.

Sokong Umno,Jadi Ahli Umno,Tapi Undilah Pas
Browse » Home » » MB: Pengundi Luar Mula Didaratkan Di Selangor

MB: Pengundi Luar Mula Didaratkan Di Selangor




Pengerusi Pakatan Rakyat Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mendakwa, risikan mereka mendapati Umno telah membawa masuk pengundi luar, khususnya dari Sabah menggunakan pengangkutan udara.

Bagaimanapun, Khalid yang juga menteri besar berkata, kumpulan itu tidak didaratkan di lokasi biasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT).

"Dari pemantauan terdapat penerbangan khusus yang dibuka bagi maksud tersebut dan pendaratan dilakukan bukan di lokasi biasa seperti KLIA dan LCCT tetapi di kawasan tertentu," katanya tanpa menjelaskan lanjut dakwaan itu.

Dalam kenyataannya hari ini, Khalid berkata, Pakatan Selangor masih khuatir tentang 130,000 pengundi yang didakwa masih tidak dapat dikesan melalui "projek pendemokrasian" Selangor.

Dakwanya, mereka sudah menghubungi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) secara rasmi untuk bekerjasama mengesan pengundi itu tetapi ditolak dan diberitahu ia bukan kuasa kerajaan negeri.

"Kita harap SPR akan membuat pemantauan agar membanteras kejadian yang mana mereka yang tidak layak mengundi di PRU akan datang," katanya.

Selain itu, Khalid juga mendakwa, masalah pengeluaran kad pengenalan segera kepada warga asing Indonesia, Burma dan Bangladesh telah "dipertingkatkan oleh Umno".

Malah tambahnya, Pakatan mempunyai maklumat dari kumpulan tersebut bahawa kad pengeluaran itu dikeluarkan dengan syarat mereka mengundi BN.

"Pakatan Rakyat Selangor akan memberi peringatan kepada mereka adalah satu kesalahan bagi pendatang ini mengganggu sistem demokrasi di Malaysia dan melanggar peruntukkan undang-undang negara," kata Khalid dengan nada amaran.
Advertisement below...!

Comments : Ada 0 komentar untuk MB: Pengundi Luar Mula Didaratkan Di Selangor

Post a Comment

 
© Copyright 2011 : bloggerkb
Template dari : Free Blogger Templates | ZonaBlogger.com | Didukung Oleh : Blogger.com