.

Sokong Umno,Jadi Ahli Umno,Tapi Undilah Pas
Browse » Home » » Tok Guru Guna Duit Rakyat Promo Dirinya

Tok Guru Guna Duit Rakyat Promo Dirinya

















SEREMBAN, 8 Mac: PAS mempertikaikan tindakan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan yang mempromokan diri sendiri menggunakan duit kerajaan melalui akhbar Utusan Malaysia.(Iklan satu muka penuh MBI untuk ucap terima kasih kepada Mohamad Hasan.)Ini kerana, dari segi etikanya adalah amat tidak wajar Mohamad menggunakan duit kerajaan untuk membuat iklan promosi diri sendiri sebegitu, kata Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Taufek Abdul Ghani.Utusan Malaysia hari ini menyiarkan iklan ‘Terima Kasih’ semuka surat penuh kepada Mohamad Hasan di muka surat 16.Yang menjolok mata adalah iklan tersebut dibuat oleh Menteri Besar Negeri Sembilan (Pemerbadanan) bersama dengan dua lagi syarikat.“Ini sudah jadi penyalahgunaan kuasa, MB membeli ruang iklan menggunakan duit MBI untuk membuat promosi kepada dirinya sendiri.“Ini kes Mohamad Hasan mengucapkan terima kasih kepada Mohamad Hasan. Ini sudah konflik kepentingan,” kata Taufek kepada Harakahdaily.Ekoran itu, katanya, pihaknya akan membuat kajian apakah ia wajar dibuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).Menurut Taufek, ini bukan pertama kali Mohamad Hasan membuat perkara sebegini untuk membuat promosi kepada dirinya sendiri melalui pembelian ruang iklan sebegini.“Sebelum ini iklan selamat datang kepada isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor dibuat…ia bagi saya satu penyalahgunaan kuasa juga,” kata beliau.-harakahdaily
Advertisement below...!

Comments : Ada 0 komentar untuk Tok Guru Guna Duit Rakyat Promo Dirinya

Post a Comment

 
© Copyright 2011 : bloggerkb
Template dari : Free Blogger Templates | ZonaBlogger.com | Didukung Oleh : Blogger.com