.

Sokong Umno,Jadi Ahli Umno,Tapi Undilah Pas
Browse » Home » » Sidang Media R Menjawab Kenyataan Jabatan Perdana Menteri.

Sidang Media R Menjawab Kenyataan Jabatan Perdana Menteri.


royalti kelantan

Pihak ROYALTI (Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan) merujuk kenyataan media yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM), yang telah diulang-siar beberapa kali di slot Buletin Utama sejak beberapa malam lepas, bahawa Tuntutan ROYALTI Kelantan adalah tidak munasabah.

Di sini kami ingin menyatakan bahawa fakta Pengeluaran di Blok PM3 – Commercial Arrangement Area (CAA)- (Malaysia-Vietnam) iaitu Kawasan seluas 1,408 km persegi . Petronas memiliki 46.06% di Block PM-3 dan 36.85% di Block 46-Cai Nuoc. Pengeluaran minyak bermula pada 1997 dan mencapai kemuncaknya pada tahun 2004.

Telaga yang terlibat adalah West Bunga Kekwa, East Bunga Kekwa-Cai Nuoc, East Bunga Raya, West Bunga Raya, NW Bunga Raya dan Bunga Seroja. Menurut Kontraktor pengeluaran Talisman Energy Pengeluaran minyak adalah 60,000 tong dan 270 mm cfpd of gas sehari. Gas yang dibeli oleh Petronas dari kawasan ini dihantar melalui paip 24in, sejauh 170km ke Platform Resak.

Jika tidak munasabah kami mendesak pihak Kerajaan Persekutuan menjelaskan RM5.68 bilion seperti angka yang Jabatan Perdana Menteri keluarkan pada kenyataan media semalam. Iaitu merangkumi RM1.1bilion (2.5% – mengikut kaedah Bayaran Royalti kepada Terengganu) dari RM2.2 Billion (5%) dari Medan PM3-CAA sejak 2005.

Kami ingin menambah Pengeluaran di Blok Malaysia – Thailand Joint Development Area (MTJDA) Kawasan seluas 7,250 km persegi (1.8 juta ekar) dan terbahagi kepada 3 blok (C19, A18 & B17). Bertindih tuntutan antara Malaysia – Thailand.

Pengeluaran bermula pada 2 Januari 2005. Pembahagian 50:50. manakala Anggaran pengeluaran gas adalah 790 juta kaki padu sehari (284 trillion kaki padu setahun). Anggaran Pengeluaran minyak pula 23,000 tong sehari. Jumlah Royalti perlu ditambah RM4.58 Billion lagi utk pengeluaran medan PM3-CAA, PM2, PM301, MTJDA seperti yang JPM umumkan di Buletin Utama semalam.

Kami mendesak Pihak Kerajaan Persekutuan segera membayar ROYALTI mengikut Akta Pembangunan Petroleum, 1974 ( “PDA”), yang mulai berkuatkuasa pada 1 Oktober 1974, membawa kepada tertubuhnya Petronas dan diserah hak petroleum yang didapati dan diperolehi di daratan atau luar pantai Malaysia kepada Petronas.

Justeru itu pihak R, menuntut ketepikan “POLITIK DINOSOR” dan bayar royalti 5% SEGERA kepada Kerajaan Negeri Kelantan, tanpa sebarang Jawatankuasa Khas sepertimana telah diamalkan untuk negeri-negeri Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak.



Nazri Deraman

Presiden R Malaysia

Pengerusi R Kelantan

www.royaltikelantan.com
Advertisement below...!

Comments : Ada 0 komentar untuk Sidang Media R Menjawab Kenyataan Jabatan Perdana Menteri.

Post a Comment

 
© Copyright 2011 : bloggerkb
Template dari : Free Blogger Templates | ZonaBlogger.com | Didukung Oleh : Blogger.com