.

Sokong Umno,Jadi Ahli Umno,Tapi Undilah Pas
Browse » Home » » Hutang Negara Meningkat Era Najib Tetapi Salahkan Anwar

Hutang Negara Meningkat Era Najib Tetapi Salahkan Anwar



Pentadbiran Najib lemah, rasuah punca ekonomi negara teruk

Pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang lemah dan rasuah mengakibatkan Malaysia mengalami defisit yang teruk dan hutang negara melonjak kepada RM540 bilion, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Lebih RM400 bilion hanya ketika Najib memerintah. Pentadbiran lemah dan rasuah, flip flop dalam ekonomi. Saya Menteri Kewangan lapan tahun, saya tahu kedudukannya.

“Kerajaan harus memperbaiki ekonomi dengan membanteras rasuah dan memastikan kerajaan ditadbir secara telus dan penuh tanggungjawab,” katanya kepada stesen TV antarabangsa, Al-Jazeera sempena pembubaran Parlimen hari ini.

Beliau menjawab demikian kepada soalan kononnya ketidakstabilan politik di Malaysia akibat perjuangan Pakatan Rakyat yang diterajuinya sebagai punca ketidaktentuan ekonomi di Malaysia.

Ia sebahagian soalan ‘berat’ yang diasak kepada Anwar sepanjang wawancara empat minit secara siaran langsung bermula jam 6.10 petang tetapi dijawab Ketua Umum KEADILAN itu dengan jitu.

Sambil kesal kerana pembangkang pula dipersalah  berikutan masalah ekonomi negara, Anwar berkata: “Tentunya, kita tak dapat diterima (tuduhan itu).

Secara fakta, Anwar sebelum dipecat melalui konspirasi politik pada 1998 dan berperanan sebagai Menteri Kewangan berjaya mengurangkan hutang dan Malaysia mengalami lebihan belanjawan.

Sebaliknya, pada era Najib, hutang negara melambung kepada RM456 bilion pada akhir 2011 iaitu 53 peratus dari Keluaran Dalam Negara Kasar – melonjak lima kali ganda berbanding baki hutang pada 1997.

untuk melihat video sila ke link dibawah
http://greenboc.blogspot.com/2013/04/video-al-jazeera-hutang-negara.html
Advertisement below...!

Comments : Ada 0 komentar untuk Hutang Negara Meningkat Era Najib Tetapi Salahkan Anwar

Post a Comment

 
© Copyright 2011 : bloggerkb
Template dari : Free Blogger Templates | ZonaBlogger.com | Didukung Oleh : Blogger.com