.

Sokong Umno,Jadi Ahli Umno,Tapi Undilah Pas
Showing posts with label PAS. Show all posts
Showing posts with label PAS. Show all posts

Pas Cabar Calon BN Berdebat

0 Selengkapnya

Pas cabar calon BN berdebat
REMBAU – Pas mencabar kesemua calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) khususnya di Parlimen Rembau untuk berdebat dengan calon Pakatan Rakyat (PR) selepas hari penamaan calon.

Timbalan Pesuruhjaya I Pas Negeri Sembilan, Dr Rosli Yaakop berkata, langkah itu akan memberikan satu dimensi baru buat sistem demokrasi pilihan raya di sesebuah parlimen yang mana secara tidak langsung memberi peluang kepada rakyat menilai pemimpin yang bakal dipilih dalam PRU nanti.

Menurutnya, langkah berkenaan amat wajar dipertimbangkan, lebih-lebih lagi ia membabitkan kepentingan rakyat untuk melihat hala tuju pemimpin yang bakal membela nasib mereka.

“Kita cabar calon BN untuk berdebat dengan kita. Jika Dewan Sri Rembau tidak mampu menampung kegunaan untuk berdebat, kita syor untuk adakan di kawasan padang di daerah ini untuk menarik lebih ramai lagi penonton debat.

“Malah, kita yakin dengan amalan debat ini, kita akan memulakan tradisi baru dalam suasana pilihan raya di negara ini yang mana ia memberikan keuntungan buat pengundi menilai calon pilihan mereka,” katanya pada majlis sidang media di Markas Pas Dun Chembong, di Kampung Mulia, kelmarin.

Turut hadir calon Pas kerusi Dun Chembong, Kamarol Ridzuan Mohd Zin.

Sementara itu, Rosli ketika ditanya mengenai perpindahannya ke kerusi Dun Kuala Klawang berkata, keputusan berkenaan dibuat setelah kepimpinan pas pusat dan negeri menjalankan majlis syura.

“Bagi kesemua ahli Pas, keputusan secara sistem syura adalah merupakan yang terbaik kerana kita menganggap ada hikmah, berkat dan kelebihan dalam keputusan berkenaan.  Oleh itu, kita harap agar semua pihak dapat memberikan sokongan padu kepada calon Pas dan PR di kawasan masing-masing,” katanya.- http://www.sinarharian.com.my/politik/pas-cabar-calon-bn-berdebat-1.149974

Kenapa tiada garis panduan kerajaan sementara?

0 Selengkapnya



KUALA LUMPUR: PAS Negeri Sembilan mempersoal ketiadaan garis panduan kerajaan sementara walaupun Pakatan Rakyat pernah mengesyorkan perkara tersebut dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya tahun lalu.

Pesuruhjayanya, Mohd Taufek Abdul Ghani (gambar) berkata, garis panduan kerajaan sementara masih belum ada walaupun Dewan Undangan Negeri (Dun) negeri itu terbubar secara automatik hari ini.

"PAS dan Pakatan Rakyat persoalkan mengenai cadangan garis panduan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya kepada Dun yang belum dikeluarkan sedangkan Pakatan sudah minta perkara ini diwujudkan dalam jawatankuasa penambahbaikan pilihan raya April tahun lalu," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Beliau berkata, Pakatan Rakyat bimbang kerajaan menyalahgunakan kuasa mereka dalam tempoh negeri ditadbir Kerajaan Sementara .

"Setelah pembubaran Dun, kita mahu Kerajaan Sementara berfungsi sepenuhnya tanpa ada sebarang penyalahguanaan kuasa, sebab itu kita perlukan garis panduan apa yang boleh dan yang tak boleh dilakukan," tegasnya.

Mandat semasa kerajaan Negeri Sembilan berakhir tengah malam tadi, membolehkan pilihan raya diadakan dalam tempoh 60 hari.

Beliau dalam pada itu kesal terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang masih enggan membubarkan Parlimen sebaliknya membiarkan Dun terbubar secara automatik.

"Sepanjang 12 kali pilihan raya, ini pertama kali berlaku Dun terbubar sendiri.

"Perkara ini tak wajar berlaku dan sangat memalukan apabila perdana menteri membiarkan sesebuah negeri dalam keadaan tak menentu. Jadi kita minta Parlimen segera dibubarkan bagi mengakhirkan tempoh ketidaktentuan ini," katanya.

PAS terus berkhidmat

Sementara itu, Taufek berkata, PAS negeri itu akan terus memberikan perkhidmatan kepada rakyat melalui pusat aduan di setiap kawasan.

"PAS ada pusat aduan di setiap kawasan jadi kita akan berkhidmat seperti biasa dan PAS telah mula berkempen untuk PRU," katanya.

Dalam PRU12, Taufek menang di Dun Paroi yang mendapat 9,423 undi menewaskan calon BN, Zaharudin Mohd Shariff dengan majoriti 1,107 undi.

Tambah beliau, PAS sudah bersedia dari tahun lepas untuk menghadapi PRU dan yakin Pakatan Rakyat negeri itu mampu menumbangkan Umno BN.

"Pakatan Rakayt Negeri Sembilan memang sudah bersedia setahun yang lalu dan kita lihat persiapan Pakatan kali ini lebih baik untuk menghadapi Umno BN," katanya.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/17755-kenapa-tiada-garis-panduan-kerajaan-sementara

Tiada Tanah Dirampas,Sebaliknya Geran Diberi

0 Selengkapnya



RANTAU PANJANG: Ketika Umno sibuk mendakwa kononnya kerajaan negeri merampas tanah rakyat, sebaliknya apa yang berlaku semakin ramai penduduk diberi geran hak milik.

Semalam seramai 123 peneroka Felcra Gual Dalam menerima geran tanah seluas 3.5 ekar setiap seorang disampaikan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. (Gambar atas)

Adun Gual Periok, Ustaz Mohamad Awang berkata, geran tanah tersebut meliputi kebun kelapa sawit seluas 430.5 ekar kini menjadi milik sah peneroka.

Katanya, kerajaan negeri memastikan usaha peneroka sejak sekian lama membangunkan tanah dengan aktiviti pertanian diberi hak sewajarnya.

“Kesungguhan mereka membangunkan kawasan hutan sehingga menjadi ladang kelapa sawit berbaloi sekarang kerana mendapat geran hak milik kebun secara sah.

“Sedangkan sebelum ini media milik Umno mendakwa kononnya kerajaan negeri merampas tanah rakyat. Itu tidak betul sama sekali. Kita boleh lihat apa yang berlaku hari ini,” katanya pada majlis berkenaan.

Hadir sama Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, anggota Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff, Adun Bukit Tuku, Abdul Fatah Harun, Adun Meranti, Datuk Nasuruddin Daud dan Ketua jajahan Pasir Mas, Ghazali Mohamad.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz ketika berucap pada majlis itu berkata, sejak 1990 PAS mentadbir Kelantan mengikut peraturan Islam dan ia diterima majoriti rakyat.

Katanya, Nabi dan Rasul datang bersilih berganti membawa ajaran Allah SWT bagi membolehkan manusia hidup dengan aman tenteram.

“Ini secara jelas menggambarkan agama dan politik tidak boleh dipisahkan sama sekali dalam kehidupan manusia,” katanya.

Menurutnya juga kerajaan negeri sentiasa memandang berat masalah rakyat terutamanya bagi menyelesaikan berkaitan pemilikan tanah, asalkan mereka mengikut peraturan ditetapkan.

Sementara itu di majlis lain Menteri Besar menyampaikan bantuan sosioekonomi kepada 200 penduduk termasuk masyarakat Siam di pejabat Dun Gual Periok, Banggol Kulim dekat sini.

Pada kunjungan berkenaan beliau juga merasmikan Markas Peti Undi Banggol Kulim, Dun tersebut

Tubuh Siasatan Awam Kaji Keretakan Jambatan

0 Selengkapnya


(Nazri dan rakAn-rakannya menunjukkan keretakan pada Jambatan Sultan Yahya Petra Kedua)

KOTA BAHARU: Satu siasatan awam perlu dilakukan terhadap konsortium I.S Resourcers Sdn Bhd – Ris Capital Sdn Bhd, berhubung masaalah Jambatan Sultan Yahya Petra kedua yang mengalami keretakan.

Pada masa yang sama, Jabatan Persekutuan Kelantan (JPP) dan JKR diminta menyatakan pendirian sebenar berhubung masaalah keretakan itu kepada umum bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Kelantan, Kelantan R, meminta mereka yang terbabit supaya lebih telus dalam mengeluarkan kenyataan apa lagi ianya berhubung masaalah keselamatan orang ramai.

Presiden R, Nazri Deraman juga meminta turut menyifatkan jawapan pihak berkenaan semalam  tidak profesional dan kurang bertanggungjawab sebagai sebuah agensi kerajaan Persekutuan.

Beliau berkata demikian kepada media hari ini ketika R melakukan lawatan ke Jambatan Sultan Yahya Petra kedua kira-kira 1.00 tengahari tadi untuk melihat sendiri keretakan itu.

R mengusulkan perkara itu diambil tindakan segera berikutan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerjaraya, Utiliti dan Alam Sekitar, Datuk Mejar (B) Md Anizam Abd Rahman, yang mendakwa jambatan itu berlaku keretakan bahagian penyambungan.

Anizam dalam sidang media dua hari lalu berkata, keretakan tersebut disahkan berlaku di penyambung di kawasan jajaran jambatan baru menghala Jalan Wakaf Siku.

Menurutnya, keretakan maksimum itu dapat dilihat dengan mata kasar iaitu 1.2 milimeter dan ini melibatkan keselamatan semua pihak.

“Kerajaan negeri berharap, pihak berkenaan mengambil langkah segera dan positif untuk menangani masaalah itu.

“Walaupun lapisan turapan itu siap di lima lokasi, tetapi terpaksa dibuka semula dan sebagainya. Kita bimbang berlaku kes yang sama di Puterajaya dan Terengganu,”ujarnya.

Sehubungan itu kata Nazri lagi, R bimbang kejadian yang sama seperti stadium yang runtuh di Terengganu akibat salah tadbir wang ehsan di negeri itu berjangkit di negeri ini.

Semalam, pihak JPP membuat kenyataan balas berhubung keretakan itu dengan menyifatkan keretakan pada penyambung persimpangan bertingkat Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra yang dalam peringkat akhir pembinaan itu adalah kecil dan tidak serius.

Ketua Penolong Pengarah (Teknikal) Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Mohd Zaki Mohd Zain berkata keretakan itu adalah masalah teknikal yang kecil dan biasa berlaku pada projek yang masih dalam pembinaan.

"Projek itu masih dalam pemantauan pihak pemeriksa bebas sebelum ia dibenar digunakan kepada semua lalu lintas," katanya kepada pemberita di Kota Bharu hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerja Raya, Utiliti dan Alam Sekitar Kelantan Datuk Mejar (B) Md Anizam Abd Rahman bahawa laporan akhir pembinaan projek itu menunjukkan ada keretakan yang dikhuatiri membahayakan nyawa orang ramai jika dibiarkan.


 http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/17701-tubuh-siasatan-awam-kaji-keretakan-jambatan-kedua

Wifi percuma? Siapa tidak mahu?

0 Selengkapnya


Rakyat Malaysia tidak perlu bimbang mengenai kos perkhidmatan Internet apabila projek jalur lebar (WiFi) percuma akan dilaksanakan kelak jika Pakatan Rakyat diberi mandat.

Jika sebelum ini rakyat perlu membayar untuk mendapatkan perkhidmatan itu, namun melalui pemberian WiFi percuma ternyata mampu mengurangkan kos perbelanjaan bulanan, malah membolehkan kita menjalankan urusan harian dengan lebih mudah.

Teknologi ini bukan sahaja dapat memberikan kemudahan kepada orang ramai menerima maklumat malahan orang ramai dapat melakukan kerja-kerja harian menjadi lebih cepat dan pantas.

PAS berulang kali kata wujud pengundi hantu

0 Selengkapnya


KUALA TERENGGANU: PAS Terengganu telah menegaskan, berlaku manipulasi dalam daftar pemilih dan wujud fenomena 'pengundi hantu' yang telah mengalahkan PAS pada pilihanraya umum kali ke 11 pada tahun 2004.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Teregganu telah berulang kali menyatakan perkara tersebut dan kali terakhir, beliau menegaskannya ketika berucap dalam Majlis Makan Malam Dana PRU PAS untuk Parlimen Kuala Nerus pada 15 Mac lalu.

Sehubungan itu, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff mengaku wujud dua nama Wan Muhammad Azri Wan Deris yang memegang kad pengenalan (biasa) 830121-03-5019 dan kad pengenalan (polis) RF142863 yang didaftar dua kali atau dengan lain perkataan mendaftar sebagai 'pengundi hantu' di dalam daftar pengundi.

Seperti yang dilaporkan oleh portal berita The Malaysian Insider hari ini, Tan Sri Aziz memberi jaminan bahawa jika semakan SPR dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris yang memegang kad pengenalan (biasa) 830121-03-5019 dan kad pengenalan (polis) RF142863 adalah orang yang sama, SPR akan membatalkan pendaftaran undi menggunakan kad pengenalan (polis) bagi mengelakkan undi dua kali.

Semakan Sistem Semakan Daftar Pengundi SPR menunjukkan bahawa rekod yang didaftarkan dibawah RF142863 telah pun dibuang dari daftar pengundi seperti yang dibuktikan oleh paparan skrin.

Ini mengesahkan bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris @ Papagomo adalah individu yang sama dan telah didaftarkan sebagai pengundi hantu, oleh sebab itulah rekodnya dibuang dari senarai undi pos.

Oleh yang demikian, Tan Sri Aziz sebagai Pengerusi SPR diminta memberi jawapan yang lebih meyakinkan dalam usahanya membersihkan daftar pengundi yang beliau sendiri akui wujud pendaftaran berganda yang membawa kepada fenomena pengundi hantu.

Alasan beliau bahawa SPR tidak dimaklumkan mengenai rekod perkhidmatan anggota keselamatan yang telah meninggalkan perkhidmatan tidak boleh diterima, seolah-olah beliau cuba menyalahkan PDRM apabila tanggungjawab memastikan daftar undi itu bersih adalah tanggungjawab beliau.

Untuk menyelesaikan masalah pengundi hantu dari kalangan anggota/bekas anggota keselamatan seperti Papagomo, adalah cadangkan beliau mengarahkan satu pasukan SPR untuk duduk dengan PDRM tiap-tiap hari dan meneliti rekod setiap pengundi yang didaftarkan di bawah kad pengenalan polis dan tentera.

Satu senarai lengkap bekas anggota keselamatan yang didaftarkan secara berganda hendaklah disiapkan secepat mungkin, bilangannya diumumkan kepada rakyat dan nama-nama mereka dikeluarkan serta merta dari daftar pengundi.

Sekiranya SPR masih berdolak dalih dari melaksanakan perkara yang mudah ini, sudah tentu spekulasi dan tuduhan bahawa SPR tidak telus semakin menebal di kalangan rakyat.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/17664-pas-berulang-kali-kata-wujud-pengundi-hantu-papagomo-kes-terbaru
 
© Copyright 2011 : bloggerkb
Template dari : Free Blogger Templates | ZonaBlogger.com | Didukung Oleh : Blogger.com