.

Sokong Umno,Jadi Ahli Umno,Tapi Undilah Pas
Showing posts with label KES MAHKAMAH. Show all posts
Showing posts with label KES MAHKAMAH. Show all posts

Bersih 2.0: Kerajaan diarah bayar RM50,000 kepada Salahuddin, Mahfuz

0 Selengkapnya



Mahkamah Rayuan hari ini mengarahkan Kerajaan Malaysia membayar ganti rugi sebanyak RM50,000 kepada dua Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar.

Ganti rugi itu adalah berhubung dengan kes saman yang difailkan oleh mereka selaku plantif terhadap tangkapan yang tidak sah ketika perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011 di KL Sentral.

Sebelum itu Mahkamah Rayuan yang diketuai oleh Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus memutuskan bahawa rayuan kerajaan Malaysia terhadap keputusan saman kedua-dua plantif adalah dibenarkan berhubung ganti rugi sahaja.

Kedua-dua plaintif telah berjaya dalam tindakan saman mereka di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan diputuskan ganti rugi sebanyak RM70,000 tiap seorang atas tangkapan salah dan tidak sah tersebut.... 

Kedua-dua plantif diwakili peguam Muhammad Faiz Fadzil Noor, Abdul Aziz Hamzah dan Surya Putra Taulan Rasul.

Manakala Kerajaan Malaysia diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Habibah Haron. - HARAKAHONLINE

PDRM dan Kerajaan di arah bayar ganti rugi

0 Selengkapnya


Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan kerajaan dan polis membayar ganti rugi lebih RM350,000 kepada seorang pemandu lori yang cedera semasa disoal siasat lima tahun lepas.

Hakim Datuk John Louis O'hara membuat keputusan untuk membenarkan saman B.Prabakar selepas memutuskan plaintif berjaya membuktikan kesnya terhadap kerajaan dan lapan anggota polis.

Dalam penghakimannya, O'hara berkata tujuh daripada anggota polis berkenaan bertanggungjawab terhadap penderitaan dan kesakitan yang dialami plaintif.

Beliau berkata ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, yang merupakan Ketua Polis Daerah Brickfields ketika itu, pula bertanggungjawab terhadap kesalahan yang dilakukan penjawat awam berkenaan manakala kerajaan memikul liabiliti gantian....

"Saya mendapati berdasarkan keterangan, ketujuh-tujuh defendan bertanggungjawab terhadap kesakitan yang ditanggung plaintif semasa soal siasat yang akan berterusan jika mangsa tidak mengaku atau meninggal dunia," katanya.  

O'hara memerintahkan agar Prabakar, 32, dibayar ganti rugi teladan dan punitif sebanyak RM150,000 dan RM100,000 sebagai ganti rugi teruk serta RM50,000 sebagai ganti rugi am.

Beliau turut memerintahkan defendan membayar RM50,000 sebagai kos, RM1,500 bagi kehilangan pendapatan, RM150 untuk bil perubatan dan RM75 bagi gambar kecederaan plaintif.

Pada 21 Sept 2011, Prabakar memfailkan saman terhadap tiga anggota polis berpangkat Sarjan (Mohd Shafiee Abdul Halim, Mohd Diah Sulaiman dan Zulkiplly Taib), dua Koperal (Abdullah Musa dan Zamrin Zaid), dua Lans Koperal (Matila@Saudi Ismail dan Nizam Abd Wahab),  Wan Abdul Bari serta kerajaan mendakwa dipukul dan disimbah air panas oleh tujuh anggota polis selepas beliau ditahan.

Dalam penyataan tuntutan, beliau mendakwa ditahan polis di sebuah parkir kereta di Sri Hartamas pada 9.30 malam 23 Dis 2008 sebelum disoal siasat tujuh anggota polis di Balai Polis Daerah Brickfields dari 10 malam hari sama sehingga pagi berikutnya.

Pada 4 Okt 2011, Mohd Shafiee dan Mohd Diah masing-masing dihukum penjara empat tahun oleh Mahkamah Sesyen bagi kesalahan sengaja mendatangkan kecederaan kepada dua tahanan manakala lima lagi dibebaskan daripada pertuduhan. - Bernama

Nizar menang kes saman ke atas Utusan

0 Selengkapnya


Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan akhbar Utusan Melayu (M) Berhad membayar ganti rugi RM250,000 kepada bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang menang kes saman fitnah berhubung isu nombor pendaftaran kenderaan WWW1.

Hakim Rosnaini Saub memerintahkan Utusan, selaku defendan, turut membayar kos RM30,000 serta kadar faedah lima peratus terhadap jumlah ganti rugi bermula tarikh penghakiman sehingga bayaran penuh dijelaskan.

Dalam penghakimannya, Rosnaini berkata plaintif, Mohammad Nizar, berhak mendapat ganti rugi am dan teladan akibat difitnah berhubung komen plaintif dalam artikel yang diterbitkan oleh defendan.... 


Menurutnya artikel mengenai nombor pendaftaran WWW1 berjaya dibida oleh Sultan Johor itu telah menjejas dan mencemar reputasi dan imej plaintif.

Beliau berkata pihak defendan gagal mengamalkan kewartawanan yang bertanggungjawab apabila tidak menghubungi Mohammad Nizar untuk mengesahkan komen sebenar beliau paparkan dalam Twitternya.

"Kita mungkin boleh mempersoalkan kewajaran tindakan plaintif yang mengkritik baginda Sultan Johor dalam pembelian nombor plat WWW 1, tetapi ini tidak bermakna defendan dibenarkan oleh undang-undang untuk memesong dan membuat laporan tidak benar yang bersifat fitnah ke atas plaintif," tegas Rosnaini.

Mengenai ganti rugi keterlaluan yang dipohon olehplaintif, hakim memutuskan berdasarkan kes, mahkamah merasakan ganti rugi keterlaluan adalah tidak diperlukan.

Beliau berkata ini kerana tiada terdapat apa-apa tanda bahawa defendan bersikap degil dan keras terhadap plaintif di dalam prosiding kes fitnah yang difailkannya.

Mohammad Nizar memfailkan saman itu pada 10 Julai tahun lepas berkaitan komen beliau mengenai nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 yang berjaya dibida oleh Sultan Johor dengan harga RM520,000.

Dalam pernyataan tuntutannya, Mohammad Nizar berkata pada 28 Mei tahun lepas beliau membuat kenyataan mengenai nombor pendaftaran kenderaan itu menerusi akaun Twitternya dan mendakwa pada 31 Mei, Utusan Melayu menerbitkan satu artikel di halaman 11 akhbar tersebut mengenai perkara itu.

Mohammad Nizar, ketika itu Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pasir Panjang, berkata kenyataan berbaur fitnah itu  antara lain bermaksud beliau adalah seorang penderhaka terhadap Raja-raja Melayu, terutamanya Sultan Johor, seorang ahli politik yang anti Sultan dan cuba menghasut rakyat supaya membenci Sultan Johor.

Plaintif telah diwakili peguam Mohamad Zamri Ibrahim dan Mohd Fitri Asmuni sementara itu defendan diwakili oleh Datuk Firoz Hussein Jamaludin. - SINARHARIAN

Blogger Pro Umno Merayu Dengan Khalid Samad

0 Selengkapnya


GEORGE TOWN: Nasib blogger mesra UMNO, Minda Intelek Melayu (MIM) atau nama sebenarnya Dr Novandri yang didakwa memfitnah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dalam blognya akan ditentukan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada pagi ini.

Khalid yang juga anggota Lajnah Politik Pas Pusat semasa dihubungi awal pagi tadi mengaku bahawa blogger berkenaan merayu untuk menyelesaikan tulisan berunsur fitnah ke atas peribadinya itu di luar kamar mahkamah.

"Dia nak minta maaf atau tidak berhubung fitnah ke atas diri saya itu biar dalam mahkamah supaya jadi pengajaran bagi blogger Umno yang lain," ujar beliau menerusi telefon.

Khalid diwakili oleh peguam Hanipa Maidin, manakala, Dr Novandri sejak awal bicara kes fitnah itu pada tahun lepas gagal mengemukakan peguam bela sehingga dikritik oleh Hakim sendiri.

Bicara akhir kes Dr Novandri didakwa memfitnah Khalid bermula jam 9 pagi ini. ~fb zainulfaqar

http://www.selatanonline.net/modules.php?name=News&file=article&sid=3725

Hamidah Diasak Peguam Khalid

0 Selengkapnya


SHAH ALAM: Perbicaraan kes Khalid Samad menyaman Datuk Hamidah Othman, Adun Umno dan Exco Kerajaan Perak di Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam menyaksikan Hamidah teruk di 'bakar' (grill) oleh peguam Mohamed Hanipa Maidin apabila beliau disoal balas hampir 2 jam.
Hamidah disaman oleh Khalid Samad berhubung satu artikel yang diterbitkan di dalam blog beliau pada awal bulan Januari 2010 bertajuk " Umat Islam Perlu Bersatu".

Antara lain artikel tersebut mengandungi gambar ubahsuai (super imposed) Khalid Samad berpakaian seperti seorang paderi dan juga kata-kata yang menunjukkan Khalid Samad adalah termasuk dalam golongan Islam liberal, melacur agama dan menaikkan semangat pihak kafir untuk menjahanamkan iman umat Islam.

Dalam perbicaraan yang berlangsung selama 3 hari berturut bermula dari 1 April hingga 3 April di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Hashim bin Hamzah, Khalid Samad memberikan keterangan beliau dan Hamidah juga memberikan keterangan.

Hamidah dilihat cuba menafikan kononnya artikel di blog beliau itu mempunyai gambar super imposed Khalid Samad.

Alasan beliau Khalid Samad telah gagal menunjukkan posting asal artikel yang diterbit pada 2 haribulan Januari 2010 jam 12.09 pm tersebut.

Namun Khalid Samad telah memanggil saksi yang juga pakar IT yang menunjukkan meskipun posting asal di dalam blog Hamidah telah dipadam namun ia masih boleh diakses melalui www.archieve.org.com. yang menunjukkan posting asal artikel tersebut masih wujud dan jelas mempunyai gambar Khalid berpakaian seperti seorang paderi.

Di dalam soal balas hampir 2 jam oleh Hanipa, Hamidah disoal bertalu- talu sehingga Khalid Samad keluar beberapa kali kerana berasa kesihan melihat Hamidah di'grill' oleh Hanipa.

Antara lain Hanipa menyoal balas Hamidah seperti berikut:-
S : Datuk, anda menafikan di dalam keterangan anda bahawa artikel di dalam blog anda mengandungi gambar Khalid Samad berpakaian paderi?
J : Ya.

S : Kalau benar dakwaan datuk, mengapakah di dalam pernyataan pembelaan datuk, datuk sendiri mengakui kewujudan gambar di dalam artikel tersebut? Kalau gambar tidak wujud mengapa datuk tidak nafikan di dalam pembelaan datuk? Mengapa datuk tidak batalkan saman Khalid?

J : Saya menafikan gambar itu di super imposed oleh saya.

S : Tapi datuk ...Khalid Samad tidak katakan dalam saman beliau bahawa datuk telah super imposed gambar tersebut, apa yang dia kata di dalam blog datuk wujud gambar super imposed itu bersama-sama artikel itu, jadi mengapa datuk nak nafikan apa yang Khalid tidak kata dalam samannya? Ertinya mengapa datuk perlu nafikan gambar itu disuper imposed oleh datuk apabila Khalid sendiri tidak tuduh benda itu? Apa yang dituduh datuk tak nafi, apa yang tidak dituduh datuk nafi pula, boleh jelaskan?

A : errr...

S : Datuk, adakah datuk sedar dalam pembelaan datuk, datuk bergantung kepada pembelaan justifikasi. Tahukah datuk kesan kepada pembelaan ini?

J : Itu saya serah pada peguam saya.

S : Datuk saya katakan bahawa apabila anda bergantung kepada pembelaan justifikasi, hakikatnya datuk menyatakan apa yang datuk terbitkan di dalam blog datuk adalah benar.. iaitu jika datuk terbitkan Khalid berpakaian paderi maknanya datuk boleh buktikan memang benar beliau berpakaian paderi, begitu juga jika datuk kata Khalid melacur agama datuk boleh buktikan memang benar dia melacur agama, soalan saya adakah datuk mempunyai bukti-bukti tersebut?

J : Tiada.

S : Dengan bergantung kepada pembelaan justifikasi, saya katakan datuk tidak boleh kata datuk tidak terbitkan artikel dalam blog datuk itu.. kerana adalah pelik dari satu segi datuk kata datuk tidak terbit artikel itu, tapi dari segi yang lain pula datuk kata apa yang datuk terbitkan itu adalah benar..mana satu ni datuk?

J : Yang Arif, saya tidak boleh jawab kerana saya tidak lihat artikel asal saya.

Hanipa juga di dalam soal balas beliau merujuk kepada apa yang ditulis di dalam blog Hamidah bahawa beliau mengingatkan para pembaca yang ingin membuat komen di blog beliau perlu berhemah, mempamerkan akhlak dan tidak menggunakan guna bahasa yang kasar. Hanipa bertanya

S : Sebenarnya peringatan datuk ini kena pada dato sendiri kerana hakikatnya datuk yang guna kata-kata tidak berhemah apabila datuk guna kata-kata seperti Plaintif melacur agama dan menolong menaikkan semangat pihak kafir menjahanamkan iman umat Islam...betul tak datuk?

J : Saya hanya ingatkan pembaca supaya beri komen yang berhemah..

Perbicaraan akan disambung semula pada 12 April ini.

Khalid Samad diwakili oleh Mohamed Hanipa Maidin dan Azhana Mohd Khairudin manakala Datuk Hamidah diwakili oleh Datuk Hafarizam Harun.-http://gigitankerengga.blogspot.com

Utusan Disaman Lagi, Kali Ini Sebanyak RM40 juta Oleh Bekas Timb Panglima Tentera Darat

0 Selengkapnya

 

Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid telah mengambil tindakan undang-undang ke atas Utusan Melayu (Malaysia) Berhad dengan menyaman sejumlah RM20 juta kerana memburukkan reputasi dan nama baik beliau kepada umum.

Dalam satu kenyataan media hari ini, peguam pemohon Samarudin Md Rejab berkata kes tersebut telah difailkan semalam dan menamakan Datuk Abdul Aziz Bin Ishak dan Raja Shahrir Abu Bakar sebagai pihak defendan.

“Dalam artikel Utusan Online bertarikh 13 Mac, 2013, secara palsu dan berniat jahat, telah menyiarkan satu artikel dalam talian menuduh anak guam kami sebagai 'telah memperleceh' Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam mengendalikan insiden pencerobohan pengganas dari Sulu,” kata Samarudin dalam satu kenyataan.

Menurut Samaruddin lagi, artikel tersebut juga menuduh Abdul Ghafir telah mengatakan PDRM dan ATM menangani pengganas dari Sulu itu sehinggakan kini hanya “duduk di bawah rumah orang dan di reban ayam”.

Disamping itu, Samarudin berkata tuduhan tersebut sengaja direka memandangkan Abdul Ghafir adalah bekas Timbalan Panglima Tentera Darat Malaysia dan bertujuan untuk mewujudkan kebencian kepada PKR dan Pakatan Rakyat.

“Dakwaan di atas adalah benar-benar palsu, berniat jahat dan fitnah kepada Datuk Ghafir.

“Dalam hal ini, kita semua sedar bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 bakal menjelang dan Datuk Ghafir adalah salah satu daripada bekas pegawai tertinggi yang menyokong Parti Keadilan Rakyat serta Pakatan Rakyat,” tambah Samaruddin lagi.

Dalam tuntutan yang dihantar semalam, Abdul Ghafir telah meminta Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, Datuk Abdul Aziz Bin Ishak dan Raja Shahrir Abu Bakar memohon maaf serta menarik menarik balik artikel tersebut dan berjanji tidak akan mengeluarkan sebarang artikel yang sama bertujuan memburukkan nama beliau.

Berita tentang kenyataan oleh Abdul Ghafir telah dilaporkan oleh Utusan ketika berucap dalam Forum anjuran Akademi Pak Sako bertajuk Solidariti Lahad Datu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor di Jalan Maharajalela di sini.

Turut menjadi panel pada forum itu ialah Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing dan Editor Malaysiakini, Fathi Aris Omar. -TMI

http://greenboc.blogspot.com/2013/03/utusan-disaman-lagi-kali-ini-sebanyak.html

Kes Ke Atas Papagomo Difailkan Semula

0 Selengkapnya


Memandangkan ada penemuan bukti baru kes saman Datuk Husam Musa terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris menyebabkan hakim menasihatkan kes itu difail semula.

Oleh itu bagi membolehkan kes tersebut difail semula, kes yang berjalan hari ini ditarik balik.

Berikutan itu Husam yang juga Naib Presiden PAS melalui peguamnya, Hisham Fauzi menyatakan persetujuan di atas cadangan hakim pada perbicaraan itu kes petang tadi.

Beliau pada keterangan sebagai saksi pertama kes itu memberitahu mahkamah beberapa saksi baru ditampilkan termasuk bekas isteri Wan Azri dan dua blogger pro Umno yang disapina.

Selain itu katanya, blogger-blogger lain juga telah menyatakan persetujuan menjadi saksi kes berkenaan.

Menurutnya juga gambar Wan Azri yang dianggap sebagai Papagomo banyak tersiar dalam laman-laman web dan dalam Utusan Malaysia beberapa hari lalu.



Ekoran itu peguam Jasbeer Singh yang mewakili Wan Azri turut meluahkan rasa kesal kerana akhbar terbabit mengaitkan penama terbabit sebagai Papagomo.

“Gambar-gambar yang disiarkan dalam internet dan terbaru dalam blog Erapasca memperlihatkan gambar Wan Azri bersama dengan Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussien,” kata Husam.

Bagaimanapun ketika soal balas peguam defendan membantah kerana beberapa saksi baru dikemukakan termasuk bekas isteri Wan Azri, yang disenarai sebagai saksi kedua.

Berikutan itu Hisham berkata, perbincangan di antara peguam plaintif dan defendan diadakan di dalam kamar berkaitan isu saksi baru yang disenaraikan.

Katanya, pada perbincangan itu hakim menasihatkan kes tersebut ditarik balik bagi membolehkan ia difail semula dengan penambahan saksi-saksi baru.

Husam ketika ditemui kemudian berkata, beberapa bukti baru ditemui selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan saman terhadap Wan Azri baru-baru ini.

“Lagi pun kita juga boleh menampilkan saksi iaitu Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia memandangkan mahkamah menolak untuk disapinakan Menteri Pertahanan berkaitan isu blogger terbabit dibenarkan memasuki Scorpene.



“Malah bekas isteri Wan Azri sudah menyatakan persetujuan untuk menjadi saksi pada Disember lalu. Sedangkan pada senarai awal namanya tidak disebut sebagai saksi dalam pengurusan kes sebelum ini,” katanya.

Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, fail baru kes saman tersebut akan dibuat dalam masa terdekat ini.



http://greenboc.blogspot.com/2013/03/kes-ke-atas-papagomo-difailkan-semula.html
 
© Copyright 2011 : bloggerkb
Template dari : Free Blogger Templates | ZonaBlogger.com | Didukung Oleh : Blogger.com