.

Sokong Umno,Jadi Ahli Umno,Tapi Undilah Pas
Browse » Home » » RM500 Juta ‘HILANG’ Semasa Pemerintahan Pas

RM500 Juta ‘HILANG’ Semasa Pemerintahan Pas




SHAH ALAM, 6 MAC : Aset semasa (simpanan tunai) Yayasan Selangor meningkat sebanyak 105 peratus kepada RM51 juta berbanding RM20 juta pada tahun 2007 dalam tempoh tiga tahun.
Perkara itu dimaklumkan Pengurus Besar Yayasan Selangor, Ilham Marzuki semasa menjawab soalan Jawatankuasa Keupayaan, Kebertanggungjawapan dan Ketelusan Selangor (SELCAT) berhubung jumlah harta Yayasan Selangor dalam sesi pendengaran awam di SUK di sini, hari ini.
Selain itu, menurut Ilham, aset tetap Yayasan Selangor setakat ini dicatatkan sejumlah RM300 juta.
“Kita telah membuat kajian dari tahun 1991 sehingga Mac 2008, ketirisan aset Yayasan Selangor adalah tidak kurang daripada RM500 juta.
Sekiranya tidak berlaku ketirisan, aset Yayasan Selangor adalah berjumlah RM800 juta,” jelasnya.
Beliau berkata, laporan berhubung ketirisan aset tersebut akan turut dihantar untuk melakukan audit dalaman.
Dalam pada itu, Ilham turut mencadangkan supaya Yayasan Selangor melantik audit forensik untuk menyemak akaun yayasan tersebut bagi mengelakkan amalan ketirisan daripada berulang seperti tahun-tahun sebelumnya.
“Saya ingin mencadangkan supaya pihak Selcat membenarkan Yayasan melantik audit forensik kerana laporan telah dibuat kepada SPRM, tetapi fail-fail berkenaan masih ada dalam simpanan saya,” katanya.
Bagaimanapun, pihak Selcat menyarankan Yayasan Selangor supaya melantik sendiri satu badan bebas bagi melakukan pemantauan dan semakan ke atas aset tersebut.
Selangorku.com
petikan Malaysiakini /  http://maidoali.wordpress.com
Advertisement below...!

Comments : Ada 0 komentar untuk RM500 Juta ‘HILANG’ Semasa Pemerintahan Pas

Post a Comment

 
© Copyright 2011 : bloggerkb
Template dari : Free Blogger Templates | ZonaBlogger.com | Didukung Oleh : Blogger.com