Malaysiainsider hari ini melaporkan kerugian besar yang dialami Syarikat Penerbangan Negara MAS. Amat mengejutkan kita apabila MAS didakwa mencatat kerugian besar berjumlah RM2.5 Billion bagi tahu 2011.
MAS melaporkan kerugian sebanyak rm1.28 bilion yang dialaminya bagi suku keempat bagi tahun 2011.
Kerugian ini melebihi jumlah kerugian yang dialami dari suku pertama ke suku ketiga tahun 2011.
CEO System Penerbangan Malaysia MAS, Ahmad Jauhari Yahya menyebutkan kerugian berpunca dari kenaikkan 25% bahan api pesawat dan 50% kenaikkan perbelanjaan bukan bahan api.
Kegagalan kerajaan UMNO/BN tadbir syarikat penerbangan milik negara bermakna rakyat menanggung kerugian besar ini.
Untuk meneruskan operasi syarikat yang rugi ini semestinya duit rakyatlah yang akan digunakan bagi menampung kerugian ini!
Sudah begitu lama MAS mengalami kerugian dan sampai hari ini kita tak nampak bagaimana MAS akan mencatat keuntungan.
Sampai bilakah keadaan ini akan berterusan? Pemimpin UMNO dan kroni mereka yang dipertanggungjawabkan bagi mentadbir MAS tidak pernah rugi atau muflis.
Kekayaan mereka terus menambah sementara syarikat penerbangan milik negara senentiasa mengalami kerugian dan akhirnya yang akan menanggung segala kerugian adalah rakyat Malaysia!
-decapucino / http://maidoali.wordpress.com
Comments : Ada 0 komentar untuk Pas Rugi Besar RM2.5 Bilion
Post a Comment