Sangat menggemparkan apabila pemimpin Umno/BN dan media Umno yang sedang menyerang DS Anwar Ibrahim kononnya mempertahankan negara haram Israel, kita dapati sebuah laman web Israel – Israel Funding Corp – mendakwa mereka adalah ejensi mengedar minyak sawit mentah Malaysia keseluruh dunia.
Portal web tersebut mendakwa mereka mempunyai kontrek mengedar minyak sawit mentah keseluruh dunia dari tahun 2005 hingga ketahun 2030.
Laman web tersebut terang-terang menyebut pembekal minyak sawit mentah mereka adalah Malaysia.
Dalam penerangan tentang produk mereka (minyak kelapa sawit), mereka jadikan Malaysia sebagai contoh dimana diterangkan Malaysia sebagai pengeluar minyak sawit utama dunia dan juga tentang syarikat2 pengeluar minyak sawit seperti Sime Darby (kroni Umno).
Bagaimanakah Syarikat Yahudi boleh mendakwa merekalah ejen pengedar minyak sawit dari Malaysia?
Najib dan Muhyiddin mendakwa Malaysia tidak mempunyai apa2 hubungan dengan Israel dalam perdagangan mahupun politik, tapi bagaimana Syarikat dari Israel mendapat kontrek selama 25 tahun mengedar minyak sawit Malaysia iaitu dari 2005 hingga 2030?
Berdasarkan bukti yang dikemukakan oleh Che’gubard, Israel mengimpot minyak sawit dari Malaysia lebih dari apa yang diperlukan oleh negara tersebut, bermakna selebih darinya adalah bagi tujuan ekspot ke negara2 yang lain.
Di negara kita sendiri kita kerap menghadapi kekurangan bekalan minyak masak, namun minyak masak sawit diekspot ke negara haram yahudi melebihi keperluan mereka!
Kini kita tahu sebab kenapa negara selalu menghadapi kekurangan bekalan minyak masak, kerana Umno/BN sudah pun berjanji bekalan yang secukupnya bagi negara yahudi yang bertanggungjawab membunuh ribuan umat Islam!
Jadi, Umno kini menjadi sekutu dan barua negara haram Israel kerana mereka lebih menjaga keperluan dan perniagaan Israel dari keperluan rakyat negara sendiri!
Dosa yang dilakukan Umno ini tidak boleh dimaafkan lagi. Umno sanggup menjual dan menggadai maruah negara kerana hendak berkawan dan berniaga dengan yahudi!
Apakah peneroka FELDA tidak merasa diri mereka dikhianati oleh UMNO/BN yang selama ini menjadi pujaan hati mereka, kerana Umno/BN mengekspot minyak sawit yang peneroka usahakan kepada musuh Islam iaitu Israel?
Apakah mungkin Umno/BN mengunakan syarikat ‘Israel Funding Corp’ bagi mengedar minyak sawit Malaysia kerana percaya mereka boleh memasuki pasaran dunia dengan mudah misalnya di Amerika Syarikat?
Bukankah sebelum ini Dr. Mahathir pernah mengunakan khidmat pelobi Israel bagi mendapatkan temujanji berjumpa dengan Presiden Amerika, George Bush?
Bukankah Perdana Menteri, Datuk Najib menggunakan khidmat APCO sebuah entiti yahudi bagi memulihkan ‘image’ beliau?
Apa saja alasan yang hendak diberi oleh Umno/BN tentang hubungan ini, ia tetap tidak boleh dijadikan sebagai justifikasi bagi tindakan mereka.
Kita tunggu jawpan dari Umno/BN tentang isu ini!
Comments : Ada 0 komentar untuk Pas Lantik Syarikat Yahudi
Post a Comment