.

Sokong Umno,Jadi Ahli Umno,Tapi Undilah Pas
Browse » Home » » Kenapa MB Johor Takut Sangat Dengan Islam

Kenapa MB Johor Takut Sangat Dengan Islam















Ni masalahnya dengan BN.. PR datang ke Johor dgn objektif jelas.. mahu menguasai Johor... jelas...BN toksah kelam kabut...kalau susah sgt.. aku cadangkan formula mudah.. Sdr. Lim Kit Siang lawan Ghani othman dan calon MCA Jason Teoh.... 2 lawan 1..?? amacam..?? hehe - RMS
________________________________________________

Lawak golek-golek!! Orang Johor semua tahu yang Ghani x buat kerja pun. MB yang paling slow buat kerja. Dtg la kat Gelang Patah kalo berani. Kami org Gelang Patah akan pasti kan Ghani tersembam ..tersungkur dengan geng2 BN sekali. - BJ
________________________________________________

sapa yg gelabah....Ghani atau LKS...Tok nujum CSL terpaksa perah kepala lutut utk mencari tempat yg paling selamat utk Ghani....Apa kata Ghani pindahkan saja Kem tentera di Kluang ke Gelang Patah....tiru mcm bos besar...dapat la undi pos...tapi rasanya tak sempat...tak pun tanding je di Bandar Tenggara....pindahkan Tok Mudin ke Kulai...hehe - TP
________________________________________________

aku anak SEROM...sebagai Wakil Rakyat DUN SEROM Ghani telah lama ditolak orang-orang SEROM khususnya Sungai Mati....sebab tidak apa pun dibuatnya dalam kawasan DUN SEROM..sila datang tengok...ELOK Ghani ke Gelang Patah sebagai tempat 'gantung dirinya' dalam karier politik.... - AB
________________________________________________

MCA: Ghani bertanding di Gelang Patah belum dibincang

BN negeri Johor masih belum membincangkan kemungkinan Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman bertanding untuk kerusi Parlimen Gelang Patah menentang veteran DAP Lim Kit Siang, kata Presiden MCA Datuk Chua Soi Lek.

Bagaimanapun Presiden MCA itu percaya perkara itu akan dibincangkan juga oleh BN negeri.

"Setakat hari ini sama ada ia ura-ura, khabar angin atau benar, kita belum tahu lagi," katanya kepada pemberita selepas bersama-sama Ketua Bahagian MCA Gelang Patah Jason Teoh beramah mesra dengan masyarakat di Pasar Awam Taman Ungku Tun Aminah, Skudai di Johor Bahru.

Chua yang juga pengerusi MCA Johor berkata demikian sebagai mengulas spekulasi Abdul Ghani, menteri besar Johor selama tiga penggal, akan berdepan dengan Lim di kawasan Parlimen Gelang Patah dalam pilihan raya umum ke-13.

Abdul Ghani ialah anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Serom sebelum DUN Johor dibubarkan semalam.

Chua berkata Abdul Ghani memiliki rekod perkhidmatan yang cemerlang, dan perkara ini tidak boleh dipertikai oleh mana-mana pihak, selain kepimpinannya yang diterima semua kaum di Johor.

"Beliau mempunyai rekod sebagai pemimpin tempatan yang boleh diterima oleh semua kaum, itu tidak dapat dinafikan," katanya.

Ditanya kemungkinan pertukaran kawasan jika menteri besar Johor itu bertanding kerusi Parlimen Gelang Patah memandangkan kerusi itu milik MCA, Chua berkata perkara itu tidak timbul.

"Apa yang penting dalam pilihan raya umum, kita mahu Barisan Nasional menjadi parti pemerintah di Dewan Undangan Negeri dan Parlimen," katanya.

Mengenai 'serangan' DAP dan pakatan pembangkang di Johor, beliau berkata hubungan baik antara pelbagai kaum di Johor akan terjejas jika mereka terpengaruh dengan perjuangan politik perkauman DAP.

"Johor merupakan tauladan dari segi keharmonian kaum di negara ini," katanya.

Tambahan pula, kata Chua, pemimpin pembangkang seperti Lim lebih suka 'singgah dan lalu' sahaja, tidak pernah kekal lama mewakili sesuatu kawasan DUN atau parlimen.

Beliau memberikan contoh Lim yang mula menjadi anggota parlimen pada 1969 dan bertanding dalam 10 pilihan raya umum, tetapi tidak pernah kekal memegang sesuatu kerusi melebihi dua penggal.

"Rakyat tempatan akan hanya melihat pemimpin pembangkang yang menjadi wakil rakyat mereka sama ada di surat khabar, televisyen atau kain rentang. Perkhidmatan seorang wakil rakyat bukan hanya sekadar di televisyen," kata Chua.
Advertisement below...!

Comments : Ada 0 komentar untuk Kenapa MB Johor Takut Sangat Dengan Islam

Post a Comment

 
© Copyright 2011 : bloggerkb
Template dari : Free Blogger Templates | ZonaBlogger.com | Didukung Oleh : Blogger.com