.

Sokong Umno,Jadi Ahli Umno,Tapi Undilah Pas
Browse » Home » » Sungai Dua : Bilik Gerakan Di Tutup

Sungai Dua : Bilik Gerakan Di Tutup


bendera BN
SUNGAI DUA - Pengumuman senarai calon bagi kerusi Parlimen Tasek Gelugor dan tiga kerusi Dun di bawahnya semalam, ternyata menambah bahang kehangatan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini.

Penutupan beberapa bilik gerakan dan tindakan menurunkan bendera milik Barisan Nasional (BN) dikesan berlaku di beberapa kawasan di sini kerana petugas dikatakan tidak dapat menerima calon yang bakal bertanding.

Tinjauan di sekitar Sungai Dua khususnya di Taman Desa Murni mendapati hampir sebahagian besar bilik gerakan di situ ditutup sebaik saja nama calon untuk semua kerusi diketahui melalui Pengerusi Badan Perhubungan BN Negeri, Datuk Zainal Abidin Othman, pagi semalam.

Manakala deretan bendera Umno dan BN yang dipacak dan digantung di merata tempat yang bakal mewarnai kemeriahan PRU13 kali ini dikesan diturunkan dan disimpan kemas petugas sebagai tanda protes terhadap calon BN bagi parlimen ini.

Sebagaimana yang diketahui, calon untuk kerusi Parlimen Tasek Gelugor akan ditandingi oleh Shahbudin Yahaya; Dun Telok Air Tawar, Datuk Jahara Abdul Hamid; Dun Sungai Dua, Mohd Yusof Mohd Noor dan Dun Permatang Berangan, Omar Abdul Hamid.

Difahamkan petugas ahli wanita Umno bahagian dan cawangan bertindak demikian kerana tidak berpuas hati dengan calon yang diletakkan bukan pilihan mereka.

Mereka yang terdiri dari ahli Jaringan Rakyat (JR) dan petugas sukarela pelbagai pertubuhan lain juga enggan meneruskan kerja sukarela kerana pucuk pimpinan parti didakwa tidak mendengar suara mereka berkaitan pemilihan calon.
Advertisement below...!

Comments : Ada 0 komentar untuk Sungai Dua : Bilik Gerakan Di Tutup

Post a Comment

 
© Copyright 2011 : bloggerkb
Template dari : Free Blogger Templates | ZonaBlogger.com | Didukung Oleh : Blogger.com