita sahut cabaran Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan untuk menjemput pengerusi SPR dalam program kami.

"Kami harap Tan Sri Aziz juga bersedia hadir dalam majlis yang dianjurkan PR," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.


Beliau berkata, jika pengerusi SPR itu menolak jemputan perikatan itu, Ahmad bertanggungjawab terhadap perkara tersebut.

"Kalau Tan Sri tolak, Ahmad Maslan bantu dapatkan Tan Sri Aziz," katanya.

Hadir pada sidang media sama ialah Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali, dan Setiausaha Pengelola DAP, Anthony Loke.

Semalam Ahmad mencabar pembangkang menjemput SPR bagi menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku pada 5 Mei lalu.

Menurut Saifuddin, PR juga bersetuju menjayakan himpunan 'Suara Rakyat Suara Keramat' di negeri-negeri berikutnya.

Katanya, ia adalah saluran terbaik rakyat Malaysia untuk menyampaikan rasa tidak puas hati mereka melalui lunas undang-undang ditetapkan.

Ketika ditanya kenapa PR begitu angresif menolak keputusan PRU13 sedangkan di negeri-negeri yang dimenangi, PR dengan cepat mengangkat sumpah membentuk kerajaan mendakwa, mereka punya bukti kukuh penyelewengan yang dilakukan oleh Barisan Nasional (BN).

"Secara khusus kita telahpun mengenalpasti tidak kurang daripada 29 kawasan parlimen yang kita telah mengumpul bukti yang kita mempunyai sebab kukuh wujudnya penyelewengan dalam PRU13.

"Terbaru, ada laporan daripada petugas SPR di kawasan Parlimen Terenganu, calon BN kurung mereka di dalam bilik dan minta mereka memangkah kertas undi beserta nombor siri, laporan polis telah dibuat dan pengadu telah menghantar salinan laporan itu kepada skretariat PR, ini hanya secebis daripada beberapa bukti yang sedang kami kumpulkan," katanya.

Menurut beliau, kejadian yang berlaku di Besut Terenganu itu hanya salah satu contoh kejadian yang diterima, dan pihaknya sedang mengumpul bukti di kawasan lain.

"Isunya wujud beberapa bukti kuat, yang pada pandangan kami mempunyai asas yang kukuh untuk diangkat dalam tajuk penipuan PRU13 ini," katanya.

Hanya 500 Orang Hadir Perhimpunan Blackout 505 Di Kuantan

0 Selengkapnya


Kuantan: Walaupun perubahan tempat dibuat pada saat-saat akhir, ribuan orang masih menghadiri perhimpunan Pakatan Rakyat bagi membantah keputusan pilihan raya umum ke-13, demikian lapor MSTAR.

Kumpulan orang ramai yang kebanyakannya berpakaian T-shirt hitam membanjiri ibu pejabat PKR yang lama di Jalan Beserah di sini selepas penganjur menukar lokasi perhimpunan asal di Mahkota Aman beberapa jam terdahulu.

Perhimpunan pertama Pakatan telah diadakan di Kelana Jaya Rabu lalu diikuti di Pulau Pinang pada Sabtu dan di Ipoh pada Ahad.






May

Azmin Bebas Tindakan Parti

0 Selengkapnya

Azmin Ali

PETALING JAYA – PKR tidak akan mengenakan sebarang tindakan disiplin terhadap Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali walaupun telah membuat kritikan terbuka terhadap pucuk pimpinan parti.

Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya menganggap isu itu selesai setelah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengangkat sumpah hari ini.

"Ini cuma hal dalaman PKR, tidak babitkan keperluan untuk dibincangkan dalam Majlis Presiden kerana organisasi terbabit hanya membincangkan isu-isu polisi asas sahaja.

"Isu Azmin itu kita anggap selesai setelah Khalid angkat sumpah.

“Proses seterusnya adalah menunggu pemilihan exco kerajaan negeri Selangor daripada wakil ketiga-tiga kompenan parti," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini.

Beliau berkata, isu melibatkan jawatan menteri besar itu tidak dianggap sebagai isu besar sehingga perlu diambil tindakan.

Bagaimanapun, ketika ditanya berhubung wujudnya laporan bahawa isu Azmin itu telah dibawa ke jawatankuasa disiplin, beliau menafikan perkara itu.

"Tidak ada, mesyuarat lepas  turut dihadiri pengerusi jawatankuasa disiplin tidak ada perkara berkenaan diputuskan.

"Kalau ada kita tunggu mesyuarat biro politik esok kerana semua kes seperti itu biasanya ada di atas meja saya tetapi tidak ada,"katanya.

Sementara itu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Balik Pulau kesal dengan kenyataan Azmin yang mengkritik presiden PKR kononnya wujud dasar nepotisme dalam parti.

Ketuanya, Mohd Faizal Ab Rahman berkata, kritikan Azmin secara terbuka itu melanggar disiplin parti dan perlu diambil tindakan.

Minggu lalu, Azmin dalam sidang medianya menyatakan kekecewaan beliau terhadap pimpinan Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail yang tidak mengamalkan konsesus dalam membuat keputusan.

Azmin juga melahirkan rasa ketidakpuasan hatinya itu di dalam lamam mikro tweeter miliknya sehingga banyak khabar angin tersebar kononnya beliau akan meninggalkan PKR.

BLACKOUT 505 : DARI MEDAN ISTANA IPOH

0 Selengkapnya

Meraikan Kemenangan Cara Blackout

0 Selengkapnya

Kertas Undi Keluar Dua Kali, PAS Lapor Poli

0 Selengkapnya


Temerloh: PAS Kawasan Temerloh hari ini membuat laporan polis berikutan berlaku pengeluaran kertas undi dua kali kepada tujuh pengundi pos yang merupakan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh.

Pengarah Jentera Pilihan Raya PAS Temerloh, Hassan Omar berkata, akibat pertindihan nama daripada senarai pemilih undi pos itu, pihaknya mengsyaki boleh berlaku manipulasi termasuk di kawasan-kawasan lain seluruh negara.

Beliau yang ditemui di perkarangan Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) Temerloh berkata, PAS Temerloh membuat laporan polis mengenai ‘penipuan’ tersebut mendesak satu siasatan rapi kerana jika dibiarkan akan menyebabkan pengundian berganda bagi seseorang pengundi.

“Kejadian ini disedari agen calon PAS bagi Parlimen Temerloh, Roslan Ahmad, pada tengahari 23 April lalu semasa terlibat menjadi wakil calon ketika proses pengeluaran kertas undi pos.

“Roslan seorang yang berpengalaman dan berjaya mengesan pertindihan nama tujuh pemilih dan mendesak supaya dibatalkan tujuh nama tersebut daripada menerima kertas undi pos kedua,” ujarnya.

Hassan berkata, PAS juga mendesak polis menyiasat sistem pengkalan data SPR yang mungkin terdapat percubaan untuk menipu dan pecah amanah dalam pilihan raya umum (PRU) ke 13 ini.

Beliau juga mendesak, supaya sistem undi pos dikaji semula dan dihapuskan sama seperti tuntutan NGO Bersih, kerana wujudnya ruang-ruang tidak adil, boleh dimanipulasi dan berat sebelah dalam sistem demokrasi - GB

Fatwa Undi Pas Haram Makan Diri

0 Selengkapnya



Abdullah Saamah pengasas Pondok Geting Tumpat, dikhabarkan kini diserangi penyakit strok sehingga mulutnya menjadi kaku.

Beberapa bulan yang lalu, Abdullah pernah mengeluarkan fatwa sendiri "Haram Undi PAS" dengan alasan yang dangkal dan emosional. "Fatwa"nya itu telah digembar-gemburkan oleh akhbar Utusan Malaysia dan dipromosikan pula oleh parti UMNO yang kini sedang nazak melalui billboard-billboard sepanjang tempoh kempen PRU13 ini.

Pihak polis telah mengeluarkan arahan supaya semua pihak jangan mengeluarkan fatwa yang boleh mengelirukan orang ramai dan menyebabkan perbalahan antara masyarakat semasa pilihan raya umum ke-13 (PRU13) ini. (sila rujuk berita dibawah).

Berikut ialah maklumat dari laman sosial fb:

Harap sahabat berdoa kepada Tuan Guru Abdullah Saamah pondok geting, kerana dia telah mengalami strok dan mulutnye menjadi kaku tidak boleh bercakap.

Segala tomahan beliau kepada individu yg bergelar ulamak serta memperjuangkan agama jangan kita pandang remah kerana Allah MAHA berkuasa! Harap beliau Tok Guru ABDULLAH Saamah sedar apa yang beliau telah lakukan dan tomahkan!

Sumber daripada cucu tok guru Pondok Berangan Tumpat.

Majlis Profesor Negara Mesyuarat Tergempar

0 Selengkapnya




Kuala Lumpur: Kebimbangan Barisan Nasional (BN) akan kehilangan kerajaan sampai ke kemuncaknya apabila Majlis Profesor Negara mengadakan mesyuarat tergempar di Putrajaya.

Menurut Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman dalam tulisannya, seorang rakannya dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memaklumkan hal ini kepada beliau.

"Semalam, seorang kawan di UKM telefon, beritahu Majlis Profesor Negara bermesyuarat tergempar di Putrajaya, ekoran situasi bayangan membimbangkan bakal melucutkan takhta BN," tulis Lutfi dalam kolumnya di Harakahdaily.

Beberapa hari sebelum itu, tulis Lutfi, pensyarah kanan UKM, Profesor Dr Mohamad Agus Yusoff juga melahirkan keyakinan BN akan tumbang kali ini.

"Semasa saya mengunjunginya di Bandar Baru Bangi juga melahirkan keyakinan sama," tulis Lutfi.

"Khabarnya banyak lagi meeting serupa semalam di Putrajaya, bincang isu sama," tulis Lutfi lagi. -HD

Ceramah Zul Katak Mencecah 120 Ribu Hadirin

0 Selengkapnya



Ceramah calon penuhkan KOUTA Parlimen Shah Alam, Zul Noordin di PDM bukit jelutong bersama calon dun kota anggerik telah di serikan lagi dengan sambutan hangat
masyarakat bukit jelutuong malam tadi,

ceramah yang berlangsung pada jam 9 malam ini telah di sajikan pula dengan paluan gendang menyambut saudara zul noordin yang sudah di ketahui ramai sebagai calon
BOLEH KE MENANG bagi Barisan Nasional.

kehadiran yang amat ramai ini telah menyebabkan berlakunya suasana trafik jem sehingga ke plaza tol bukit jelutong, mengikut ajensi berita fakap EP yang telah menghantar
Profesor @erapasca kesana semalam, kehadiran yang dapat di pastikan adalah seramaimungkin lebih 10 ribu orang, saksikan gambar ini yang sempat di rakam kepada kami - AFEP

Upah Budah Bawah Umur RM15 Konvoi Umno

0 Selengkapnya
KONVOI KELANTAN

KONVOI LARUT PERAK

Ceramah Di Miri Sarawak Pun Ditolak Rakyat

0 Selengkapnya
Anda Boleh Lihat Perubahan Siri Ceramah Anwar Ibrahim Di Miri,Jangan Hina Jangan Keji Perjuangan Tetap Perjuangan.Agak Agak Berapa ribu Perkiraan Anda?Sedarlah Wahai Macai2 UMNO sekalian,jangan lagi di tipu daya oleh kepimpinan umno


Rakyat Tawau Tolak Anwar,300 Yang Hadir

0 Selengkapnya


Antara Video Anwar Ibrahim Ditawau sabah,hanya 300 orang yang hadir Anda Nilai La Sendiri Wahai Penyokong UMNO


Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan Kini Menyertai Majlis Keselamatan Pakatan Rakyat

0 Selengkapnya

Tan Sri Musa Hassan kini menyertai Majlis Keselamatan Pakatan Rakyat

Demi Rakyat, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan kini menyertai Majlis Keselamatan Pakatan Rakyat sebagai penasihat ekoran berlakunya banyak insiden keganasan politik di seluruh negara ini akhir-akhir ini.

Musa Hasan - Hashim Hussein
Dalam kenyataan bersama dengan Musa, bekas ketua turus tentera darat Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein yang juga calon Pakatan di Parlimen Johor Bahru berkata, beliau secara peribadi menawarkan jawatan itu kepada Musa.

"Sebagai pihak yang menghabiskan sebahagian besar hidup kami melindungi dan berkhidmat kepada rakyat Malaysia untuk memastikan keselamatan dan keselamatan di negara kita, kami berharap keganasan politik tiada tempatnya lagi dalam proses demokrasi kita," kata Hashim.

Majlis itu ditubuhkan bagi tujuan mempermudah peralihan kuasa dan juga memastikan pilihan raya dijalankan dengan aman.
 
© Copyright 2011 : bloggerkb
Template dari : Free Blogger Templates | ZonaBlogger.com | Didukung Oleh : Blogger.com