TMJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim meletak jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ). Katanya keputusan diambil dengan perkenan Sultan Johor serta perbincangan Penasihat Undang-undang Negeri Johor.
“Keputusan ini saya buat kerana saya merasakan jika saya memegang jawatan sebagai presiden dan pada masa yang sama saya juga adalah Tunku Mahkota Johor, maka amat sukar untuk saya mentadbir urus PBNJ yang sentiasa terikat dengan undang-undang dan peraturan FAM.
“Oleh kerana itu, saya membuat keputusan untuk menjadi dan mentadbir PBNJ sebagai Penaung, serta-merta mulai hari ini.
“Jawatan baru ini akan membuka lebih banyak ruang dan peluang dan juga kelebihan bagi saya mentadbir urus dalam PBNJ termasuklah dalam aspek pengurusan kewangan, kebajikan kakitangan PBNJ dan juga pemain-pemain di samping dapat membuat keputusan yang lebih tepat apabila saya memegang jawatan di peringkat tertinggi dalam persatuan ini,” kata TMJ – SinarHarian.
Eloklah, takkan semuanya nak dipegang kerabat, contohnya FAM, bola sepak Malaysia tak ke mana. Juga boleh elakkan kontroversi-kontroversi yang boleh mengaibkan kerabat Johor sendiri. Tak payah nak berserabut dengan FAM lagi. Lagi pun payah bagi FAM nak tentukan tak pilih bulu dalam tindakannya.
Kalau nak kutuk rapat FAM pun selepas ini, tentu tak jadi masalah!! Tiada yang nak gantung
http://www.ekeleh.com/serabut-dengan-fam-tmj-letak-jawatan-pbnj/#ixzz2PSoRjeAN
Comments : Ada 0 komentar untuk TMJ letak jawatan Presiden PBNJ
Post a Comment