.

Sokong Umno,Jadi Ahli Umno,Tapi Undilah Pas
Browse » Home » » Promosi Diri Sendiri

Promosi Diri Sendiri



Berhubung isu video terlampau Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali yang setiap saat dihujani dengan berjuta persoalan khasnya mencari jawapan samada watak di dalam video itu fabrikasi atau aksi beliau, beliau mengambil keputusan untuk menutup mulut.

Untuk menyelamatkan keadaan beliau telah melantik peguam Awi & Co untuk uruskan soal jawab isu ini.

Tindakan tutup mulut beliau ini sangat bertepatan dengan ayat 65 Surah Yaasin yang membawa maksud "Pada hari ini Kami tutup mulut mereka dan berkatalah kepada Kami tangan-tangan mereka manakala kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang telah mereka usahakan dahulu”.

Dalam lain perkataan jika itu ditaarifkan sebagai wayang gambar maka biarlah anggota badan berbicara. Kata MB Terenganu “Namun bagi orang Islam, kalau betul sekalipun, tidak elok dedahkan hal peribadi orang lain. Kalau kita tutup peribadi (aib) orang, Insya-ALLAH aib kita juga akan ditutup di akhirat kelak,”.

Meninjau perkembangan terkini politik di Kedah telah terdapat satu spanduk (lihat visual di atas) mendesak si polan bin si polan untuk dipilih sebagai calun Parlimen.


Tindakan untuk ‘planting’ beberapa penyokong upahan dengan meletak kain rentang seperti di atas sebagai strategi melobi untuk menjadi calun dilihat sebagai tindakan gelojoh, tidak waras dan terdesak.

Tindakan ini secara tidak langsung mendedahkan betapa gelabahnya seperti cacing kepanasan pemimpin ini apabila menyedari namanya tidak dicalunkan. Secara langsung tindakan ini adalah untuk memberi tekanan dan desakan kepada Presiden parti DS Najib untuk memilih beliau sebagai calun PRU13 walaupun beliau pernah kalah kerana mensabotaj kawan calun ADUN pada PRU12 yang lepas sehingga dilabelkan sebagai calun kitar semula.

Hakikatnya jika beliau tidak dicalunkan maka individu inilah kelak yang akan berpaling tadah dan akan sabotaj secara halus terhadap parti.

Tindakan ini juga tidak bersandarkan kepada kekuasaan Allah SWT yang lebih berkuasa menentukan siapa untuk siapa, mengapa dan bagaimana. Memperalatkan beberapa penyokong tegar adalah tindakan desprado Pak Pandir bersamaan tindakan PKR untuk menawan Putrajaya.

Di dalam situasi negeri yang kalah seperti Kedah semua pihak haruslah akur dan hormat dengan keputusan pucuk pimpinan parti dan tidak bertelingkah sesama sendiri demi kerana gila untuk menjadi YB. - http://mummyrokiah.blogspot.com/2013/04/di-samping-datuk-mustafa-ali-menutup.html
Advertisement below...!

Comments : Ada 0 komentar untuk Promosi Diri Sendiri

Post a Comment

 
© Copyright 2011 : bloggerkb
Template dari : Free Blogger Templates | ZonaBlogger.com | Didukung Oleh : Blogger.com