SHAH ALAM 2 Jan. - Wartawan terkenal sebuah stesen televisyen swasta terpaksa melalui saat-saat mencemaskan apabila 'dikepung' oleh sekumpulan lelaki yang naik berang ekoran tindakannya mengeluarkan kata-kata berunsur penghinaan kepada orang Melayu.
Dalam kejadian di sebuah restoran di Klang dekat sini beberapa hari lalu, wartawan yang sering muncul di kaca televisyen dengan laporan isu alam sekitar itu mengaku telah mengeluarkan beberapa perkataan boleh membangkitkan isu perkauman.
Antaranya dia mengaku ada menyebut orang Melayu bukan berasal dari Malaysia atau Indonesia serta tidak pintar.
Dia yang dipercayai mengeluarkan perkataan tersebut ketika sedang mabuk mengakui, telah tersalah cakap hingga boleh menimbulkan salah tafsiran.
Berikutan itu dia memohon maaf daripada kumpulan lelaki tersebut serta seluruh masyarakat Melayu di negara ini.
Selama ini, wartawan tersebut berjaya menarik perhatian orang ramai dengan pendedahan berani berhubung isu pencemaran alam sekitar.
Selain itu, dia mendapat penghormatan khususnya daripada orang Melayu kerana kepetahan berpantun dan berperibahasa dalam setiap laporannya.
Pendek cerita, pepatah ini amat sesuai dengan situasi Karam Singh Walia (sambil angkat tangan), “Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, pandai-pandai’lah kau menjawab.”
COO Media Prima, Ahmad Izham Omar berkata, TV3 memandang serius dengan kelakuan Karam Singh Walia dan mereka akan mengambil tindakan setelah segala siasatan berkaitan diselesaikan.
Bagaimanapun setelah hampir setahun tiada tindakan susulan ke atas Karam Singh dan perkara tersebut senyap begitu saja.
Comments : Ada 0 komentar untuk Karam Signh Walia Rosakan Nama Baik Kaum India Malaysia
Post a Comment