.

Sokong Umno,Jadi Ahli Umno,Tapi Undilah Pas
Browse » Home » » Pakatan Rakyat Bakal Menang 8 Kerusi

Pakatan Rakyat Bakal Menang 8 Kerusi



Dilihat satu tamparan hebat setelah beberapa jam parlimen dibubarkan hari ini, Pakatan Rakyat Sarawak dijangka akan melakukan kejutan terbesar buat Barisan Nasional (BN) semasa pilihanraya umum ke-13 tidak lama lagi.

Beberapa bulan lalu, Jalan Pulang telah mendapatkan beberapa maklumat penting mengenai perkembangan politik semasa di Bumi Kenyalang itu dan hasilnya begitu mengejutkan.Daripada 31 kerusi parlimen keseluruhan yang berada di negeri ini, Pakatan Rakyat hampir pasti akan menyapu sekurang-kurangnya lapan kerusi parlimen yang majoritinya kaum Cina dan Iban.

Lapan kerusi yang dimaksudkan adalah, Stampin, Bandar Kuching, Sarikei, Sibu, Miri, Lanang, Saratok dan Baram.Enam kerusi awal yang dinyatakan merupakan kerusi yang diperuntukkan kepada SUPP manakala selebihnya merupakan kerusi yang ditandingi SPDP.Ketua menteri, Taib Mahmud sendiri mengesahkan perkara itu apabila memberitahu pengerusi BN, Najib Altantuya bahawa BN Sarawak hanya mampu menyumbang 23 kerusi bagi membantu BN mengekalkan kuasa kerana menyedari banyak kerusi BN di Semenanjung bakal tumbang.

Kesemua lapan kerusi tersebut mempunyai 'masalah' tersendiri hingga BN negeri dikatakan sudah tidak dapat berbuat apa-apa lagi.Antara masalah yang dikenal pasti menyumbang kepada kekalahan BN adalah sokongan pengundi Cina yang semakin naik terhadap calon DAP hingga dikatakan mencecah sekitar 75 peratus.Kegagalan SUPP menyaingi pengaruh dan keberkesanan DAP dalam menyelesaikan maslalah kaum itu juga antara faktor utama lapan kerusi ini bakal tumbang.

Taib juga sudah tidak memikirkan nasib SUPP sebaliknya hanya mahukan calon-calon partinya, PBB menang di kesemua 17 kawasan yang ditandingi dalam pilihanraya umum kali ini.Selain itu kegagalan Taib menyelesaikan pertikaian mengenai empangan di Baram juga mampu menggugat BN kali ini kerana penduduk yang terjejas dengan pembinaan empangan itu marah kerana tanah mereka dirampas tanpa diberi pampasan sewajarnya.

Sekiranya dalam tempoh terdekat, kempen berterusan Pakatan Rakyat melalui siaran radio internet dari London, Radio Free Sarawak (RFS) berjaya menembusi rumah panjang dan kawasan pedalaman yang sukar untuk dihubungi melalui jalan darat, ada kemungkinan jumlah tersebut bertambah kepada 12.Isu tanah adat, pengusiran tanpa pampasan setimpal, kedudukan semasa BN negeri yang bermasalah serta pendedahan skandal membabitkan Taib yang didedahkan Global Witness dan kekayaan luar biasa dari amalan rasuah dan salah guna kuasa terus menyebabkan BN berada dalam keadaan tertekan untuk mempertahankan seberapa banyak kerusi parlimen. ~jalan pulang

http://addin77.blogspot.com/2013/04/pakatan-rakyat-bakal-menang-8-kerusi.html
Advertisement below...!

Comments : Ada 0 komentar untuk Pakatan Rakyat Bakal Menang 8 Kerusi

Post a Comment

 
© Copyright 2011 : bloggerkb
Template dari : Free Blogger Templates | ZonaBlogger.com | Didukung Oleh : Blogger.com