GELANG PATAH: Pengumuman Datuk Abdul Ghani Otman sebagai calon Barisan Nasional di Parlimen Gelang Patah mengundang pelbagai spekulasi daripada pelbagai pihak. Kerusi yang tradisinya ditandingi oleh MCA itu telah terlepas pada PRU-13 ini kepada UMNO.
Menurut Tn. Hj. Dzulkefly ahmad, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Gelang Patah, pencalonan Datuk Abdul Ghani Othman itu menimbulkan tanda tanya apabila kerusi tersebut bukanlah kerusi yang selamat untuk beliau kerana 52% pengundi adlaah terdiri daripada masyarakat Cina.
"Pengundi Melayu di Gelang Patah hanya 36% daripada keseluruhan pengundi di Gelang Patah. Adakah ada maksud tersurat dan tersirat daripada percalonan ini?
"Kita bimbang percalonan ini bukannya untuk memenangkan beliau tetapi lebih untuk mecapai apa yang telah disebut oleh Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir iaitu membakar api perkauman dan permusuhan antara Melayu dan Cina dalam negara kita", jelas beliau lagi.
Menurut beliau lagi, Pakatan Rakyat komited terhadap usaha mewujudkan sebuah negara yang aman dimana semua rakyat tanpa mengira kaum, agama dan budaya boleh hidup sebagai satu bangsa Malaysia yang merdeka.
Sementara itu, penyokong Jason Teoh, Ketua MCA Gelang Patah yang disebut-sebut sebagai calon BN di sini dikatakan telah berkumpul menyatakan bantahan terhadap pencalonan Datuk Abdul Ghani Othman sebagai calon Gelang Patah.
Malah, menurut sumber terdekat MCA, bilik-bilik gerakan akan ditutup sebgai tanda boikot terhadap penguguran Jason Teoh sebagai calon disini. MCA memnangi kerusi PArlimen Gelnag Patah pada PRU-12 yang lalu menewaskan calon daripada PKR.
Comments : Ada 0 komentar untuk Gelang Patah : Bilik Gerakan MCA Bakal Ditutup
Post a Comment