.

Sokong Umno,Jadi Ahli Umno,Tapi Undilah Pas
Showing posts with label SKANDAL PROJEK. Show all posts
Showing posts with label SKANDAL PROJEK. Show all posts

Najib Belanjakan RM1.2 Juta Sehari Di Youtube

0 Selengkapnya

YoutubeAds1
Ng Yen Yen telah membelanjakan RM1.8 juta untuk mempromosi Malaysia di Youtube.
Sebelum ini juga blog MiloSuam melaporkan Najib Razak terpaksa belanjakan RM609 000 sehari di Facebook untuk mempromosi Manifesto BN [Klik].
Kini Najib juga terpaksa belanjakan RM1.2 juta sehari di Youtube untuk tujuan yang sama. Bayaran iklan di page utama Youtube [Klik] akan dikenakan US400 000 [RM1.2 juta++] sehari.

Lihat senarai berikut;
AOL homepage takeover: $500,000 to $700,000
Yahoo! homepage single day roadblock ad: $600,000
Turner Networks all-site day long roadblocks: $500,000
YouTube homepage single day roadblock ad: $400,000
Kim Kardashian’s tweet stream ad: $10,000 each
National Jounral Energy Blog: $364 CPM
Wall Street Journal video: $75-$100 CPM
Economist.com: $91 CPM/site takeover
Forbes.com per welcome interstital: $90 CPM
CBS March Madness on demand: $70 CPM
Daily Candy daily e-mail: $70 CPM
WebMD: $40-$60 CPM
Bloomberg C-level display inventory: $50
ABC.com full episode player: $45 CPM
Hulu: $35 CPM
Martha Stewart Living: $25 CPM
ESPN Brandchannel, YouTube: $22 CPM

Sumber : http://www.geek.com/news/ad-rates-revealed-for-popular-websites-1027752/

Iklan Najib Razak bermula pada 9/4/2013 dan sekiranya berakhir pada 1/5/2014 sebanyak RM27 968 000 terpaksa dikeluarkan untuk 23 hari. Banyak belanja yang terpaksa dikeluarkan. Adakah ianya dari duit UMno? Nampak kepada gaya iklan seperti di atas, tentunya duit rakyat Malaysia yang terpaksa dibelanjakan atas nama 1Malaysia Najib.
Najib Razak memang pandai berbelanja.


YoutubeAds2

Syarikat Berusia 2 Hari Terus Dapat Kontrak 7 Tahun Negeri Pahang

0 Selengkapnya






















Syarikat YP Maintenance Sdn Bhd mencipta sejarah apabila mendapat kelulusan kontrak untuk menyelenggara jalan negeri Pahang selama 7 tahun hanya selepas 2 hari ditubuhkan.

Sebelum ini, Harakahdaily mendedahkan bahawa Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri yang bersidang pada 6 Februari 2013 telah menganugerahkan kontrak berkenaan kepada YP Maintenance.

Mengikut carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia, syarikat YP Maintenance didaftarkan pada 4 Februari 2013 dengan nombor pendaftaran 1033787. (SSM1.jpg SSM2.jpg)

Ini bermakna syarikat itu dianugerah projek sebegitu besar pada usia 2 hari. Ini jelas satu salahguna kuasa dan cara merompak duit rakyat sinomim dengan budaya kerajaan Umno-BN yang diketahui umum.

Menurut carian SSM, terdapat dua ahli lembaga pengarah syarikat iaitu Johari Harun (No KP: 700120-06-5739) yang beralamat di Janda Baik dan Syufina Yaakob (No KP 800912-02-5514) yang beralamat di Batu Caves. (SSM3.jpg)

Tidak dapat dipastikan samada mereka mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

Kontrak 7 tahun itu diketahui umum dengan kemunculan sepucuk surat yang ditandatangani Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang Datuk Ir Haji Rosman Haji Yahya bertarikh 27 Februari 2013. (lihat SSM4.jpg)

Satu surat rasmi mendedahkan bahawa Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri yang bersidang pada 6 Februari 2013 telah menganugerahkan satu kontrak penyelenggaraan jalan negeri Pahang kepada sebuah syarikat selama tujuh tahun.

Dalam surat yang ditandatangani Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang Datuk Ir Haji Rosman Haji Yahya, kontrak tersebut diberikan kepada Syarikat YP Maintenance Sdn Bhd bermula 1 April 2013.

"Pembiayaannya adalah dari peruntukan Wang Amanah Penyenggaraan Jalan Negeri," baca surat tersebut yang ditujukan kepada "Jurutera Daerah JKR Kuantan/ Temerloh / Jerantut / Pekan / Maran / Bentong / Rompin / Kuala Lipis / Cameron Highlands / Raub / Bera."

Ia telah menimbulkan persoalan kenapa ia dibuat untuk tempoh yang begitu panjang?

Surat itu turut menyatakan bahawa jalan-jalan yang terlibat dalam kontrak ini ialah jalan-jalan negeri di bawah JKR seperti yang disenaraikan dalam Malaysia Road Record Information System (MARRIS) tetapi tidak termasuk jalan di dalam kategori yang lain.

Surat itu turut mengarahkan sebarang rundingan yang belum dimuktamadkan dengan kontraktor lain perlu dibatalkan.

"Oleh yang demikian, segala kerja-kerja undi dan sebut harga untuk kategori Jalan Raya Negeri Di Bawah JKR yang masih di peringkat tawaran dan masih belum disetuju terima kepada kontraktor hendaklah dibatalkan.

"Walaubagaimanapun, kerja-kerja undi dan sebut harga yang telah disetujuterima oleh kontraktor boleh diteruskan sehingga siap," tulis surat itu lagi.

PAS Pahang ingin menuntut penjelasan Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob untuk tampil memberi penjelasan mengenai kontrak berkenaan.

Mengapa Syarikat YP Maintenance dipilih? Apakah nasib bakal melanda kontraktor-kontraktor jalan Kelas F dan peluang kerja anak tempatan?
Apakat butiran perjanjian antara kerajaan negeri dengan Syarikat YP Maintenance?
Bagaimana perjanjian ini boleh menguntungkan warga Pahang? Apakah sebutharga YP Maintenance jauh lebih rendah berbanding kontraktor lain?
Apakah YP Maintenance memenangi kontrak ini melalui tender terbuka?
Berapa jumlah nilai kontrak 7 tahun tersebut? Mengapa 7 tahun dan bukan diperbaharui setiap tahun?
Jika YP Maintenance tidak dapat melaksanakan tugas kontrak, apakah kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk mendenda dan membatalkan kontrak?

PAS dan Pakatan Rakyat Pahang berjanji akan menilai kembali kontrak ini, dan tidak akan mengagak-agak mengambil tindakan susulan untuk menjaga nasib kontraktor F dan anak tempatan apabila kami diberi mandat menerajui Pahang selepas PRU13.

PAS dan Pakatan Rakyat Pahang tidak akan membiarkan perkara ini berlarutan menjadi 'SYABAS' kedua seperti di Selangor dan syarikat bekalan air PAIP di Pahang, di mana kerajaan terpaksa menghabiskan berjuta ringgit tanpa mendapat kembali perkhidmatan yang sewajarnya.

Kontrak ini menunjukkan bahawa kerajaan pimpinan Umno-BN tengah membuat persiapan untuk tewas dengan menganugerahkan kontrak kerajaan kepada syarikat kroni untuk menjamin pendapatan mereka pada masa hadapan.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Pesuruhjaya PAS Pahang
5 April 2013

Sumber

Penyelewengan Penerokaan Hutan Sarawak

0 Selengkapnya


(Zulkifli  [tengah] dan rakan-rakan menceritakan masalah alam sekitar di Sarawak yang semakin terdedah)

KUALA LUMPUR: PAS menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud berhubung pendedahan Video Global Witness mengenai penerokaan hutan di negeri itu.

Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Malaysia, Zulkefly Mohamad Omar berkata, Taib dan juga kakitangan kerajaan negeri yang terlibat dalam dakwaan urus tadbir itu harus mengambil cuti buat sementara waktu agar siasatan dapat dijalankan oleh SPRM.

"Sudah seminggu pendedahan ini dibuat tapi belum ada siasatan dijalankan.

"Sebagai sebuah kerajaan yang dimomokkan adil dan telus dalam setiap urus tadbir mereka, seharusnya tindakan ini diambil," kata beliau pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini.

Video selama 16 minit 24 saat itu meliputi empat hasil siasatan melalui penyiasat persendirian yang menyamar sebagai pelabur untuk penanaman kelapa sawit di Sarawak antaranya ialah habuan kepada Taib dari kelulusan Lesen Penanaman / Pertanian.

Global Witness yang berpengkalan di London itu juga mendedahkan terdapat korupsi dari Perjanjian Tanah di mana sebahagian ahli keluarga Taib itu diberikan tanah atas arahan Kementerian Perancangan Sumber dan Alam Sekitar yang dipimpin oleh Taib sendiri dan mendapat keuntungan berjuta-juta ringgit darinya.

Selain itu, sebuah syarikat perkongsian di antara sepupu Taib, seorang Ahli Parlimen dari parti Taib dan kakak ipar Najib ditawarkan untuk jualan melalui transaksi tidak sah di Singapura yang direka untuk mengelak cukai dari Kerajaan Malaysia.

Korupsi juga berlaku dalam perkhidmatan yang ditawarkan peguam tempatan untuk membantu transaksi haram dan bercanggah dengan undang-undang Malaysia dan Singapura.

"Jika proses kelulusan lesen balak boleh dimanipulasi untuk kepentingan jahat pihak yang berkepentingan sehingga akhirnya mendorong kemusnahan hutan malah sistem ekologi yang menjadi sumber makanan dan minuman kepada haiwan liar serta Orang Asal di Sarawak," katanya lagi.

Zulkefly juga berkata, jika pendedahan itu tidak benar, Taib harus membuat penafian atau menyaman Global Witness.

"Kalau Global Witness salah buat laporan, Taib seharusnya membuat penafian atau mengambil tindakan undang-undang.

"Sekarang ini beliau mahupun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak menjawab apa-apa," katanya.

Justeru beliau berkata, sekiranya SPRM tidak mengambil apa-apa tindakan, pihaknya sendiri akan membuat aduan ke institusi tersebut.

"Sebelum ini dah ada beberapa kenyataan daripada pemimpin BN mengenai isu ini tapi SPRM tak siasat pun.

"Jadi kalau dalam masa seminggu ini tiada apa-apa tindakan juga, kami sendiri akan ke pejabat SPRM," katanya sambil menambah akan melakukan siri jelajah berhubung isu ini.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/17671-penyelewengan-penerokaan-hutan-sarawak-sangat-serius

Skandal Pelaburan Emas

0 Selengkapnya



Tindakan terhadap syarikat pelaburan emas, Genneva Malaysia, telah menyebabkan tekanan ke atas pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menyelesaikan kontroversi yang telah mempertaruhkan 300,000 kehidupan rakyat.

Ia juga boleh memberi kesan kepada peluang Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum (PRU) ke-13 yang mesti diadakan menjelang April depan iaitu kurang daripada enam bulan dari sekarang.

Laman berita The Malaysian Insider difahamkan bahawa Putrajaya juga menyedari potensi kejatuhan politik ekoran skandal itu.

Sekitar 60,000 penjual dan pembeli kini di ambang kerugian besar selepas Bank Negara menyerbu firma itu dan merampas 200 kilogram emas bulion yang dianggarkan bernilai RM40 juta ($16 juta) dari premis di Jalan Kuchai Lama, pada 1 Oktober lalu.

Jabatan Ehwal Perniagaan (CAD) Singapura juga telah menjalankan operasi yang sama terhadap Genneva Pte Ltd di Singapura.

Dilaporkan bahawa skim yang dikendalikan oleh Genneva menawarkan pulangan yang sangat tinggi sehingga 24 peratus setahun.

Bank Negara juga telah membekukan akaun, cek Genneva Malaysia dan lain-lain aset, kerana mengesyaki syarikat melanggar pelbagai undang-undang perbankan dan kewangan.

Sehingga kini, Bank Negara masih belum mendakwa pengarah syarikat tersebut.

"Kami mahu Bank Negara melepaskan Genneva Malaysia dan 200 kilogram emas bulion disita supaya syarikat itu boleh memenuhi tanggungjawab kepada pelanggan," kata seorang pesara, Cik Shereen Lim, yang merupakan salah seorang mangsa skim itu.

Kerajaan bagaimanapun telah menyatakan bahawa ia tidak mungkin akur kepada permintaan mangsa.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin, telah memberitahu Parlimen pada 23 Oktober lalu bahawa liabiliti Genneva Malaysia melebihi asetnya - menunjukkan syarikat itu tidak dapat membayar pulangan kepada pelabur.

Datuk Awang Adek berkata, mustahil bagi Bank Negara, yang sedang mempertimbangkan apa tindakan yang sesuai untuk diambil terhadap Genneva Malaysia, membayar balik pelanggan syarikat dengan nilai pelaburan mereka.

"Kita tidak boleh mengatakan pelabur tidak bersalah sama sekali, mereka yang telah melabur dan tentunya terdapat risiko.

"Namun, syarikat yang terlibat memang patut dipersalahkan.

Mana ada skim yang boleh memberi pulangan baik serupa itu.

Jika ia terlalu baik untuk menjadi kenyataan, maka ia tidak benar," kata Datuk Awan Adek.

- Agensi.

Pas Khianati Wang Rakyat

0 Selengkapnya

















"Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengakui bahawa langkah kerajaan untuk menyelamatkan daripada MAS mengakibatkan kerugian dana awam, tetapi berhujah terdapat kes-kes yang lebih teruk daripada penyelamatan selepas dia berundur.Kerajaan kehilangan wang apabila membatalkan projek landasan berkembar elektrik antara Johor Baru dan Padang Besar - kita kehilangan kira-kiraRM8 bilion, katanya.


Projek ini telah dibatalkan oleh bekas Perdana Menteri Abdullah Badawi. Pada tahun 2001, kerajaan membelanjakan kira-kira RM1.8 bilion untuk membeli balik saham MAS daripada Tajudin Ramli ketika itu pengerusi pada RM8 sesaham berbanding nilai pasaran RM3.68.


Soal Jawab
Kenapa kerajaan membayar lebih tinggi daripada nilai pasaran untuk membeli balik saham MAS?
Pembelian saham tidak semestinya mengikut nilai pasaran, kadang-kadang mereka mengikut faktor-faktor lain, tetapi itu adalah cadangan oleh Kementerian Kewangan.
Tetapi, bukankah ini satu kerugian bagi kerajaan?
Ya, saya anggap ia kerugian, tetapi kadang-kadang anda hilang, kadang-kadang anda boleh mendapat sesuatu.


Orang tidak akan kehilangan wang tanpa sebab tetapi pengambilalihan itu sangat mendesak kerana kita terpaksa memulihkan syarikat (MAS) tersebut.Tetapi wang tidak hilang tanpa sebab, apa yang menyebabkan kehilangan tersebut?
Atas perbelanjaan tabung kerajaan?
Kerajaan telah hilang wang dalam banyak keadaan yang lain, jumlahnya lebih daripada itu.


Mahathir menyifatkan ‘bail out’ sebagai satu langkah "perlu" untuk menyelamatkan syarikat penerbangan nasional itu.


Ditanya jika Mahathir melihat mana-mana persamaan antara isu ini dan Perbadanan fidlot Kebangsaan (NFC) yang telah dituduh salah urus pinjaman RM250 juta wang rakyat..., beliau tidak memberikan jawapan...


Mahathir Dan Umno- Kebenaran Novel Dato' Shahnon Ahmad - 'SHIT'
Sasterawan Negara, Allahyarham Dato' Haji Shahnon Ahmad telah menulis beberapa buah buku, di mana yang paling terkenal ialah novel Shit @ P*k*Mak @ PM (1999), sebuah satira politik kontroversi.
Buku tersebut sering merujuk kepada kerajaan UmnoBn, serta bekas Perdana Menteri Malaysia Dr. Mahathir Mohamad. Terdapat beberapa cubaan oleh kerajaan untuk mengharamkan buku tersebut serta menarik balik gelaran Sasterawan Negara daripada Shahnon.

Petikan Novel :
"Shit sebagai novelet di sini menyarankan dua makna. Pertama Shit yang bermakna taik yang busuk lagi membusukkan yang berlambak dalam usus besar dalam perut untuk menunggu detik yang sesuai untuk diberakkan melalui lobang dubur sebagai benda bersisa yang tidak berguna lagi kepada tubuh. Dalam Shit lobang dubur diberi nama lobang keramat. Kedua Shit bermakna seruan cacimaki atau makihamun iaitu Shit! atau P*k*mak! atau PM..."


Memang UmnoBn ini memang pengkhianat Rakyat, merompak wang hasil titik peluh Rakyat Malaysia dengan menggunakan sesuka hati dan sewenang-wenangnya.


Kelemahan pengurusan kewangan negara, akibat hanya menjaga kepentingan diri sendiri dan membelakangkan Rakyat - itulah hakikat dan fakta bahawa Umno ini Pengkhianat dan Penipu Rakyat !

Inilah bukti UmnoBn selama ini memperbodohkan Rakyat dengan menipu untuk menaikkan imej mereka melalui propaganda media massa.


Marilah kita lakukan perubahan... Demi Rakyat !

http://halimislam.blogspot.com 

Pas Rugi Besar RM2.5 Bilion

0 Selengkapnya






















Malaysiainsider hari ini melaporkan kerugian besar yang dialami Syarikat Penerbangan Negara MAS.  Amat mengejutkan kita apabila MAS didakwa mencatat kerugian besar berjumlah RM2.5 Billion bagi tahu 2011.
MAS melaporkan kerugian sebanyak rm1.28 bilion yang dialaminya bagi suku keempat bagi tahun 2011.
Kerugian ini melebihi jumlah kerugian yang dialami dari suku pertama ke suku ketiga tahun 2011.
CEO System Penerbangan Malaysia MAS, Ahmad Jauhari Yahya menyebutkan kerugian berpunca dari kenaikkan 25% bahan api pesawat dan 50% kenaikkan perbelanjaan bukan bahan api.
Kegagalan kerajaan UMNO/BN tadbir syarikat penerbangan milik negara bermakna rakyat menanggung kerugian besar ini.
Untuk meneruskan operasi syarikat yang rugi ini semestinya duit rakyatlah yang akan digunakan bagi menampung kerugian ini!
Sudah begitu lama MAS mengalami kerugian dan sampai hari ini kita tak nampak bagaimana MAS akan mencatat keuntungan.
Sampai bilakah keadaan ini akan berterusan?  Pemimpin UMNO dan kroni mereka yang dipertanggungjawabkan bagi mentadbir MAS tidak pernah rugi atau muflis.
Kekayaan mereka terus menambah sementara syarikat penerbangan milik negara senentiasa mengalami kerugian dan akhirnya yang akan menanggung segala kerugian adalah rakyat Malaysia!
-decapucino /  http://maidoali.wordpress.com

Pas Peruntukkan RM30 Juta

0 Selengkapnya






































KUALA LUMPUR, 2 Mac: PAS menuntut Kementerian Belia dan Sukan menjelaskan kewujudan Cawangan Strategik dan Urat Saraf di bawah kementerian itu yang didakwa digunakan untuk tujuan pilihan raya.
Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata, kewujudan cawangan itu sangat diragui ketelusannya lebih-lebih lagi ia tidak mendapat kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Menurutnya, cawangan tersebut tiada organisasi khusus, malah peruntukannya diambil daripada bahagian lain dalam kementerian.
“Banyak peruntukan di bawah Kementerian Belia dan Sukan untuk kepentingan belia tapi hakikatnya cawangan ini digunakan untuk tujuan politik, bagi tujuan pilihan raya dengan mewujudkan unit-unit tertentu dalam kementerian.
“Saya angap ini satu penyelewengan apabila mengambilperuntukan dari bahagian lain.
“Semasa pilihan raya Sarawak, cawangan ini bermukim di Sarawak selama tiga bulan dan mengadakan pelbagai program gerak saraf belia yang memakan belanja sehingga RM40 juta. Saya minta Menteri Belia dan Sukan jelaskan perkara ini,” kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, hari ini.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut menambah, Ketua Setiausaha Kementerian juga telah mengarahkan cawangan ini untuk mengadakan program politik di semua daerah lebih iaitu 2,000 program setiap negeri dengan kos RM30 juta untuk Pakar Motivasi, Datuk Dr. Hasan Ali berceramah kepada pengundi muda.
“Nampak sangat Umno guna peruntukan untuk kepentingan politik Umno. Sekarang mereka tak perlu turun padang, hanya guna Hasan Ali sebagai mata kapak dan hulu kapak,” katanya.
Selain itu, beliau turut mempersoal “kehilangan RM8juta peruntukan yang sepatutnya digunakan untuk belia pada Himpunan Sejuta Belia 2011.
Menurut maklumat, hanya RM2 juta diterima oleh Majlis Belia.
“Saya setuju kalau peruntukan untuk pembangunan belia, tapi bukan dalam bentuk program himpunan sehari yang tidak memberi apa-apa kesan, hanya seperti Karnival Jom Heboh dan sebagainya,” katanya.
Turut dipersoal beliau, kos yang terpaksa ditanggung kerajaan akibat pembatalan belia kreatif 2012 yang sepatutnya diadakan pada 10 hingga 12 Februari lalu serta sebab pembatalannnya.
“Karnival ini telah diiklan secara meluas di media massa tapi akhirnya dibatalkan. Kenapa program ini dibatalkan dan berapa pula kos yang terpaksa ditanggung kerajaan setelah pelbagai promosi telah dilakukan?” soalnya.
Dalam pada itu, beliau meminta Kementerian terbabit menjelaskan bagaimana projek perkhidmatan kafe di 17 Instititut Kemahiran Belia Negara (IKBN) hanya diberikan kepada sebuah syarikat yang berpangkalan di Kelantan.
“Kalau betul kerajaan ingin membangunkan syarikat bumiputera, kenapa hanya beri kepada sebuah syarikat? Sepatutnya kalau ada 17 IKBN, berilah kepada 17 syarikat,” katanya.
-harakahdaily

Tok Guru Gagal Jelas Projek Rakyat Rugi RM28 Juta

0 Selengkapnya

KUALA LUMPUR, 2 Mac: PAS menuntut Kementerian Belia dan Sukan menjelaskan kewujudan Cawangan Strategik dan Urat Saraf di bawah kementerian itu yang didakwa digunakan untuk tujuan pilihan raya.
Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata, kewujudan cawangan itu sangat diragui ketelusannya lebih-lebih lagi ia tidak mendapat kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Menurutnya, cawangan tersebut tiada organisasi khusus, malah peruntukannya diambil daripada bahagian lain dalam kementerian.
“Banyak peruntukan di bawah Kementerian Belia dan Sukan untuk kepentingan belia tapi hakikatnya cawangan ini digunakan untuk tujuan politik, bagi tujuan pilihan raya dengan mewujudkan unit-unit tertentu dalam kementerian.
“Saya angap ini satu penyelewengan apabila mengambil peruntukan dari bahagian lain.
“Semasa pilihan raya Sarawak, cawangan ini bermukim di Sarawak selama tiga bulan dan mengadakan pelbagai program gerak saraf belia yang memakan belanja sehingga RM40 juta. Saya minta Menteri Belia dan Sukan jelaskan perkara ini,” kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, hari ini.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut menambah, Ketua Setiausaha Kementerian juga telah mengarahkan cawangan ini untuk mengadakan program politik di semua daerah lebih iaitu 2,000 program setiap negeri dengan kos RM30 juta untuk Pakar Motivasi, Datuk Dr. Hasan Ali berceramah kepada pengundi muda.
“Nampak sangat Umno guna peruntukan untuk kepentingan politik Umno. Sekarang mereka tak perlu turun padang, hanya guna Hasan Ali sebagai mata kapak dan hulu kapak,” katanya.
Selain itu, beliau turut mempersoal “kehilangan RM8juta peruntukan yang sepatutnya digunakan untuk belia pada Himpunan Sejuta Belia 2011.
Menurut maklumat, hanya RM2 juta diterima oleh Majlis Belia.
“Saya setuju kalau peruntukan untuk pembangunan belia, tapi bukan dalam bentuk program himpunan sehari yang tidak memberi apa-apa kesan, hanya seperti Karnival Jom Heboh dan sebagainya,” katanya.
Turut dipersoal beliau, kos yang terpaksa ditanggung kerajaan akibat pembatalan belia kreatif 2012 yang sepatutnya diadakan pada 10 hingga 12 Februari lalu serta sebab pembatalannnya.
“Karnival ini telah diiklan secara meluas di media massa tapi akhirnya dibatalkan. Kenapa program ini dibatalkan dan berapa pula kos yang terpaksa ditanggung kerajaan setelah pelbagai promosi telah dilakukan?” soalnya.
Dalam pada itu, beliau meminta Kementerian terbabit menjelaskan bagaimana projek perkhidmatan kafe di 17 Instititut Kemahiran Belia Negara (IKBN) hanya diberikan kepada sebuah syarikat yang berpangkalan di Kelantan.
“Kalau betul kerajaan ingin membangunkan syarikat bumiputera, kenapa hanya beri kepada sebuah syarikat? Sepatutnya kalau ada 17 IKBN, berilah kepada 17 syarikat,” katanya.

Pas Dan Lembu Fidlot

0 Selengkapnya





oleh Dr Rosli Yakop
Dalam sidang akhbar pada 29 Februari 2012 di Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut, Pengerusi Badan Bertindak Peserta Felcra Kebangsaan (BAPA), Tuan Haji Razman Haji Zakaria mendedahkan pelbagai kepincangan di dalam pengurusan projek penggemukan lembu dilaksanakan Felcra yang dimulakan pada hujung tahun 2008.
Projek ini melibatkan pembinaan 17 buah kandang lembu secara berperingkat-peringkat di 17 kawasan ladang yang telah dikenalpasti. Kos kandang ialah RM300,000 sebuah, bermakna jumlahnya ialah RM5,100,000. Ia dimulakan dengan projek perintis di Seberang Perak.
Merujuk kepada potongan laporan akhbar Sinar Harian bertarikh 6 Jun 2010 yang diedarkan, tender telahpun dikeluarkan untuk pembinaan kandang berkenaan. Pada peringkat awalnya, sebanyak 2,000 ekor lembu akan dibekalkan kepada setiap ladang, bermakna, apabila semua kandang siap dibina, jumlah lembu yang diternak akan meningkat kepada 34,000 ekor, melibatkan kos – pada harga anak lembu RM400 se ekor – sebanyak RM13,600,000. Felcra Berhad memperuntukkan sebanyak RM18 juta untuk projek ini.
Dikatakan, bila dilaksanakan sepenuhnya, projek ternakan lembu ini berupaya menjana pendapatan tambahan sebanyak RM500-1,000 sebulan kepada setiap peserta Felcra yang berjumlah sekitar 92,000 itu (Petikan ucapan Datuk Tajuddin Abdul Rahman dalam potonga akhbar Utusan Malaysia bertarikh 7 Disember 2008 yang diedarkan berbunyi:
“Melalui program ini peserta Felcra diharap mampu menambah pendapatan di antara RM500 hingga RM1,000 sebulan.”) . Ini bermakna perojek ini mampu menjana jumlah pendapatan di antara RM46-92 juta sebulan atau RM552-1,104 juta setahun, amat bermakna bagi peserta Felcra yang rata-ratanya miskin.
Projek dimulakan pada awal tahun 2009 dengan pelancaran projek perintis di ladang Felcra di Seberang Perak yang dikenali sebagai Bio Valley Felcra Berhad , Seberang Perak dengan 800 ekor lembu. Namun, lawatan yang dibuat oleh Haji Razman ke tapak projek baru-baru ini mendapati hanya ada di antara 10-15 ekor lembu yang diternak di situ membayangkan status projek itu sebagai “projek gagal.”
Namun, Felcra nampaknya mendakwa projek perintisnya berjaya. Hasil dari “kejayaan” projek perintis ini, maka itulah Felcra Berhad telah melancarkan projek ternakan lembu besar-besaran pada pertengahan tahun 2010 melibatkan pembinaan 17 buah kandang di 17 buah ladang. Betulkah ladang-ladang ternak lembu ini wujud?
Potongan akhbar Harakah keluaran 16-19 November 2009 yang diedarkan melaporkan bahawa Pengerusi BAPAK ketika itu Akmaluddin Mohd. Noor telah datang ke pejabat akhbar itu mengadu bahawa tambahan pendapatan sebanyak RM500-1000 sebulan kepada 92,000 peserta Felcra selepas enam bulan projek berjalan masih belum lagi dibayar walaupun semasa pengaduan dibuat masa sudah pun berlalu sepuluh bulan.
Beliau lalu menuduh bahawa Pengerusi Felcra, Dato Tajuddin Abdul Rahman telah membuat janji yang tidak munasabah kepada peserta Felcra. Betulkah? Mari kita lihat sama ada munasabah atau tidak janji untuk menambahkan pendapatan peserta Felcra sebanyak RM500-1000 sebulan melalui projek ternakan lembu ini.
Bilangan kandang 17
Bilangan lembu setiap kandang 2,000 ekor
Jumlah lembu 34,000 ekor (17 x 2,000)
Harga anak lembu RM400 se ekor
Kos penggemukan lembu selama 6 bulan RM1,000 se ekor
Lain-lain kos selama 6 bulan RM500 se ekor
Kos menggemukkan lembu selama 6 bulan RM1900 se ekor (400 + 1,000 + 500)
Jumlah kos menggemukkan lembu selama 6 bulan RM64,600,000 (RM1,900 x 34,000)
Harga jualan lembu RM3,000 se ekor
Jumlah hasil jualan RM102,000,000 (RM3,000 x 34,000)
Keuntungan projek dalam 6 bulan RM37,400,000
Bilangan peserta 92,000
Agihan keuntungan kepada peserta (6 bulan) RM406.52 se orang
Agihan kepada perserta setiap bulan RM33.88 se bulan
Ternyata kalau bilangan lembu yang dibela hanya 2,000 ekor setiap kandang setiap bulan, cita-cita untuk menambahkan pendapatan peserta Felcra sebanyak RM500 se orang tidak akan kesampaian. Untuk menambah pendapatan peserta sebanyak RM500 se orang setiap bulan, skala projek harus jauh lebih besar. Mari kita buat perkiraaan.
Tambahan pendapatan bulanan peserta RM500 se orang sebulan
Bilangan peserta 92,000
Jumlah tambahan pendaptan bulanan RM46,000,000 sebulan
Jumlah tambahan pendaptan untuk 6 bulan RM276,000,000
Keuntungan julan lembu RM1100 se ekor
Bilangan lembu yang perlu diternak 250,909 ekor setiap enam bulan
Bilangan lembu diternak dalam setahun 501,818 ekor setahun
Untuk menjana pendapatan tambahan sebanyak RM500 bagi setiap peserta, maka setiap enam bulan secara berterusan, Felcra Agro Industries Berhad kenalah membela dan menggemukkan 250, 909 ekor lembu setiap 6 bulan. Ini adalah satu projek yang amat besar. Harga membeli anak lembu sahaja – RM400 se ekor – sudah melibatkan kos sebanyak RM100,363,600 setiap enam bulan.
Kalau dimasukkan kos penggemukkan dan lain-kos yang terlibat (jumlahnya dianggarkan RM1,900 se ekor lembu), maka kos operasi projek ini boleh mencecah RM476,727,100 se tiap enam bulan. Kalau setahun kosnya menjadi RM953,454,200. Bukankah ini satu jumlah kos yang amat besar? Ini lebih besar dari projek fidlot nasional di Gemas. Kalau peruntukan kepada projek ternakan lembu ini hanya setakat RM18 juta, maka bolehkah di ramalkan projek in sudah gagal sebaik ia bermula.
Atas asas ini maka kata-kata Akmaluddin: “Inilah yang saya katakan projek mustahil Tajuddin” adalah tepat sekali.
Juga didedahkan pada Hari Raya Korban 2009 (sekitar bulan November 2009), Felcra Agro Induaries Berhad telah menjual 45 ekor lembu kepada syarikat induknya, Felcra Berhad pada harga RM3,000 se ekor untuk ibadah korban. Jumlah kosnya RM135,000. Felcra Berhad telah meletakkan perbelanjaan itu di bawah kod alaun keraian Pengerusi Felcra Berhad. Kesemua lembu-lembu itu diagihkan kepada ahli-ahli politik UMNO-BN. Pecahannya seperti berikut:
Ahli Parlimen Batang Sadong, Sarawak 5 ekor
Ahli Parlimen Lenggong, Perak 5 ekor
Ketua Wanita UMNO, Bahagian Padang Serai 5 ekor
Ahli Parlimen Pasir Salak 30 ekor
Walau bagaimana pun, berdasarkan rekod resmi penghantaran, hanya 37 ekor lembu sahaja dihantar ke pelbagai lokasi termasuk 10 ekor ke rumah kediaman Ahli Parlimen Pasir Salak yang juga Pengerusi Felcra. Tiada bukti penghantaran telah dibuat ke Batang Sadong, Sarawak (5 ekor) dan ke Bahagian UMNO Padang Serai (5 ekor). Kalau lembu dihantar ke kedua tempat ini, jumlahnya menjadi 47 ekor sedangkan pesanan hanya 45 ekor. Ini menimbulkan keraguan: Betulkah lembu telah diagihkan sehingga ke Sarawak? Bagaimanakah ia dihantar? Dengan kapal terbangkah?
Jelas di sini bahawa harta milik seramai 92,000 peserta Felcra telah disalahgunakan oleh pemimpin politik UMNO-BN untuk kepentingan politik mereka. Yang memberi lembu korban bukan ahli politik ini tetapi 92,000 peserta Felcra. Ia adalah satu bentuk penyalahgunaan kuasa di dalam pengurusan Felcra.
Dicadangkan peserta Felcra wajar membuat aduan polis akan hal ini. Juga, disyorkan peserta Felcra pergi melawat kesemua 17 kadang lembu bagi menentukan berapa ekor lembu yang ada. Betulkah ada? Jangan-jangan ini satu lagi projek auta UMNO-BN bertujuan menyelewengkan dana pembasmian kemiskinan.
Rembau, NS
Jumaat,  Mac 2012
Felcra Bela Lembu
-harakahdaily
 
© Copyright 2011 : bloggerkb
Template dari : Free Blogger Templates | ZonaBlogger.com | Didukung Oleh : Blogger.com