.

Sokong Umno,Jadi Ahli Umno,Tapi Undilah Pas
Showing posts with label KELANTAN. Show all posts
Showing posts with label KELANTAN. Show all posts

Seekor Lagi Pencacai Umno Lapor Maklumat Palsu Dikelantan

0 Selengkapnya
Shuhaimi Baba
Datuk Shuhaimi Baba
Jika Dah Terjebak Dengan Umno Mungkin Juga Mementingkan Kedudukan,Harta Dan Darjat Pencacai Umno Ini Sanggup Menfitnah Dan Memburuk-Burukan Negeri Kelatan.


KOTA BHARU: Presiden Pengeluar Filem Malaysia, Datuk Shuhaimi Baba diminta merujuk kepada data sebenar sebelum menghebahkan sesuatu statistik tanpa ada asas tentang Kelantan.

Pengerusi Gabungan NGO Kelantan, Dr Abdul Halim Yusof (gambar) berkata, amat malang sekali seorang penerbit filem tersohor melemparkan tuduhan tanpa ada asas terhadap negeri ini.
 
Dr Abdul Halim Yusof

“Ada setengah pihak mempunyai sikap amat prejudis kepada rakyat, kerajaan dan negeri Kelantan sehingga setiap yang buruk, mundur dan hina itu ada di Kelantan.

“Akibat sikap itu telah mendorong untuk menabur maklumat yang kononnya berasas fakta dengan harapan memberi keyakinan palsu kepada orang ramai,” katanya di sini.

Ketika menyertai forum Sinar Harian di Shah Alam Selasa lalu, Shuhaimi mendakwa Kelantan memiliki statistik tertinggi di Malaysia berkaitan perceraian, pelacuran dan penagihan dadah.

Malah beliau yang juga pengarah filem dikatakan mempertikai amalan Islam di negeri ini.

Dr Abdul Halim berkata, malangnya fakta dibentang Shuhaimi bertentangan dengan statistik yang ada di JAKIM dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Menurutnya setakat ini belum ada badan yang mengeluarkan statistik jumlah pelacuran kerana profesion itu dilarang di Kelantan.

“Sedangkan kesan polisi Membangun Bersama Islam telah berjaya menjadikan negeri ini lebih tinggi nilai moral dan indeks keamanan.

“Timbul persoalan bagaimana dan di mana beliau membuat kajian ini. Apabila mengatakan filem arahannya ‘Tanda Putera’ hasil kajian dan penyelidikan maka sudah tentu orang ramai mempertikai tahap kajiannya.

“Sekiranya fakta yang beliau gunakan untuk membuat penyataan tentang Kelantan itu menjadi kayu ukur, keupayaannya menghasil filem tersebut juga boleh dipertikai,” ujarnya.

Oleh itu Dr Abdul Halim berharap semua pihak supaya lebih bertanggungjawab di atas kenyataan mereka dan hendaklah berpandu kepada neraca yang berimbangan dan bukannya hawa nafsu.

Menurutnya kenyataan yang menyimpang hanya menjadikan mereka menipu diri sendiri dan menjadi alat kepada permainan politik kotor.

Sultan Kelantan Sentiasa Menziarah Rakyatnya

0 Selengkapnya


Dalam gambar ini menunjukkan Tuanku Sultan Kelantan bertanya sesuatu tentang keadaan warga tua yang terlantar sakit..

Sultan yang begitu zuhud & menjadikan Allah sebagai prinsip memerintah... Tidak dapat dibezakan dari segi penampilan apakah beliau rakyat mahupun Sultan.. Tuanku sentiasa berpenampilan sederhana pakaian harian Tuanku adalah jubah & kopiah..

Ini lah Sultan yang mirip pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz Abad ke-21, Tuanku adalah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V (Tuanku Muhammad Faris Petra) sentiasa mencemar duli ke ceruk-ceruk kampung menziarahi rakyat.

ALLAHUAKBAR!!!

Itulah Tuanku Sultan Muhammad Ke-V Kebanggaan Rakyat Kelantan & Malaysia...

"ISLAM DIJUNJUNG, KELANTAN TERSOHOR"



http://greenboc.blogspot.com/2013/03/sultan-kelantan-sentiasa-menziarah.html

Tuan Besar bin Tuan Ismai

0 Selengkapnya

Tuan Besar bin Tuan Ismai

Pemerintah ke empat
Tuan Besar bin Tuan Ismail pada tahun 1835 hingga tahun 1839. Beliau hanya sempat memerintah selama 4 tahun sahaja,

Wan Mahmud bin Ibrahim

Pemerintah ke tiga
Selepas berakhirnya pemerintahan Long Jaafar pada tahun 1974, lahirlah kepimpinan seterusnya yang mentadbir kelantan juga merupakan keturunan  Long Jaafar  sendiri antaranya ialah Wan Mahmud bin Ibrahim bermula pada tahun 1800 sehingga 1835 dan memerintah selama 35 tahun. 

Long Gaffar


YM Long Gaffar adalah AHLULBAIT dari titihan bapanya keturunan Yang Mulia Wali 7. Syed Hussen JamadilKubra bin Sheikh Ahmad Jalal AlAkhbar (Kesultanan Deccan) bin Ali Zainal Abidin rd bin Isa Syakir bin Jaffar Saddiq bin Ali Zainal Abidin as bin Imam Hussein as (Karbala) bin Siti Fatimah azZahra (sydn. Ali KWJ) bin Muhammad (Rasulullah SAW) bin Abdullah.bin Abdul Muthalib bin Hasyim bin Abdul Manaf bin Qushai bin Khilab sampai ke nasab Nabi Ismail as bin Nabi Ibrahim- sampai ke nasab Nabi Nuh-Nabi Idris-Nabi Sheth bin Nabi Adam as. Manakala Ibunya pula dari titihan Puteri Kerajaan D'Raja Champa zuriat nabi Ibrahim Al-Khalil dan Siti Qan’tura (Yunnan).

Baginda memerentah Kelantan (ketika itu dipanggil "Tanah Serendah Sekebun Bunga, Kisaran Payung, Negeri Cik Siti Wan Kembang) setelah menang perang iaitu perang Kota Kubang Labu 1 di dalam peristiwa sejarah yang terkenal iaitu ‘Tragedi Kain Cindai’.

Perang tersebut berlaku selepas raja Kota Kubang Labu yang bernama Long Pandak (dari keturunan Jembal) membunuh isterinya yang merupakan puteri Raja Legeh (Narathiwat sekarang).

PUTERI NENG MAS (Legeh)

Puteri tersebut bernama Puteri Neng Mas (Tengku tengah adik Long Deraman) adalah juga merupakan sepupu YM Long Gaffar telah dibunuh kerana dituduh bermukah dengan YM Long Gaffar, gara-gara ‘cemburu buta’ kerana Permaisuri telah memiliki "KAIN CINDAI" yang bernama "Cepa Melaka" yang dimiliki oleh YM Long Gaffar.

'KAIN CINDAI Chepa Melaka'

Sebenarnya kain cindai tersebut dipinjamkan oleh YM Long Gaffar semasa lawatannya bersama YM Long Yunus ke Kota Kubang Labu, kebetulannya pada masa kedatangan YM Long Gaffar itu, Long Pandak baru pergi berburu.

Manakala di masa itu Permaisuri terasa tertarik dengan kain Cindai ‘Chepa Melaka’ yang dibawa oleh YM Long Gaffar itu; lalu meminta untuk ditiru tenunannya. YM Long Ghaffar sedia meminjamkan kain Cindai itu kepada permaisuri sambil disaksikan oleh YM Long Yunus.

Kemudian, tanpa mengambil kembali kain Cindai tersebut, YM Long Gaffar dan YM Long Yunus pun bersepakat untuk berjalan-jalan sambil merantau sampai ke Terengganu (menunaikan amanat al-Sultan Pattani ayahandanya, supaya melihat perkembangan negeri Terengganu).

BERANGKAT KE TERENGGANU

Sesampainya di Terengganu (Besut), YM Long Gaffar dan YM Long Yunus menjadi begitu sedih, marah dan terharu apabila mendengar keluhan dan aduan rakyat tentang jajahan Besut yang telah dirampas oleh Bugis.

Yang mana sebelum ini jajahan Besut telah tergadai kepada Bugis oleh Sultan Terengganu akibat ‘Kalah dalam sayembara ‘Laga at Yang Mulia (YM) Syed Hussein JamadilKubra bin Sheikh Ahmad Jalal Al Akhbar (Deccan).
Ayam’, sedangkan negeri Terengganu itu adalah ‘HADIAH’ nendanya al Sultan Pattani kepada YM Raja Johor, sebagai tanda kekeluargaan dan kasih sayang dari titihan wali keram
Tanpa mencela dan tanpa pengetahuan Sultan Terengganu, YM Long Gaffar dan YM Long Yunus telah berpakat untuk bertanding ‘Laga Ayam’ dengan angkatan Bugis demi mengembalikan semula pengaruh dan kredibiliti Empayar ayahandanya Pattani dan Istana Terengganu itu sendiri; Dan apatah lagi baginda Long Gaffar sendiri adalah Putera Mahkota Pattani, maka layaklah beliau sendiri menyelesaikan masalah tersebut.

PENGHULU ADAS____

_Akhirnya dengan kebjiksanaan dan kepandaian senjata bapa saudara baginda, Penghulu Adas (YM Datuk Syed Kadok 1), telah menggunakan tipu-helah menggunakan ‘Lawi Ayam’ iaitu satu senjata kecil daripada BESI seperti pisau, sehingga berjaya membuat ‘ayam sabung’ angkatan Bugis kecundang walaupun kelihatan pada mulanya Ayam Sabung itu sudah hampir kalah.

Rentetan daripada kemenangan tanpa upah itu, lalu menjadi kecohlah bumi Terengganu dengan teriakan:

“Raja Long Gaffar ambil balik Besut! Raja Long Gaffar ambil balik Besut!”,

Maka sampailah berita itu kepada Sultan Terengganu, maka dijemputnya angkatan YM Long Gaffar dan YM Long Yunus bersaudara ke Istana Terengganu lalu diraikan dalam upacara yang penuh gilang-gemilang. Menurut riwayat, baginda diraikan selama tiga bulan berturut-turut di Terengganu.


UTUSAN BERKUDA

Di masa YM Long Gaffar dan angkatannya bersama Sultan Terengganu tengah bersukaria di istana, tiba-tiba datanglah ’utusan berkuda’ dari Kerajaan Reman- Pattani yang membawa perkhabaran tentang kematian Permaisuri Kelantan iaitu sepupu kepada YM Long Gaffar dan YM Long Yunus bersaudara yang dibunuh oleh Long Pandak, Sultan Kelantan di masa itu.

Maka angkatan baginda YM Long Gaffar pun bertolak dari Terengganu bersama ratusan askar dari kerajaan Istana Terengganu untuk merampas kembali ‘kedaulatan’ empayar Pattani-Kelantan yang mula diderhakai oleh Long Pandak.

Di tengah jalan, rupanya telah ada satu pasukan pembunuh khas dari sultan Long Pandak untuk menyerang hendap angkatan YM Long Gaffar di Mahligai, Pasir Putih

PENYERANG 'HENDAP_____

Alhamdulillah dengan ‘pertolongan Allah’, rencana ‘serang hendap’ oleh pasukan Long Pandak itu dapat dihidu oleh pembesar kepada Datuk Syed Kadok 1, Tok Kundor @ Pendekar Kundor (Kg. Anak Bukit, Melor, Kelantan),
Lalu Pendekar Kundor mengarahkan penduduk dan kaum-kerabatnya yang setia pada YM Raja Long Gaffar untuk menyerang hendap pula pasukan Long Pandak daripada belakang.


Lantaran itu habis mati kesemuanya pasukan ‘penyerang hendap’ tentera Long Pandak dibunuh oleh Pendekar Kundor dan penduduk Kg.Anak Bukit, Melor tanpa belas kasihan lagi.

Sesampainya angkatan YM Long Gaffar ke tempat kejadian itu, dilihat musuh-musuhnya telah menjadi mayat-mayat yang bergelimpangan tidak bernyawa lagi..

KE KOTA KUBANG LABU

Kemudian angkatan YM Long Gaffar telah bergabung dengan angkatan Pendekar kundor, Kg. Anak Bukit, Melor, menuju ke Istana Kota Kubang Labu beramai-ramai. Di masa itu hari telah pun melampaui waktu Isya’.

Sesampainya angkatan YM Raja Long Gaffar ke Istana Kota Kubang Labu adalah hampir-hampir waktu subuh;

“Ketika lena dibuai mimpi tidur, tiba-tiba Long Pandak membukakan matanya, lalu ia terdengar bunyi Ayam Jantan berkokok: “koo.. kokokoOO..”;

Dan ia melihat DUA ORANG LELAKI BERTOPENG; Lalu Long Gaffar membunuh Long Pandak dan YM Long Yunus membunuh Long Mohamaad @ Long Deraman”.

Kemudian YM Long Gaffar berkata kepada YM Long Yunus:

“Adik (adinda)! Kamu tinggal dalam istana (jadi Raja) dan biar abe (kekanda) pegang rakyat.”

lalu ia memakai gelaran Tengku Sri Maharaja Datuk Perdana Menteri Long Gaffar Kelantan iaitu yang berstatus sebagai Yang DiPertuan Agong sekarang ini merangkap PERDANA MENTERI (dua-dua pegang kuasa eksekutif dengan kuasa rakyat)

Segala perkara-perkara KEHAKIMAN yang berkaitan dengan urusan agama Islam dan hokum ‘Hudud’ diserahkan kepada Kerajaan YM Raja Long Gaffar di Limbat; manakala YM Long Yunus menjadi Raja yang bersemayam di istana Kota Kubang Labu yang melibatkan urusan istana dan pentadbiran sosial sahaja.

Di Kota Limbat, YM Long Gaffar mula membangunkan madrasah berbentuk ala ‘pondok’ (cottage learning Centre) untuk perkembangan agama Islam dan melantik seorang ulama besar bernama TOK BARUH (Hj. Ismail, Pattani) untuk menjadi guru madrasah di situ.


Manakala baginda sendiri akan turun mengajar setiap hari Jumaat dengan memakai Topeng (ala Zorro atau di balik tabir) untuk mengajar rakyat supaya tidak dikenali.

Di zaman baginda YM Long Gaffar inilah satu peristiwa sejarah yang besar telah berlaku iaitu dengan terbitnya Kitab Munyatul’Musolli yang dikarang oleh Syeikh Daud alFatoni di Mekah, hanya dengan menggunakan jari-jarinya sahaja dalam keadaan gelap tetapi telah disinari cahaya putih yang keluar dari tangannya.

Kitab itu dikarang oleh Sheikh Daud alFatoni atas arahan YM Raja Long Gaffar Kelantan 1754M untuk memerintah di Kota Limbat.

Firman Allah:“Sesungguhnya orang-orang yang inginkan akhirat tidak akan mencari pengaruh di mukabumi” (alQuran).

DUA RAJA BERSAUDARA

Gabungan ‘dua Raja bersaudara’ yang warak, alim, bijaksana dan berani itu telah membentuk satu identiti yang unik bagi Kelantan dan tersendiri; di mana di masa pemerentahan YM Long Gaffar dan YM Long Yunus itulah, baru terlaksananya HUKUM HUDUD yang tulen dan tersebarnya dengan meluas ilmu ALQURAN (pegangan AhlulBait-quran Qadim) dan juga ilmu Kitab-Kitab Muktabar seperti AlHikam, Muhimaah, Munyatul’Musolli, Minhajul'Abidin dan Kitab Kuning Pattani selain Kitab Nur Muhamaad dan Hikayat Nabi Bercukur.

___*nota: __

_Kain Cindai ‘Chepa Melaka’ akhirnya telah dirampas penjajah pada era pasca perang dunia ke I pada (1909M) ketika era menghapuskan pengaruh dan kuasa YM Long Gaffar dalam istana oleh penjajah daripada pewaris terakhirnya Datuk Syed Kadok III iaitu Tengku Mahmud bin Tengku Hussein @ Nik Mud bin Nik Sen alKubra yang mencari perlindungan di Kg. Kadok, Ketereh.

Kg.Kadok adalah tempat berdiamnya bapa saudara YM Tengku Mahmud iaitu Datuk Syed Kadok II dan kemudiannya telah dikahwinkan dengan anak YM Datuk Syed Kadok sendiri (sepupunya) iaitu YM Syarifah Maryam @ Nik Yam dan diberi ‘hadiah’ berupa tanah seluas 14 ekar di Kg. Bandar, Pulai Chondong, 16660 Kelantan dan sebuah Kapal Laut bernama 'KAPAL SRI KELANTAN'.


MEMBUKA KAMPUNG BANDAR

Baginda kemudiannya hidup ‘zuhud’ dengan hanya dikenali sebagai ‘anak Raja T'tani pembuka Kg. Bandar’ dan guru mutlak alQuran Qadim.

Perkampungan baru itu menjadi transit utama di zaman itu kerana pengangkutan utamanya adalah sungai dan kampung itu bersebelahan dengan Sungai Kelantan.

Kampung itu dinamakan 'KAMPUNG BANDAR' kerana bermaksud Perkampungan iaitu MEKAH dan Perbandaran bermasud 'MADINAH; lalu dijadikan kampung itu dengan nama KAMPUNG BANDAR atau MEKAH-MADINAH.

Manakala, kitab syariat yang menjadi teras ajarannya adalah Tanbihul'Ghafilin, minhajul'Abidin, Munyatul'Musolli dan Ihya' Ulumiddin karangan Imam Ghazali rd.

‘NEGERI DIKERAT LINTANG’

Di zaman pemerintahan dua Raja bersaudara, YM Long Gaffar dan YM Long Yunus itulah Kelantan pula dikenali pula sebagai ‘Negeri dikerat lintang’ atau atau negeri dua pemerintahan.


Mengikut sejarah yang terdahulu, pada awalnya (1350M), Kelantan diberi nama oleh nendanya Syed Hussein JamadilKubra berdasarkan peristiwa ‘Kilatan’ atau ‘cahaya berbentuk Tudung Saji’ di Bukit Panau.

(rujuk perpustakaan Awam Kelantan dan profile M Q T K ).


Kepala AhlulBait adalah lebih mahal bagi Yahudi laknat’tullah, selain kepala Osama ben Laden!

YM Datuk Syed Kadok III

Sebenarnya zuriat terakhir YM Long Gaffar-Pattani iaitu YM Tengku Mahmud bin Tengku Hussein @ Nik Mud bin Nik Sen (Putera Mahkota Pattani yang hilang dalam sejarah) telah berhijrah ke Kelantan (Kg.Kadok) dari Pattani adalah kerana telah diburu oleh kerajaan SIAM.


Baginda Tengku Mahmud telah mendapat berita bahawa kerajaan Siam telah bernekad untuk menyerang Istana Pattani pada satu tarikh yang diketahui oleh penasihat istana Pattani seorang waliAllah yang kasyaf.

Maka baginda bersama 40 orang pengikut setianya telah melarikan diri dari istana Pattani pada waktu subuh (rujuk MQTK scribd) dan membawa bersama mereka Kitab-Kitab Muktabar Pattani seperti Kitab Kuning, Nur Muhamaad, Tanbihul'Ghafilin, alHikam, Munyatul’Musolli, Faradatul’Faraid, Minhajul’Abidin dan banyak lagi kerana di masa itu Kitab-Kitab diutamakan di istana-istana Raja kemudian baru disebarkan kepada rakyat.


Nota:

Dimasa dahulu, Kitab-Kitab Muktabar adalah amat-amat diagungkan. Sebelum disebarkan kepada rakyat, Kitab-Kitab itu akan diarak disekeliling istana dahulu. Begitulah mulianya Kitab-Kitab agama itu. Di masa itu, hanya anak-anak Raja (golongan Istana) yang pandai membaca Kitab dan tahu hukum-hukum agama. Setelah dewasa, maka MEREKA akan sebarkan kitab-kitab itu untuk rakyat.

nota:
Kitab-Kitab Muktabar pegangan AhluilBait Pattani-Kelantan sekarang ini 100% telah pun diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris;

_Kitab-Kitab tersebut telah pun disahkan dengan rasminya -oleh Ybhg. Prof. Uthman Muhammaed El-Muhammady, fellow (ISTAC) dan juga selaku Penasihat Kehormat MQTK Malaysia pada Mac 2009 bersama MQTK committee meeting iaitu YM YDP MQTK Yusnaidi bin Yusoff, cikgu Arrifin bin Che Yahya (PKHEM, Sek. Men. Hamzah 1, 18500 Machang, Kelantan, dan YM Nik Mohd Kamal bin Hj. Nik Lah (ajk PKLGK) dan perjumpaan ini adalah diatur dan turut disaksikan oleh YM Wan Syamsuddin Ramli, bendahari MQTK dan YM Nik Mahadi bin Nik Hassan selaku wakil TV3 Kelantan.

TAQQIYYAH

Selain dari Kitab-Kitab Muktabar; dibawa bersama mereka juga dua biji ‘buah pinang’ untuk ditanam di tepi rumah masing-masing jika telah selamat sampai di mana-mana destinasi sebagai satu ‘tanda’ untuk dikenal akan KETURUNANNYA, kerana angkatan YM Tengku Mahmud telah berhijrah lebih awal ke Kelantan dan manakala yang lain ada yang mencari perlindungan dan menetap di Kedah, Perlis dan Terengganu.; begitu juga di Pahang dan Perak.


Melalui era Datuk Syed Kadok III inilah bermulanya kembali episode cerita menyembunyikan ‘identiti’ atau TAQQIYYAH sebagai ahlulbait dan Putera Mahkota Pattani yang hilang dalam sejarah itu.__

KESIMPULAN

Kain Cindai ‘Chepa Melaka’ adalah inti kepada perubahan sejarah negeri Kelantan. Daripada ‘Tragedi Kain Cindai’ itulah yang membawa kepada kemangkatan Permaisuri Kelantan (sepupu Long Gaffar) dan terbunuhnya Sultan Kelantan (Long Pandak dari titihan Raja Sakti- Raja Jembal) sehingga berlakulah peralihan takdir Allah sehingga terbentuknya satu institusi Kesultanan AhlulBait di bumi Kelantan;

Dan di zaman YM Long Gaffar dan YM Long Yunus, barulah ikhwan Islam dan ROH sebenar Islam di bumi berkat ini terhasil.

Malangnya akibat diratah zaman penjajahan pasca-perang Jepun-British, pengaruh AhlulBait dalam pentadbiran Istana mula dihapuskan. Sistem ‘pecah’ dan ‘perintah’ telah mencerai-beraikan Empayar Kesultanan AhlulBait Nusantara sehingga ke sekarang ini.

Begitu juga di Kelantan dan Malaysia, AhlulBait telah tersembunyi disebalik identiti 'BUMIPUTERA'; dan identiti ini perlu dipelihara dn dijaga sebagai satu Amanah Allah. Perjuangan perlu diteruskan sehingga Melayu tetap MERDEKA sehingga WAHYU ALLAH (alQuran) mengatasi segala-galanya, insyaAllah..!____

"Sultan adalah PAYUNG ALLAH di muka bumi ini, tempat bernaungnya orang-orang lemah, memberi pertolongan kepada orang-orang aniaya. Barangsiapa yang memuliakan SULTAN ALLAH di dunia ini, Allah akan memuliakannya di Hari Kiamat"______
(Hadis daripada Abu Hurairah)

Ingat! AhlulBait haram menerima sedekah dan duit zakat. Kalau mahu terima juga, tukarkan niatnya kepada HADIAH. Natijah perlanggaran akan menyebabkan ditimpa penyakit dan musibah (rujuk ulama @ Kitab Keutamaan Keluarga Rasulullah keluaran Klang Book Store).

Ingatlah! Negeri kita ini aman sentosa sedangkan di sekitarnya binasa dengan pelbagai masalah dan bencana. kerana ada zuriat nabi SAW yang menjadi payungnya,

lantaran itu telah menjadi sejarah, Tanah Melayu yang awalnya menjadi tumpuan penghijrah seperti orang Cina, India dan bangsa lain tertumpu ke negeri Tanah Melayu dan menjadilah bahasa Melayu ‘Lingua Franca’ pada dunia.sedangkan di sekitarnya binasa dengan pelbagai masalah dan bencana.

Ironinya, setelah sekian lama RAHMAT itu dijaga, adakah sekarang ini ada seiapa yang berani menderhaka kerana jahil tentang HUKUM?, Jahil tentang sejarah?

Ingatlah! Raja-Raja itu Panca Seri! Panca Seri itu adalah Daulat! Daulat itu KURNIA Allah. Buang Raja hilanglah Daulat; Apabila hilang Daulat maka Binasalah negeri. Binasa negeri hilanglah MELAYU; kerana itu ada Rajanya iaitu zuriat Yang Mulia AhlulBait Rasulullah SAW dan ingatlah akan .....

WASIAT NENDA RASULULLAH SAW:


“AhlulBait itu ibarat Bahtera Nuh di zaman Nuh. Mereka itu adalah satu-satunya SARANAN KESELAMATAN-ku di akhir zaman. Sesiapa yang menaikinya akan selamat dan sesiapa yang ketinggalan akan binasa.”

“Sesiapa yang membenci AhlulBaitku adalah membenciku; Dan sesiapa yang membenci-ku adalah menjadi Musuh Allah dan musuh Jibril”.Dan Firman Allah:

“Adakah mereka itu dengki kepada manusia yang Kami berikan ‘rahmat? Sedangkan Kami telah memberi kepada keluarga Ibrahim (ahlulbait), Kitab dan Hikmah; dan Kami telah memberi kepada mereka itu satu KERAJAAN yang besar”.

Firman Allah:
“Sesungguhnya Kami telah melebihkan Adam, Nuh, Keluarga Ibrahim (ahlulbait) dan Keluarga Imran melebihi umatnya di zamannya” (alimran 3:33)

Kekaburan Sejarah Kelantan

Terdapat pihak yang mengatakan terdapat penyelewengan yang berkaitan dengan fakta sejarah negeri ini. Pendedahan yang telah dibuat menyebabkan ada pihak yang terasa. Penyelewengan itu dikatakan bermula dengan terbitnya buku "Ringkasan Cetera Kelantan" oleh Dato’ Perdana Menteri Nik Mahmud Bin Ismail sebelum tahun 1950-an.

Penyelewengan fakta ini dipercayai dilakukan secara terancang dan berterusan ini terbukti dengan terbitnya buku terbaru sejarah Kelantan iaitu "Iktisar Sejarah Kelantan" yang kemudiannya diiklankan di dalam majalah "Pengasuh" keluaran MAIK.


_PERANG KOTA KUBANG LABU II 1762M

Dikatakan, ramai yang tidak menyedari bahawa selepas kejatuhan "Kota Lubang Kubu" akibat Perang Kota Lubang Labu II pada tahun 1762M di antara Long Pandak yang memerintah Kota Lubang Labu dengan YM Long Gaffar (Long Gaffar merupakan Raja Muda Negeri Reman (sampai Ulu Kuala Kangsar, Perak dan juga adalah Putera Mahkota Pattani) dan bukannya anak pembesar Reman seperti yang didakwa di dalam buku di atas).

Tapi cerita sebenarnya, baginda YM Long Gaffar tidak mahu menjadi Sultan (living simply) dan mengambil jalan merantau terutamanya ke Kelantan kerana di Kelantan ada sebuah bukit yang namanya Bukit Panau atau Bukit Tunggal..

Bukit ini adalah nostalgia bagi YM Long Gaffar dan penduduk negeri Kelantan kerana daripada peristiwa nendanya Syed Hussein JamadilKubra yang melahirkan ‘KILAT’ ketika be-Ritual kerohanian (Ibadat suluk) sehingga melahirkan 'KILAT-kilat-tan' yang berbentuk ‘Tudung Saji’ sehingga terwujud nama negeri Kelantan.

Negeri ini kemudiannya telah diperintah oleh YM Long Gaffar dan keturunannya selepas peristiwa ‘Tragedi Kain Cindai’ sampai kepada era penghapusan kuasa AhlulBait di dalam pemerentahan (Istana) pada lewat pasca-perang Jepun-British.

KOTA LIMBAT

Pusat pemerintahan utama semasa pemerintahan YM Long Gaffar di Negeri ini ialah di Kota Limbat, Peringat dan pada masa yang sama seorang tokoh iaitu YM Long Yunus (anak Long Sulaiman) yang merupakan saudara SEPUPU kepada YM Long Gaffar yang dianggap sebagai adik oleh baginda YM Long Gaffar, manakala YM Long Gaffar juga dianggap ‘GURU’ oleh YM Long Yunus kerana mengajarkan ilmu alQuran Qadim kepadanya. Lalu YM Long Yunus telah diberikan kuasa memerintah oleh YM Long Gaffar dari kawasan Pasir Tumbuh hingga ke Padang Garung, dan seterusnya hingga ke Kuala Kemasin dan di sebelah Baratnya hingga ke Bukit Tanjung (Narathiwat).

Walau bagaimanapun, segala keputusan dan kuasa sebenar berkaitan pentadbiran dan kes-kes jenayah ‘HUDUD’ adalah terletak di bawah bidang kuasa Baginda Long Gaffar di kota Limbat.

Pada zaman baginda YM Long Gaffarlah ‘hukum Hudud’ yang pertama telah dilaksanakan dengan sempurnanya. Di zaman beliaulah segala kitab-kitab muktabar pegangan AhlulBait Rasulullah dapat diterjemahkan ke bahasa Melayu (Jawi) dan segala hal ehwal Islam dapat dilaksanakan. Realiti daripoada itiu, akhirnya bumi Kelantan menjadi makmur dan berkat sehinggalah sampai pada era penjajahan.

Dua pemerentahan antara Kerajaan di Limbat dengan Istana Kota Kubang Labu, menyebabkan Kelantan dikenali dengan nama ‘Negeri Yang Di-kerat Lintang’ atau Kelantan iaitu antara Raja yang memerintah iaitu baginda YM Long Gaffar yang berpusat di Kota Limbat dengan Long Yunus dan sempadannya ialah Pasir Tumbuh.

PENYELEWENGAN FAKTA SEJARAH

Fakta tersebut dikatakan cuba diselewengkan oleh pihak-pihak tertentu di Kelantan dengan memutarbelitkan peristiwa (menyatakan YM Long Yunus yang beri kuasa kepada Long Gaffar) bertujuan bagi memperkecilkan dan seterusnya menghapuskan peranan YM Long Gaffar dalam lipatan sejarah Kelantan sedangkan dalam perang tersebut, YM Long Gaffar telah Berjaya membunuh Sultan Kelantan iaitu Long Pandak, manakala Long Yunus pula membunuh Long Deraman (bapa saudara Sultan).

Semasa pemerintahan baginda YM Long Gaffar dan keturunannyalah, telah terlaksana Hukum Hudud yang pertama di Kelantan. Di antara tokoh yang terlibat dan menjadi tempat rujukan dan nasihat bagi perlaksanaan hukuman ini ialah Haji Nik Ismail Limbat (Tok Baruh) yang merupakan keturunanan Raja Jambu Patani yang asal.

Keturunannya kemudian mengasaskan pondok Bukit Abal dan salah seorang dari keturunannya muncul sebagai tokoh agama yang terkenal iaitu Tuan Guru Haji Daud Bukit Abal.

PEMBERONTAKAN TOK JANGGUT 1915M

Pemerintahan keturunan YM Long Gaffar di Kelantan berakhir selepas peristiwa ‘pemberontakan Tok Janggut’ pada tahun 1915M iaitu semasa pemerintahan Tengku Besar Jeram iaitu Tengku Besar Tuan Ahmad yang memerintah di Jeram, Pasir Puteh.Peristiwa yang membawa kepada kejatuhan pemerintahan keturunan YM Long Gaffar ini berpunca dari keengganan mengiktiraf pengaruh Inggeris dan Siam ke atas negeri Kelantan.

Akibat mainan politik penjajah Inggeris dan Siam, para keturunan YM Long Yunus kemudiannya diiktiraf sebagai pemerintah Kelantan dan menggugurkan ketuanan YM Long Gaffar dan keturunannya.

Buku sebenar yang dipercayai mempunyai Sejarah Kelantan ini ditulis menggunakan tulisan Jawi Lama dikatakan ada tujuh naskhah. Buku ini dipercayai ditulis oleh penulis DiRaja pada zaman pemerintahan Baginda YM Long Gaffar bagi menceritakan tentang salasilah keturunan Raja-Raja yang berasal dari Pagar Ruyung bukit Si Guntang dan kebesaran kerajaan baginda Pattani.

Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat

0 Selengkapnya


Pangilan setempat:ayah atau ayah ziz
Terbaikkkk......
Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat (Tulisan Jawi: نئ عبدالعزيز بن نئ مت) merupakan Menteri Besar Kelantan kini. Namun imej beliau lebih terserlah sebagai seorang ulama, di samping merupakan Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
Pada tahun 2008, Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) telah menganugerahkan beliau sebagai Menteri Besar yang memiliki rekod paling bersih di Malaysia. Anugerah itu diberikan sebagai menghargai usaha beliau menentang gejala rasuah sepanjang mentadbir Kelantan selama hampir 18 tahun.
Pada tahun 2009, beliau diletakan diantara 50 tokoh Islam berpengaruh didunia dan disenaraikan dalam buku berjudul "The 500 Most Influential Muslims"
Dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu beliau merupakan anak kedua daripada sembilan orang adik-beradik. Hasil perkongsian hidup dengan isterinya, iaitu Tuan Sabariah Binti Tuan Ishak, beliau dikurniakan 10 orang cahaya mata (5 lelaki dan 5 perempuan).
Nik Aziz sentiasa dikenali sebagai seorang Menteri Besar yang paling zuhud dan warak. Pada hampir setiap masa, beliau sentiasa dilihat dalam keadaan berjubah dan berserban. Beliau mengaku bersolat dalam keadaan gelap apabila berada di dalam pejabatnya kerana tidak mahu menggunakan duit kerajaan untuk kepentingan dirinya. Rumahnya pula hanyalah sebuah rumah kampung biasa seperti yang dimiliki oleh rakyat kebanyakan. Rumahnya tidak berpagar sama sekali dan tiada pengawal keselamatan yang diupah untuk menjaganya.
Sebelum menjadi Menteri Besar, beliau adalah seorang guru agama yang aktif. Beliau pernah mengajar di Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Sekolah Menengah Agama Darul Anwar dan Sekolah Menengah Maahad Muhammadi yang kesemuanya terletak di Kelantan. Maka tidak hairanlah beliau lebih mesra dengan gelaran 'Tuan Guru' di kalangan rakyat Malaysia. Malah sehingga kini, beliau masih lagi aktif menyebarkan ilmu-ilmu Islam kepada masyarakat. Pada hampir setiap pagi, beliau akan menjadi imam kepada Solat Subuh dan kemudiannya memberikan kuliah ringkas di sebuah masjid yang terletak hanya beberapa langkah sahaja dari rumahnya.
Nik Aziz mendapat pendidikan awal dari ayahnya sendiri, Tuan Guru Haji Nik Mat Raja Banjar di kediamannya di Pulau Melaka. Beliau memiliki kelulusan dalam bidang Sarjana Perundangan Islam daripada Universiti al-Azhar di Mesir.Ketika belajar, beliau pernah menjadi salah seorang saksi kepada Perang Arab-Israel.
Beliau juga pernah belajar di:
  • Sekolah Kebangsaan Kedai Lalat, Kelantan (3 Bulan) – 1936
  • Sekolah Pondok Tok Kenali Kubang Kerian, Kelantan
  • Sekolah Pondok Tok Guru Haji Abbas, Besut, Terengganu
  • Universiti Deoband, India – 1952
  • Universiti Lahore, Pakistan - 1957
  • Universiti al-Azhar, Mesir – Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab.
  • Universiti al-Azhar, Mesir – Sarjana Perundangan Islam.
Beliau mampu berkomunikasi dalam bahasa Arab, Urdu, Inggeris dan Tamil

Tuan Guru mula menjadi ahli PAS pada tahun 1967, kini beliau adalah Mursyidul Am bagi parti tersebut. Semenjak tahun 1990, beliau telah memegang tampuk kepimpinan sebagai Menteri Besar Kelantan. Beliau juga adalah seorang ADUN bagi kawasan N.06 Chempaka, Kelantan. Pada pilihan raya ke-11, Nik Aziz menyandang kerusi tersebut setelah mengalahkan Ruhani Mamat (BN) dengan majoriti undi sebanyak 3,694.
Pada pilihan raya umum Malaysia kali ke-12, beliau bersemuka dengan Datuk Dr Nik Mohd Zain Omar yang bertanding di atas tiket Barisan Nasional (BN) di kawasan DUN yang sama. Secara peraturannya, Nik Aziz sudah boleh menang tanpa bertanding pada hari penamaan calon apabila lawannya itu terlupa untuk menurunkan tandatangannya pada borang penamaan calon. Namun beliau tidak mahu menang dengan cara begitu lalu meminta calon BN itu menandatangani semula borang pencalonan tersebut.Keputusan pilihan raya kali ini menyaksikan Nik Aziz menang dengan majoriti undi yang lebih besar, iaitu 4,249.
Beliau bersedia untuk melepaskan jawatan sebagai seorang Menteri Besar selepas pilihan raya yang terbaru ini. Penggantinya itu akan dipilih melalui satu proses undian sulit. Namun jika undian yang dibuat kelak menyaksikan beliau terus dipilih, beliau sedia meneruskan tanggungjawab itu walaupun sudah terbabit dalam politik Pas sejak 42 tahun lalu.

( Bagi aku tiada setanding tok guru,kalau pun nak dibandingkan dengan mana-mana pemimpin B/N macam langit dengan bumi,)





Mohamed Bin Yaacob

0 Selengkapnya


Tan Sri Dato’ Mohamed Bin Yaacob. (Dato’ Bentara Kanan) 1978-1990.

Tan Sri Dato’ Haji Mohamed Bin Yaacob ialah anak Kelantan yang mencapai banyak kejayaan di dalam bidang pentadbiran, perundangan dan juga politik. Beliau merupakan antara tokoh yang telah membawa pembangunan pesat di Negeri Kelantan. Dilahirkan di Kampung Palekbang, Tumpat pada 3 Januari 1926, beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Laut, Tumpat pada tahun 1936. Kecemerlangannya dalam pelajaran menyebabkan beliau terpilih mengikuti Kelas Khas ‘Special Malay’ di Sekolah Inggeris Sultan Ismail, Kota Bharu.

Beliau mula bertugas sebagai kerani sementara di Pejabat Pos Kota Bharu dan menjadi Setiausaha Sulit Sultan Kelantan pada tahun 1953. Beliau menyambung pelajaran dalam bidang undang-undang di Lincoln’s Inn, English sehingga lulus Ijazah “Barrister at Law” pada tahun 1958. Selepas itu, beliau bertugas sebagai Majistret di Muar dan Batu Pahat, Johor pada tahun 1959 dan Timbalan Pendakwaraya bagi negeri Perak pada tahun 1962. Pada tahun 1964, beliau menjadi Penasihat Undang-Undang  Negeri Terengganu dan Penasihat Undang-Undang Johor pada tahun 1967.

Penglibatan beliau dalam politik bermula dalam tahun 1949 apabila beliau mengetuai Pemuda UMNO Bahagian Pasir Mas. Beliau mengetuai UMNO Bahagian Machang pada 1971 dan Bahagian Tanah Merah pada 1974. Pada tahun 1984, beliau menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan. Dalam Kerajaan Persekutuan, beliau memegang jawatan Timbalan Menteri Dalam Negeri. Beliau kemudiannya diberi tanggungjawab lebih besar sebagai Menteri Pelajaran dalam tahun 1973, Menteri Tenaga, Teknologi dan Pendidikan pada tahun 1974 dan Menteri Perusahaan Awam pada tahun 1976.

Pada pilihanraya tahun 1978, beliau bertanding kerusi Dewan Negeri Kawasan Air Lanas yang membawa kepada perlantikan beliau sebagai Menteri Besar. Kecemerlangan, bakti dan sumbangannya kepada negeri dan negara, beliau dianugerahkan Darjah Seri Mahkota Kelantan yang membawa gelaran Dato’ pada tahun 1976 dan gelaran Dato’ Bentara Kanan oleh KDYMM al-Sultan Kelantan pada 1979, dan pada tahun 1988 beliau menerima Darjah Panglima Setia Mahkota (P.S.M) daripada Yang di Pertuan Agong yang membawa gelaran Tan Sri.

Mohd Asri Muda

0 Selengkapnya


Tan Sri Datuk Dr. Haji Mohd Asri Muda
Mohd Asri bin Haji Muda

Presiden Parti Islam Se-Malaysia
Tempoh berjawat
1969 – 1982
Didahului olehBurhanuddin al-Helmy
Digantikan olehYusof Rawa

Menteri Besar Kelantan
Tempoh berjawat
1964 – 1974
Didahului olehIshak Lotfi Omar
Digantikan olehMohamad Nasir

Tarikh lahir10 Oktober 1923
Tempat lahirBendera Kelantan Kota Bharu, Kelantan
Meninggal28 Ogos 1992
Parti politikPAS logo.svg PAS
PasanganDatin Sakinah Syeikh Juned
Anak9
AgamaIslam

Tan Sri Datuk Dr. Haji Mohd Asri bin Haji Muda (10 Oktober 1923 - 28 Ogos 1992) merupakan bekas Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
Beliau dilahirkan di Kampung Masjid, Kota Bharu, Kelantan. Beliau mendapat pendidikan awal dalam bidang agama, bahasa Melayu dan Inggeris di Sekolah Majlis Ugama Islam, Kota Bharu. Beliau juga menerima pendidikan tidak formal di Pondok Masjid Muhammadi, Kota Bharu. Pada tahun 1947, beliau mengajar di Madrasah Al-Ihya Asy-Syariff, Gunung Semanggol, Perak sebagai guru agama.

Beliau menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1959 bagi kawasan [[Pasir Puteh, negeri Kelantan (1958-1964). Ketika itu Perdana Menteri Malaysia ialah Tunku Abdul Rahman dan Timbalan Perdana Menteri ialah Tun Abdul Razak Hussein. Pilihan raya ini adalah yang pertama selepas merdeka 31 Ogos 1957. Pilihan raya umum Tanah Melayu 1959 ini cukup hebat kerana diadakan berperingkat-peringkat , bermula dari negeri Perlis hingga Kelantan. Ketika itu Sabah dan Sarawak belum menyertai / membentuk Malaysia. Kerusi Parlimen bertambah dari 52 (1955) kepada 104 kerusi (1959). Perikatan menang 74 kerusi dan pembangkang menang 30 kerusi.

Beliau mula dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 1959 hingga 1963. Beliau pernah dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan dari tahun 1964 sehingga tahun 1972. Kemudian, beliau dilantik sebagai Menteri Pembangunan Tanah dan Kemajuan Wilayah dari 1 Januari 1973 hingga 9 November 1977. Kemudian pada 14 November 1977 PAS telah dipecat sebagai parti komponen Barisan Nasional.
Beliau memangku jawatan Yang Di Pertua Agung semasa Dr Burhanuddin Al Helmy ditahan ISA. Beliau dilantik sebagai Yang Di-Pertua atau Presiden PAS pada 1969 setelah kematian Dr Burhanuddin Al Helmi. Mohd Asri adalah tokoh yang bertanggungjawab membawa PAS menyertai Barisan Nasional pada tahun 1973. Tetapi dalam tempoh tersebut beliau dikaitkan dengan pelbagai spekulasi dan masalah khususnya melibatkan PAS di Kelantan sehingga menyebabkan tercetusnya Krisis Kepimipinan PAS Kelantan 1977 timbul hasil ketidakpuasan hati terhadap Menteri Besar, Dato'Haji Muhammad Nasir. Krisis ini membawa kepada undi tidak percaya kepada MB Kelantan pada Oktober 1977 dan berlaku rusuhan oleh penyokong Nasir di Kota Bharu. Pada November 1977, Parlimen meluluskan rang undang-undang darurat Kelantan yang meletakkan Kelantan ditadbir secara terus oleh Kerajaan Pusat. Dato'Haji Asri Haji Muda selaku Ketua Whip PAS di Parlimen mengarahkan Ahli Parlimen PAS menentang Rang Undang-Undang ini dan jika menyokong undang ini maka automatik dipecat daripada PAS. Susulan dari arahan ini, Timb. Yang DiPertua Agung PAS Haji Hassan Adli Arshad menyokong rang undang-undang ini dan beliau automatik dipecat daripada PAS.
Pilihan raya negeri Kelantan selepas Mageran pada Mac 1978 menyaksikan tumbangnya Kerajaan PAS Kelantan setelah berkuasa lebih 18 tahun ke tangan BN dan Berjasa. Sejak dari kejatuhan Kelantan pada PRU 1978, timbul pelbagai desakan dari parti supaya beliau berundur dari kerusi Yang Dipertua Agung PAS. Desakan ini semakin kuat selepas PRU 1982 yang mana PAS masih gagal menguasai semula Kelantan dan selepas berlakunya Revolusi Islam Iran yang mana ahli PAS melihat kepimpinan Dato' Asri sudah ketinggalan dengan zaman dan arus kesedaran dan kebangkitan Islam yang semakin kuat ketika itu. Selain itu berlakunya perselisihan diantara Dato' Asri dan beberapa pimpinan PAS antaranya dengan Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat (sekarang YAB Tuan Guru) selaku Pesuruhjaya PAS Kelantan dan Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat mengenai calon Pilihanraya di Kelantan.
Maka beliau akhirnya mengumumkan perletakan jawatan sebagi Yang Dipertua Agung PAS pada 23 Oktober 1982 pada hari kedua Muktamar PAS ke-28 di Dewan Bahasa dan Pustaka. Turut meletakkan jawatan juga ialah isteri beliau yang juga Ketua Muslimat PAS Pusat, Datin Sakinah Joned.
Pada 23 Februari 1983, beliau secara rasmi keluar daripada PAS selepas keahliannya digantung oleh Jawatankuasa Disiplin PAS yang dipengerusikan oleh Pemangku Yang Dipertua Agung, Tuan Haji Yusof Rawa. Beliau kemudian menubuhkan Parti Hizbul Muslimin Malaysia (HAMIM) pada 24 Mac 1983. Kemudian pada 2 Julai 1983, beliau dilantik sebagai Presiden HAMIM sebelum meletakkan jawatan pada 17 November 1988 dan menyertai UMNO pada 22 November 1988.
Beliau juga pernah dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah pada tahun 1991. Beliau meninggal dunia pada 28 Ogos 1992 di Pusat Perubatan Tawakal pada 4.20 petang akibat sakit jantung.

Beliau berkahwin dengan Puan Sri Sakinah Syeikh Juned pada 15 Ogos 1948 dan mempunyai 9 orang anak, 2 orang lelaki dan 7 orang perempuan, iaitu Noor Dianauli, Husni Zaim, Ratna Inzah, Mutia Sabihah, Naliyah, Khalidah, Nasibah, Najah dan Mohd Taqiuddin.
Tiada ahli keluarga Tan Sri Asri yang mengikuti jejak langkah beliau di dalam politik.
'Memoir Politk Asri: Meniti Arus' - Buku ini adalah catatan memori Mohd Asri Muda dalam PAS. Buku ini mencatatkan bagaimana usaha membawa masuk Dr. Burhanuddin al-Helmi ke dalam PAS dan seterusnya memimpin PAS.


Haji Nik Mahmud Bin Haji Ismail

0 Selengkapnya


Beliau adalah pembesar negeri yang paling berpengaruh dalam pentadbiran Negeri Kelantan pada tahun-tahun sebelum Perang Dunia Kedua. Menteri Besar Kelantan ini bergelar Dato’ Perdana Menteri Paduka Raja. Anak kepada Tok Khadhi Haji Ismail bin Haji Mahmud dan Hajjah Wan Aishah bt. Osman ini dilahirkan di Kota Bharu pada akhir tahun 1882. Pada tahun 1898 beliau dibawa oleh bondanya ke Mekah dan berguru dengan Shiekh Wan Ahmad Bin Mohd Zain al-Fatani yang tersohor ketika itu.

Penglibatan Haji Nik Mahmud dalam pentadbiran negeri bermula pada tahun 1907 apabila beliau berkhidmat di Pejabat Tanah Kota Bharu dan pada tahun 1908 berkhidmat sebagai kerani  di Istana Balai Besar (Pusat Pentadbiran Negeri ketika itu). Kecekapan beliau menjalankan tugas menyebabkan beliau dilantik pula kejawatan Penolong Setiausaha Sulit kepada Sultan Kelantan.

Kepimpinan Haji Nik Mahmud kian terserlah apabila dipilih menjadi Penolong kepada Menteri Besar Encik Hassan b Mohd Salleh dengan mandate menjalankan tugas-tugas seorang Menteri Besar. Beliau telah dilantik sebagai Menteri Besar pada 30 April 1921 dengan kurniaan gelaran Dato’ Perdana Menteri Paduka Raja. Gelaran ini sering diringkaskan dengan panggilan Dato’ Perdana Menteri  sahaja atau Dato’ Besar.

Sebagai perancang dan pentadbir yang pintar, sumbangan dalam kemajuan pentadbiran kerajaan sangat besar. Antaranya menyusun semula sistem pentadbiran, memperkenalkan arahan perkhidmatan mirip “Perintah Am”, sistem gaji baru Pegawai Kerajaan dan mengendalikan kes tuntutan guaman Kompeni Duff terhadap Kerajaan Kelantan.

Faktor kesihatan mendorong beliau melepaskan jawatan Menteri Besar pada 27 December 1944 dan diganti  oleh puteranya, Nik Ahmad Kamil yang menjadi Timbalan Menteri Besar ketika itu. Beliau telah meninggal dunia pada 18 Ogos 1964.

Nik Ahmad Kamil Bin Nik Mahmud

0 Selengkapnya




Tan Sri Dato’ Nik Ahmad Kamil Bin Nik Mahmud (Dato’ Seri Setia Raja) 1944-1953

Tan Sri Dato’ Nik Ahmad Kamil Bin Nik Mahmud ialah seorang anak kebanggaan Kelantan yang mencapai kecemerlangan dalam banyak bidang termasuk pendidikan, perkhidmatan kerajaan, koperat dan kerjaya politik. Beliau ialah Menteri Besar Kelantan dari tahun 1944-1953. Sebelum menjadi teraju utama kerajaan negeri, beliau dilantik menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan pada tahun 1934 dan Timbalan Menteri Besar Kelantan pada tahun 1938. Beliau juga salah seorang dari Ahli Rombongan Misi Kemerdekaan yang turut ke London pada tahun 1956 bagi merundingkan bagi merundingkan  kemerdekaan Tanah Melayu daripada British.

Beliau dilahirkan pada 7 Julai 1909 dan mendapat pendidikan awal di Madrasah Muhammadi, Majlis Ugama Islam Kelantan sebelum melanjutkan pelajaran di Kolej Melayu Kuala Kangsar 1925 sehingga lulus peperiksaan Senior Cambridge. Pada tahun 1926 beliau telah dihantar oleh Kerajaan Negeri untuk melanjutkan pengajian Undang-undang di United Kingdom sehingga lulus Ijazah “Barrister at Law” dari Lincoln’s Inn pada November 1930.

Perkhidmatan beliau dalam kerajaan bermula dengan perlantikan sebagai Pelatih Penolong Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan pada tahun 1931. Beliau pernah menjadi Penolong Pegawai Daerah Pasir Puteh dan Majistret Kelas I di Mahkamah Kota Bharu. Selepas dua tahun sebagai Majistret, beliau dilantik sebagai Timbalan Pendakwa Raya.

Sejarah gemilang beliau dalam perkhidmatan awam termasuklah menjadi Pesuruhjaya Perdagangan Malaya ke Australia pada tahun 1957, Pesuruhjaya Tinggi Malaya ke United Kingdom pada tahun 1950, Setiausaha Tetap di Kementerian Luar Negeri pada tahun 1958. Beliau juga ialah Wakil Tetap Kerajaan Persekutuan Kerajaan Tanah Melayu  ke Amerika Syarikat dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1959. Beliau bersara daripada Perkhidmatan Awam pada Mei 1962.

Antara kegiatan dalam bidang koperat pula, beliau menjadi Pengerusi Syarikat Rothman of Pall-Mall (Malaysia) Bhd, pada tahun 1963 dan Pengerusi Public Bank  pada tahun 1968. Pada Jun 1973 beliau dilantik sebagai Pro-Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia.

Penglibatan beliau dalam politik bermula dengan memasuki Persatuan Melayu Kelantan yang ditubuhkan pada tahun 1939. Pada tahun 1946 pula beliau menganggotai UMNO tetapi pada tahun 1955 telah memimpin Parti Negara Cawangan Kelantan. Pada tahun 1964, beliau telah dilantik sebagai Ketua Perhubungan UMNO Kelantan.

Tengku Sri Maharaja

0 Selengkapnya


Tengku Mohamad Hamzah Bin Tengku Zainal Abidin. (Tengku Sri Maharaja) 1953-1959

Tengku Mohamad Hamzah Bin Tengku Zainal Abidin merupakan antara tokoh pentadbir dan politik yang terawal di Kelantan. Beliau memegang jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan dari tahun 1938 hingga tahun 1953. Selepas itu, beliau dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan dari 1953 sehingga pilihanraya umum 1959.

Dilahirkan pada 30 Mei 1909 di Kampung Raja Muda, Kota Bharu. Beliau mendapat pendidikan awal di Madrasah Muhammadiah  Kota Bharu dan kemudiannya pendidikan di Sekolah Inggeris Kota Bharu. Dari situ, beliau menyambung pelajarannya di Singapura.

Kerjaya beliau yang luas dalam perkhidmatan Kerajaan bermula sebagai Hakim Pelatih pangkat Kedua di Mahkamah Kecil Pasir Mas pada 1 Mac 1926, diikuti sebagai Hakim pangkat pertama di Pasir Mas dan Tumpat pada 1 Januari 1929. Pada 1 Februari 1930, beliau dilantik menjadi Hakim Mahkamah Tanah di Kota Bharu.

Setahun selepas itu, beliau memegang jawatan Setiausaha di Pejabat Datuk Perdana Menteri pada 26 Februari 1931. Dari situ, beliau dilantik Penolong Pegawai Daerah I di Pejabat Tanah Pasir Puteh dan pada 3 Oktober 1932 dilantik sebagai Pemungut Hasil Tanah di Pejabat Tanah Kota Bharu. Beliau pernah memangku jawatan Pemangku Menteri Besar semasa percutian Tan Sri Dato’ Nik Ahmad Kamil pada tahun 1950-1952.

Beliau melibatkan diri dalam politik dengan menjadi ahli Parti Negara yang dipimpin oleh Dato’ Onn Jaafar. Kegiatan beliau dalam pertubuhan kebajikan dan sukan terserlah apabila beliau pernah menjadi Presiden Kelab Rotary Kota Bharu dan juga Pengerusi Persatuan Olahraga Amatur Malaya Cawangan Kelantan.

Di atas kecemerlangan jasa dan sumbangan beliau, Tengku Muhammad Hamzah dianugerahkan Pingat Yang Gagah Perkasa pada tahun 1942 dan “Order of the British Empire” oleh Kerajaan British pada tahun 1946. Beliau dikurniakan gelaran Tengku Sri Maharaja pada 2 Julai 1935. Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia al-Muhammadi II (S.P.M.K) pada 2 Julai 1937 dan Darjah Kerabat  Yang Amat Dihormati al-Yunusi (D.K) pada 22 Februari 1945.

Ishak Lotfi Bin Omar

0 Selengkapnya


Dato’ Haji Ishak Lotfi Bin Omar. 1959-1964.
Dilahirkan di Kampung Masjid Kota Bharu pada tahun 1917. Semasa kanak-kanak, beliau beliau belajar di Sekolah Majlis Agama Islam yang dikenali dengan Madrasah Muhammadiah, Jalan Sultan, Kota Bharu. Pada tahun 1928, beliau dihantar ke Mekah bagi mendalami bidang ugama dan pulang ke Kelantan pada tahun 1937. Pada tahun 1938-1948, beliau menganggotai Persetiaan Melayu Kelantan dan tidak berapa lama selepas itu dilantik menjadi Setiausaha pertubuhan itu.

Pada tahun 1949, beliau bertugas di Majlis Agama Islam Kelantan sebagai Pegawai Zakat selama 10 tahun. Walaubagaimanapun, beliau meletak jawatan untuk bertanding dalam pilihanraya umum 1959 dan memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Ketereh atas tiket Parti PAS dan dilantik menjadi Menteri Besar Kelantan pada tahun yang sama

Selepas 5 tahun memegang jawatan Menteri Besar, beliau dilantik pula memegang jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan. Pada tahun 1973, beliau dilantik menjadi Menteri Besar Kelantan kali yang kedua tetapi beliau meletak jawatan pada tahun 1975 dan tidak lagi bergiat cergas dalam politik. Beliau meninggal dunia pada tahun 1992.

Yusuf Rawa

0 Selengkapnya
                      Yusuf Rawa 
Presiden Parti Islam Se-Malaysia
Tempoh berjawat
1983 – 1989
Didahului olehMohd Asri Haji Muda
Digantikan olehFadzil Mohd Noor

Mursyidul Am PAS
Tempoh berjawat
1982 – 1987
Didahului oleh-
Digantikan olehNik Abdul Aziz bin Nik Mat

Tarikh lahir8 Mei 1922
Tempat lahirBendera Pulau Pinang Lebuh Acheh, Pulau Pinang
Meninggal28 April 2000
Parti politikPAS logo.svg PAS
PasanganHajah Kalsom Ali
Anak11
AgamaIslam

Beliau pernah menjadi wakil Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Menteri Perusahaan Utama didalam kabinet gabungan PAS dengan Barisan Nasional serta pernah menjadi Duta Besar Malaysia ke Iran, Afghanistan dan Turki pada pertengahan tahun 1970-an. 

Allahyarham Tuan Guru Haji Yusuf Bin Haji Abdullah Ar-Rawi (Jawi: حاج يوسف بن حاج عبدالله ار-راوي), atau dikenali sebagai Tuan Guru Haji Yusof Rawa (8 Mei 1922 - 28 April 2000), adalah seorang ahli perniagaan yang disegani. Beliau merupakan salah seorang pengasas Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang dan dilantik sebagai Bendahari Kehormat yang pertama dalam pertubuhan tersebut. Beliau juga adalah tokoh gerakan Islam dan bekas Yang Di-Pertua atau Presiden PAS. Beliau adalah satu-satunya pemimpin PAS yang memegang kedua-dua jawatan terpenting dalam parti iaitu Presiden dan juga Mursyidul Am. Beliau juga adalah anak Pulau Pinang yang pertama menjawat jawatan Menteri dalam kabinet Malaysia.

Beliau dikagumi kerana mindanya yang tajam boleh mengupas segala persoalan walau pun ia rumit bagi sesetengah pihak. Beliau dilahirkan di Lebuh Acheh, Pulau Pinang. Beliau pada mulanya belajar di Sekolah Melayu di Jalan Carnavon kemudian berpindah ke Sekolah Chowrasta. Di peringkat menengah pula beliau memasuki sekolah Inggeris iaitu Government English School kemudian sambung ke Penang Free School sehingga memperolehi Junior Cambridge.
Melihat kecerdikannya dalam bahasa Inggeris, lantas membuatkan ayahnya mengambil keputusan untuk menghantar beliau melanjutkan pelajaran ke Mekah. Di sana, ternyata beliau tidak menghampakan impian keluarganya apabila cemerlang memperolehi Diploma Thaqasur Al-Deeni dari Maadul Falah. Selepas memperolehi semua impian tersebut beliau kembali ke tanah air membantu meningkatkan perniagaan ayahnya sebelum melibatkan secara langsung dalam politik.
Penglibatan beliau dalam politik bermula selepas menjawat jawatan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang menggantikan Ustaz Ahmad Azzam yang berpindah tempat.
Semenjak memegang amanah itu Allahyarham diberi kepercayaan menjadi Ahli Jawatankuasa PAS Pusat walaupun setelah melepaskan jawatan Pesuruhjaya PAS Negeri. Kepimpinan PAS di bawah Dato' Asri Muda, beliau sekali lagi diberi mandat sebagai Timbalan Yang DiPertua.
Kerjaya politik beliau mulai bersinar apabila menewaskan Dr. Mahathir Mohamed pada pilihan raya umum 1969. Beliau menang dengan kelebihan 989 undi. Pada era PAS bersama BN, beliau adalah salah seorang ahli parlimen PAS yang dilantik menjadi menteri.
Semasa pemilihan jawatankuasa baru PAS pada 1982, beliau sebulat suara telah diamanahkan sebagai Yang Dipertua PAS bagi menggantikan Allahyarham Tan Sri Mohd Asri bin Haji Muda semasa muktamar pada 23 Oktober 1982 yang mendesak perubahan dalaman. Ketika memegang peranan besar itu selama beberapa tahun pada penghujung 1980-an beliau menyerahkan tugasan besar kepada timbalannya, Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor.
Semenjak itu, kesihatan beliau kurang memuaskan sehinggalah beliau beberapa kali mendapatkan rawatan di hospital sehingga menghembuskan nafasnya terakhir pada 28 April 2000 kira-kira jam 7.15 pagi. Allahyarham meninggalkan 11 orang anak, enam perempuan dan lima lelaki serta 30 cucu hasil perkongsian hidup bersama Hajah Kalsom Ali yang meninggal dunia enam tahun terdahulu. 

Mohamed Bin Nasir

0 Selengkapnya


Dato’ Haji Mohamed Bin Nasir. (Dato’ Bija Sura) 1973-1978

Dato’ Haji Mohamed Bin Nasir dilahirkan pada Januari 1916 di Kampung Kota, Kota Bharu. Neneknya Malin Padek berketurunan Sumatera Barat. Beliau menuntut di Sekolah Majlis Agama Islam Kelantan, Royal English School, Kuala Krai dan Kolej Pertanian Serdang dengan mendapat Diploma of Agriculture pada tahun 1937. Beliau meneruskan pelajaran dengan menuntut ilmu al-Quran dan Hadis dari Maulana Ahmad Ali Lahore dan Maulana Mohamed Shah. Kemudian beliau mengepalai gerakan dakwah di seluruh Kelantan.

Dalam tahun 1959, beliau mula berpolitik secara aktif dan dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan. Setelah memenangi Pilihanraya Umum 1974, beliau diberi mandat oleh Barisan Nasional untuk menerajui pentadbiran Kelantan sehinggalah beliau ditarik oleh Kerajaan Persekutuan untuk dilantik sebagai Senator dan seterusnya Menteri Tidak Berportfolio. Selain daripada memimpin Parti Berjasa, beliau juga cergas dalam khidmat sukarela seperti menjadi Presiden Perkim Kelantan, Presiden Bekas Perajurit Kelantan, Presiden JP Kelantan, Pengasas Sekolah Agama Balaghulmubin, Penaung Persatuan India Muslim Kelantan dan Pengasas Pusat Pengajian Tinggi Islam Kelantan.

Antara karier penulisannya ialah usul lima, janji dan manusia ke bulan dari kaca mata al-Quran, perbandingan Islam & Kristian, menjawab ancaman Kristian, Prinsip Undang-Undang Tubuh Berjasa dan pelbagai nota kuliah dan makalah.

Kuasa Beli Rakyat Kelantan Tertinggi Di Asia

0 Selengkapnya


KOTA BHARU, 24 RABIUL AKHIR: Pengerusi Richhworks Group of Companies Dr Azizan Osman (gambar) berkata kuasa beli rakyat Kelantan adalah antara yang tertinggi di Asia.
Ini berdasarkan kepada rekod dan ‘top sale’ pada supermarket yang ada di negeri ini. Justeru beliau mengagumi kuasa beli rakyat negeri ini.
“Setahu saya, kuasa beli di sini sangat hebat. Dan Kelantan adalah antara yang tertinggi di Asia, berdasarkan rekod dan ‘top sale’.
“Banyak rekod hypermarket di sini menunjukkan kuasa beli rakyat tertinggi di Asia,” kata beliau
ketika bercakap kepada pemberita pada Klinik Usahawan Dr Azizan Osman – Seminar Marketing Power (SMP) 2012 di Kelantan Trade Centre (KTC) di sini tengahari tadi.
Seminar bermula 9.00 pagi hingga 12.00 tenghari itu bertujuan mempertingkat, mengubah diri usahawan dan perniagaan mereka melalui perkongsian pakar dalam pemasaran.
Peserta seminar (usahawan) diajar tentang strategi pemasaran berkesan dalam meningkatkan pendapatan sehingga 400 peratus selain potensi kekayaan dan kejayaan tanpa mengira jenis perniagaan.
Turut hadir peguam, doktor perubatan, doktor rawatan alternatif, jurutera, perunding hartanah, perunding kewangan dan insurans selain pendidik dan penjawat awam.
Sejak dilancarkan 11 Februari lalau di Kuala Lumpur, hingga kini lebih 18,000 peserta menghadiri Klinik Usahawan tersebut,
Azizan berkata potensi usawahan Kelantan adalah sangat luar biasa.
“Sebab itu saya berada di sini , dan saya juga kenal banyak pengilang di sini, yang boleh ‘dibawa keluar’,” katanya.
Beliau berkata masyarakat muslim di negeri ini berpotensi untuk meningkat lebih jauh dalam perniagaan, bahkan mereka mempunyai produk yang baik untuk dibawa keluar daripada Kelantan.
Justeru selepas mengadakan perjumpaan dengan Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, syarikatnya memilih Kelantan untuk ‘berkolabrasi’ (collaboration) bersama usahawan muslim di sini dengan memberi input lebih banyak.
“Terutama di Kelantan, ramai usahawan Melayu muslim.
“Jadi kita nak cari jalan supaya kita boleh bagi input dan support lebih banyak supaya mereka boleh ‘bawa keluar’ produk atau perkhidmatan mereka. Itulah misi dan ‘usahasama’ kita,” katanya.
Dr Azizan berkata barangan dan produk Islam adalah baik tetapi mestilah (usahawan) mengetahui teknik pemasarannya.
“Orang kita banyak produk yang bagus, tetapi tidak diuar-uarkan, tidak dipromosikan dengan baik,” ujarnya.

Orang Asal nafi Kelantan Rampas Tanah

0 Selengkapnya

KUALA LUMPUR, 4 Jamadil Awal: Masyarakat Orang Asli Kelantan hari ini melahirkan rasa kecewa dan terkilan dengan pihak tertentu yang menuduh kerajaan negeri pimpinan PAS telah merampas tanah mereka sedangkan ianya sama-sekali tidak berlaku.
Sekumpulan 10 orang mereka yang hadir ke Parlimen hari ini menafikan tuduhan tersebut malah menganggapnya sebagai fitnah didalangi pihak berkepentingan.
Malah kata wakil Orang Asli Kelantan Ajom Alang, Kerajaan Kelantan yang diterajui PASlah satu-satunya kerajaan negeri yang berusaha untuk memberi hak milik tanah kepada mereka.
“Bermacam-macam tomahan dan tuduhan fitnah bahawanya kerajaan negeri di bawah YAB Tuan Guru (Datuk Nik Abdul Aziz) merampas tanah-tanah Orang Asli.
“Fitnah itu tak betul, sebenarnya kerajaan negeri pimpinan tuan guru pada hakikatnya telah meluluskan dan mewartakan tanah-tanah itu untuk memberi hak milik kepada sebahagian masyarakat Orang Asli di Gua Musang,” katanya pada sidang media di lobi parlimen (gambar).
Turut serta pada sidang media itu Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Siti Zailah Mohd Yusof (Rantau Panjang), Mohammad Husin (Pasir Putih) Dr. Siti Mariah Mahmud (Kota Raja) dan Abdul Aziz Abdul Kadir (Ketereh).
Sebelum ini, banyak pihak termasuk Umno Kelantan menuduh kerajaan negeri yang diterajui PAS merampas tanah daripada Orang Asli Hulu Kelantan untuk tujuan pembangunan.
Ianya termasuk tanah Orang Asli di Sendrop dan Blau.
Kerajaan negeri bagaimanapun menafikan dakwaan itu dengan mendakwa tanah yang dibangunkan di kawasan itu adalah milik kerajaan.
Menurut Ajom lagi, di Kelantan tidak ada tanah adat untuk Orang Asli mahupun tanah wilayah, cuma yang ada adalah tanah yang mahu digazet untuk Orang Asli pada zaman BN yang tidak selesai-selesai.
Maka katanya, tidak timbul langsung soal kerajaan negeri merampas tanah mereka.
“Zaman BN dulu mana ada org asli dapat hak milik. Adakah sekarang ini di negeri-negeri BN Orang Asli dapat hak milik? Saya rasa belum ada,” katanya.
Beliau turut menyelar pihak tertentu yang mempengaruhi Orang Asli untuk berdemonstrasi Januari lalu bagi membantah kerajaan negeri yang mahu membangunkan projek Ladang Rakyat di tanah-tanah Hulu Kelantan.
Malah kata mereka, Orang Asli sangat-sangat mengalukan Projek Ladang Rakyat dibuat kerana mereka akan mendapat banyak kebaikan dari projek itu.
Selain kebaikan dari sudut ekonomi mereka, projek itu juga akan mebawa kepada pembukaan jalan yang bekal memudahkan mereka.
“Saya rasa ini (demonstrasi) bukan tindakan Orang Asli sendiri tapi kemungkinan ada konco-konco lain dari belakang yang menghasut Orang Asli bertindak liar. Kita dari dulu lagi tak pernah demonstrasi bantah kerajaan negeri.
“Bahkan kita sebenarnya merayu kepada kerajaan negeri supaya selesaikan segera masalah tanah bagi membuktikan Kelantan negeri yang pertama berusaha memberi hak milik kepada Orang Asli di Malaysia,” katanya.

Kelantan Tolak Bantuan Pusat

0 Selengkapnya

TUMPAT: Belum pun sampai sebulan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peruntukan RM500,000 bagi membantu lima pusat pengajian pondok di sini, Pondok Berangan yang turut disenaraikan menolak tawaran itu.Perkembangan itu memalukan Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang mana sebelum ini mengharap dapat mempengaruhi institusi pondok bagi mendapat sokongan percuma.Anggota parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar (gambar kanan) berkata, beliau menghormati pendirian tegas pengurusan Pondok Berangan menolak tawaran yang lebih bersifat politik.Katanya, pendirian tersebut perlu dihormati kerana mereka ada maruah yang perlu dipertahankan dan bukannya mudah diperalat bagi kepentingan politik pihak tertentu.“Semua orang tahu pemberian sumbangan itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri ketika menjelang pilihan raya umum ke-13 dan tentunya mereka mengharap ada balasannya,” kata beliau di sini.Sebuah akhbar tempatan hari ini melaporkan pengurusan Pondok Berangan, Muhammad Ali menolak sumbangan kerajaan pusat kerana pondok berkenaan tidak pernah menerima bantuan pusat sejak diwujudkan 70 tahun lampau.Lagi pun katanya, sumbangan yang dijanjikan itu belum diterima pihaknya.Pada 25 April lalu Muhyiddin ketika lawatan ke Tumpat mengumumkan peruntukan RM500,000 bagi membantu lima pusat pengajian pondok termasuk Pondok Berangan, Pondok Bunut Susu, Pondok Jal Besar, Pondok Pulau Ular dan Pendok Geting.Pengumanan itu dibuat di Pondok Geting di Pengkalan Kubur yang diasas Abdullah Saamah, kini menjadi tenaga penceramah Umno.Kamaruddin berkata, hanya pondok yang tidak ada pengaruh dalam masyarakat seperti Pondok Geting menerima sumbangan disampaikan pemimpin Umno.Oleh itu katanya sebahagian besar institusi pondok di Kelantan menjadi benteng mempertahankan Islam dan tetap utuh sehingga sekarang.
 
© Copyright 2011 : bloggerkb
Template dari : Free Blogger Templates | ZonaBlogger.com | Didukung Oleh : Blogger.com