.

Sokong Umno,Jadi Ahli Umno,Tapi Undilah Pas
Browse » Home » » Najib Gelabah Sampai Tersasul Sebut Bubar Parlimen Tahun 2012

Najib Gelabah Sampai Tersasul Sebut Bubar Parlimen Tahun 2012



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembubaran Parlimen jam 11.35 pagi ini, 3 April 2013, tepat empat tahun selepas beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.

Sehubungan itu, beliau meminta semua ketua-ketua kerajaan negeri menghadap ketua-ketua negeri masing-masing untuk membubarkan DUN di setiap negeri selain Negeri Sembilan yang terbubar dengan sendiri.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin mengiringi beliau ketika membuat pengumuman itu.

Dalam ucapannya, Najib berjanji sebagai pemimpin kerajaan yang ada, akan memastikan jika berlaku peralihan kuasa, ia akan berlaku dalam keadaan aman selepas pilihan raya umum nanti.

Beliau juga memberikan jaminan keselamatan untuk semua rakyat yang akan keluar mengundi di kawasan zon keselamatan di Lahad Datu.

Dengan pembubaran ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai masa 60 hari untuk menentukan tarikh pengundian dan penamaan calon.

Pagi tadi Najib telah menghadap Yang Dipertuan Agung untuk memohon perkenan baginda bagi membubarkan Dewan Rakyat. -HD




http://greenboc.blogspot.com/2013/04/video-najib-gelabah-sampai-tersasul.html
Advertisement below...!

Comments : Ada 0 komentar untuk Najib Gelabah Sampai Tersasul Sebut Bubar Parlimen Tahun 2012

Post a Comment

 
© Copyright 2011 : bloggerkb
Template dari : Free Blogger Templates | ZonaBlogger.com | Didukung Oleh : Blogger.com